Posts

Showing posts from December, 2015

Perihal Terapi Si Amatur Di Dapur

Image
Assalamualaikum....

Memasak dan baking adalah terapi bagi saya. Walaupun taklah hebat di dapur, ala-ala amatur yang bermula dari zero, tapi sememangnya memasak memberikan ketenangan untuk saya selain tidur dan terbaring menonton TV. Tapi lebih terapi jika masak je tanpa perlu basuh pinggan..haha. takpe kan nak berangan kot-kot ada pembantu suatu hari nanti. Buat masa ni, suami jela yang rajin membantu.Macam semalam, saya di dapur..Suami di ruang tamu tolong lipat kain sebakul besar..hihihi. Alhamdulillah..

Orang Melaka, haruslah pandai masak asam pedas. eh, perlu ke? Bagi saya perlu sebab bile orang dengar kita orang melaka, mesti ada je suara yang buat permintaan asam pedas. Kadangkala permintaan kawan-kawan dan kadangkala dari bibir suami sendiri..haha. Ok, sebenarnya tak wajib pun belajar masak asam pedas. Macam saya, guru masakan saya adalah mak saya. Jadi, secara tak langsung saya akan tahu masak asam pedas sebabnya mak saya paling kurang seminggu sekali masak asam pedas. Walaupun …

24&25 Disember ~ Sebentar di Kidzania dan Tasik Titiwangsa

Image
Assalamualaikum....

Rasa Tak puas cuti empat hari kali ini. Pertama kali rasanya cuti yang agak panjang tapi kami sekeluarga ada je di sekitar KL ni. Semuanya sebab suami kerja di hari Sabtu..haha. kesian. Tapi nak buat macam mana kan, perlu jimat cuti yang dah berbaki negatif tu untuk si kakak masuk darjah 1 dan orientasi sekolah agama 30 Disember nanti.Saya pula si isteri manja yang buat masa ni masih belum diberi kekuatan memandu bersendirian balik ke Melaka dengan anak-anak. Sebelum ni jika memandu sendiri balik ke Melaka dari Penang sebab ada kursus atau cuti panjang, biasanya akan minta adik datang ke Penang untuk teman saya memandu dan bantu handle anak sepanjang perjalanan..hahaha..Maaf la ya. memang begitu perangai saya.
Jadinya 24hb kami ke Kidzania menggunakan kupon percuma Airasia yang diberi kawan sepejabat suami. Cukup untuk kami berempat. Tapi yang dapat main hanya si kakak sebabnya sesuai untuk umurnya. Mama, papa dan adik tengok jela. Si adik lagi lah, ketakutan sepanja…

Kegebuan

Image
Assalamualaikum....






Hahahaha..Awak comel je bile gebu macamtu. Makcik ni je yang dok risau dengan berat yang semakin bertambah..waaaa. Ke arah Menurunkan berat 3 kg..chaiyok!



Love, 
Akuida

Terjentik Rasa

Assalamualaikum.... 

Hari ini hati saya dijentik sehingga rasa sangat terharu. Sukar untuk saya tafsirkan perasaan ini. Sengaja ingin diabadikan hari ini dalam sejarah kehidupan saya yang biasa-biasa sahaja. Hari ini Allah beri saya peluang menikmati bagaimana rasanya bila mendapat balasan baik dari orang yang kita jarang bekerja bersama, jarang bersua tapi dia ingat segala perkara baik yang kita pernah buat walau kita tidak pasti perkara baik yang mana satu pernah kita lakukan padanya.
Kadangkala, orang yang jauh lebih menghargai setiap hasil kerja kita daripada orang yang dekat dan terlibat dalam segenap perkara yang kita lakukan. Saya amat bersyukur diberi peluang merasai nikmat sebegini di mana perkara baik yang kita lakukan, bukan dibalas oleh orang yang kita buat baik padanya. Tetapi oleh orang lain..Alhamdulillah.

Saya berharap agar Allah makbulkan doa saya ini..Amin.



