Friday, November 18, 2016

8 Tahun..Dan Masih Mengira

Assalamualaikum.... 

 15 November setiap tahun adalah salah satu tarikh penting dalam hidup saya. Tahun ini, pada tarikh yang sama genaplah 8 tahun umur perkahwinan saya dan suami. Masih mengira..(direct translate dari english..still counting.haha). Berbagai asam garam untuk 8 tahun ini. Segala rencahnya pahit, manis, tawar dan masin sangat mendewasakan kami berdua...erk, rasa dah cukup puitis bahasanya ni.

Tahun ini, seperti tahun lepas..saya terima jambangan bunga. tak sangka sebenarnya sebabnya minggu ini saya tak lekat di ofis. Rupanya masa yang tepat delivery bunga sampai..kebetulan saya ada di ofis masa tu. Jadi tersengih-sengih malu-malu meow dapat bunga. Nasib baik masa tu, tak ramai di ofis..takde lah malu sangat. Terima kasih En Suami..Saya sangat menghargainya. Tahun lepas dapat sebakul bunga mawar yang berwarna warni. Tahun ni sepasu pula, mawar merah 12 kuntum dikelilingi bunga berry yang sangat cute. Saya pun tak tahu apa maknanya, sebab tak arif pasal bunga. Maybe tahun ni jimat kos kot..tu kurang bilangan mawarnya..hahahaha. Kalau suami tahu, marah agaknya..hihi.

Nota sempena 8 tahun ini....
Saya amat berharap agar mahligai perkahwinan ini sentiasa berada dalam keberkatan Allah. Moga cinta dan sayang suami sebagai suami hanya untuk saya sahaja selama-lamanya. Saya bukan perempuan cantik, selim dan lemah lembut, manja dan segalanya. Tapi tetap berharap agar hatinya tidak pernah berubah seperti mana pertama kali saya disuntingnya. Saya tiada apa-apa, cuma sekali dia melafazkan akad nikahnya pada 15 November 2008 itu, saya hanya tetapkan hati untuk setia padanya. Moga dijauhkan kami dari segala dugaan yang boleh menggugat ikatan yang kami bina ini. Terima kasih Allah kerana menjodohkan dia dengan saya...



Love, Akuida

Geng Yang Berenam..Tapi Bukan Enam Jahanam :)

Assalamualaikum....

Baru-baru ini saya berpeluang mini gathering dengan geng-geng zaman U. Ada 2 geng saya involve masa zaman U dulu~ geng blok dan geng kelas. Tapi yang paling kerap keep in touch sehingga sekarang adalah geng kelas. Geng tu ada 6 orang je pun saya, umi, dayoh, yan, ha dan pidot. macam-macam kenangan kami berenam. ada yang saya sengih sorang2 bila terkenang.

 Kesemuanya dah ada kerjaya sendiri dan sebahagiannya dah berkeluarga termasuklah saya. Khamis lepas gathering di rumah saya, cuma ada umi dan dayoh. jumpa pula lewat pukul 10 lebih, baru perasan masing-masing dah 'kertu' sebabnya berbual dan gelak, tapi mata masing-masing payah nak buka dah.hahahahha. Umi menetap di kampung halamannya di Kelantan. Kadang-kadang  bila out-station ke Kl, dapatlah kami berjumpa. 

Rindunya nak berkumpul semua. Paling dah lama tak jumpa si yan, rasanya lebih kurang 10 tahun. Kurus ke dah gemok macam saya agaknya..haha. Masa berlalu banyak sangat komitmen masing-masing sampai masa berjumpa sangatlah terhad. Saya sayangkan kawan-kawan saya tu. Terima kasih pada orang yang cipta Wasap, dapatlah buat group untuk chit chat beramai-ramai bila ada masa terluang. Walau seorang di timur, seorang di selatan, lain-lain di tengah..tetap berbual di wasap. Moga ikatan ini berkekalan berpuluh-puluh tahun akan datang..Insyallah.




Love, Akuida

Sunday, October 30, 2016

Muncul Sekejap..

Assalamualaikum....

 Kerap juga buka blog dan blog walking, tapi tak tahu kat mana nak start menaip. Rasa macam-macam nak taip, nak kongsi tapi tidak juga ditaipnya. Hari ini saya gigihkan juga sebab malam ini banyak masa sedikit nak mengadap laptop..hihi. 

Baru-baru ini, saya terjebak dengan Gegar Vaganza dan cerita korea Sweet Stranger and Me. Gegar Vaganza semuanya gara-gara suami tonton, jadi saya pun terjebak sama (Alasan!!!..haha). Cerita Korea pula dah banyak kali kawan-kawan saya hasut, tapi belum ada jiwa nak tengok. Kali ini terjebak pula..

Hujung minggu ini saya rasa gembira lebih sedikit dari biasa sebabnya hari terakhir bekerja (Jumaat) lepas, saya menerima ulasan yang sangat positif daripada bos saya untuk penilaian prestasi saya sepanjang tahun ini. Awal kan?hujung bulan 10 dah siap penilaian, bolehlah relax-relax uruskan kerja 2 bulan ini..haha. saja melawak, takde maknanya nak relax-relax..musim hujan dah tiba. saya amat berharap agar rumah di kampung tak banjir tahun ini dan daerah jagaan saya juga tak banjir..amin. mohon makbulkan doaku ini ya Allah. Ulasan bos saya pendek sahaja, tapi sangat bermakna dan rasa segala usaha saya 9 bulan ini benar-benar dihargainya..TQ so much BOS. 

Saya juga baru sahaja memulakan bacaan buku Saiful Nang- Kisah Orang Menang. Sangat awal fasa pembacaannya..jadi tak dapat saya nak kongsikan lagi apa dapatan dari buku tersebut. Kadang kala peningkatan umur ni buatkan pemikiran kita berubah ke arah yang lebih matang. Bukan pemikiran sahaja, tapi pembacaan juga nampaknya.

Ok bai..assalamualaikum. (nampak sangat malas kan..terus tutup nota)haha.


 Love, Akuida

Friday, September 30, 2016

Mencari Manis Strawbery Di Cameron

Assalamualaikum....

Auwwww...tajuk tu sebijik tajuk drama Melayu