Love, 
Akuida

Si Amatur Di Dapur

Assalamualaikum....
Antara rancangan masakan yang saya gemar tonton adalah Bake with Anna Olson, Pati's kitchen dan Jamie at home. Saya gemar sebab bukan sahaja sedap tengok makanan yang dimasak, tapi dialek yang digunakan juga. Menonton rancangan masak-masak ni memberikan inspirasi untuk saya memasak, mem'baking' dan mengukis. Saya gemar baking untuk gembirakan hati anak-anak dan ambil hati suami..hihi.(ade je agenda tersembunyi tu kan)
Secara jujurnya saya masih amatur di dapur. Sangat cetek ilmunya. Masih belajar dari internet..ya internet dan blogger-blogger masakan adalah guru saya. Tapi guru pertama saya dalam semua bidang adalah mak saya a.k.a cik zizah. cik zizah tak pernah bagitau secara direct apa resipi masakan yang dimasak, tapi dari kecil saya memang disuruh untuk menumis, menggoreng dan mengacau apa-apa yang cik zizah masak. Jadinya secara tidak langsung saya tahu apa itu tumis sampai naik bau..macam mana nak goreng ikan. macam mana nak masak asam pedas. Tiada …

Cerita Tentang Ikan Seekor Berkongsi Dua

Assalamualaikum.... 

Walau sejauh dan setinggi mana kita pergi, kenangan silam kadangkala terbit dalam minda walau berpuluh tahun telah ditinggalkan. Ianya seperti dejavu (eh, betul ke dejavu?) rasa seperti semuanya macam baru je berlaku dan sangat hampir dengan diri.
 Perkara silam yang paling saya suka kenangkan adalah tentang kehidupan kami sekeluarga yang agak sempit suatu masa dulu. Dari kecil hinggalah ke sekolah menengah. Pernah menerima RMT (Rancangan makanan tambahan untuk anak-anak orang susah di sekolah rendah, pernah bersekolah di sekolah berasrama yang mendapat tajaan penuh dari baju seragam, yuran hinggalah ke buku-buku sekolah. Pernah ke sekolah dengan kasut koyak, beg dan baju sekolah lama yang saudara dah tak nak guna. Masa menaip ini pun, air mata masih bergenang tiap kali terkenangkan memori kesusahan yang dulu.
Sejak kecil, ketika itu dua beradik sahaja. Saya dan adik (saya panggil dia dak mok..haha). Memori paling tidak lupa adalah setiap hari jika mak goreng ikan p…

Memasak dan Bekal

Image
Assalamualaikum....

Saya adalah mama dan isteri yang bekerja. Kadangkala perlu outstation juga atas tuntutan kerja. Mengharapkan bantuan suami untuk mengurus rumah dan anak-anak bila saya outstation..kadangkala ada pula musim balik lewat. Nak tak nak, terpaksa juga harapkan bantuan suami. Buat masa ini tiada pembantu rumah sebabnya suami kata tiada privacy. Tu dia ok je untuk bantu saya uruskan rumah agaknya..hihi. Tq so much sayang.


Jadinya menu masakan di rumah jika hari bekerja ikut mana yang saya sempat dan ikut permintaaan anak-anak. Biasanya saya akan masak untuk sarapan (bekal suami, saya dan anak-anak) dan makan malam. Permintaan tu pun kadang-kadang bertangguh sebabnya rumit sikit nak disediakan dan saya bagitau anak insyallah akan buat esok atau hujung minggu. Yang penting, balik kerja saya akan usahakan masak. Jika ada kekangan baru lah minta husband tapau kedai sate or dinner di luar or order dominos..hahaha. Hujung minggu biasanya akan usaha untuk masak yang best sikit. Yang…

Majlis Hari Jadi Anak-anak

Image
Assalamualaikum....

Jumaat minggu lepas saya balik kampung di Melaka. Sambil-sambil tu rancang nak shopping baju sekolah anak yang bakal masuk darjah 1 tahun 2016. Anak pertama kan..excited lah mama dan papa nya. Ahad sebelum tu suami tiba-tiba bagitau nak buat birthday party untuk anak-anak. Si kakak lahir 26 November, si adik pula 27 November. Bulan 12 ni ada masa dan cuti lebih sikit, so buatlah party nye..


Alhamdulillah, selesai dah party kedua-dua beradik tu. Cuma agaknya suami terrrrrlupa birthday si isteri 23 November tu kan. Saya menjeling juga la..kot-kotlah ada apa-apa suprise untuk kita ni. nampaknya sehingga 16 Disember masih tiada apa-apa lagi. Jadinya, betul lah tu terrrlupa nampaknya. (Hati sentap dalam diam ya) hahahaha.
Tapi takda la sentap betul-betul pun. Sebabnya saya tahu suami sibuk dengan kerjanya, dengan membantu saya di rumah uruskan anak-anak dan kerja-kerja rumah. Itu pun dah cukup besar rahmatnya untuk saya. 
Bagi saya dalam kehidupan, tidak salah kita impikan …

Tentang..Yang Menyesakkan

Assalamualaikum.... 

Beberapa hari ini fikiran saya sedikit terganggu dengan hal-hal berkaitan sosial pejabat. Tentang perilaku sesetengah rakan yang sentiasa merasakan dia betul dalam setiap perkara sehingga mampu berhujah panjang lebar untuk menunjukkan dia betul dan hebat dalam pendapatnya. Tentang pegawai atasan yang sukar menerima pendapat orang bawahannya. Tentang rakan yang boleh emosi melampau bila pendapatnya tidak diterima sehingga mampu berkata yang kurang enak didengar.
Tentang rakan sekerja yang tidak segan silu menerima kerja yang sepatutnya bidang tugas staf lain sehingga menimbulkan masalah dikemudiannya. Tentang rakan sekerja yang tanpa segan silu mengatakan sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan pengiktirafan.Tentang diri saya yang berfikir adakah saya silap di mana-mana dalam pengurusan kerja saya sepanjang perkhidmatan yang menjangkau 10 tahun ini.

Banyak perkara yang bermain di fikiran sehingga saya fikir saya lelah untuk berfikir dan sampai bila saya ingin nampak…

Imaginasi dan Kundasang?

Image
Assalamualaikum....

Saya adalah seorang yang suka berimaginasi selalu sangat imaginasinya adalah berkaitan hantu..(Cerita benar ya)..haha
Saya kerap juga outstation dan menginap sendirian di bilik hotel. Perkara pertama saya akan buat adalah check belakang langsir, bawah katil, bawah sinki tandas bilik. Kadang-kadang saya rasa diri sendiri psiko.
Suami pernah tanya, jika saya tengok dan terjumpa, apa yang saya nak buat? Saya jawab, entahla belum terpikir lagi kalau jumpa..hahaha.
Jika sendirian, saya akan tidur malam dengan bantal di kiri kanan saya sebabnya selalu tengok cerita hantu, hantu ada di sebelah jika baring..hahaha. Habis?Kalau letak bantal, tak ada lah hantu boleh baring?YA..
Itulah saya yang terlalu sangat berimaginasi.
Sejak kecil saya selalu dengar tentang Gunung Kinabalu, melihat gambarnya..Tapi sehingga umur yang hampir mencapai 32 tahun, belum pernah sekalipun saya menjejak ke kaki Kinabalu.
Baru-baru ini, impian saya tertunai..dengan izin Allah saya berjaya sampai ke Kunda…

Harapan Di Bulan Disember

Assalamualaikum.... 

 Semalam masa memandu balik dari ofis sambil dengar Radio Era ada topik yang dibincangkan lebih kurang mengenai apa yang kita nak lakukan pada bulan Disember seperti bercuti atau membeli-belah sebab banyak sales hujung tahun.

Ada DJ lelaki kata nak bercuti di Eropah, tempat sejuk best katanya.

Ada DJ perempuan kata nak duduk di Malaysia dan membeli-belah sebab banyak jualan murah hujung tahun.

Saya dengar sampai bahagian DJ nak mulakan sesi untuk pendengar telefon dan berkongsi apa yang ingin dilakukan (Dengar sampai situ sebab saya dengar radio masa memandu. Sampai part itu, saya dah sampai parking rumah..hihi).

Masa dengar tu, saya terpikir juga apa yang saya teringin nak buat di bulan Disember setiap hujung tahun.

Masa itu, mula berangan nak ambil cuti rehat paling minimum 2 minggu di bulan Disember nak luangkan masa di rumah jadi surirumah sepenuh masa dengan anak-anak. 

Buat kerja-kerja rumah yang tak pernah terbuat sepanjang tahun..hahaha.

Luang masa untuk membaca n…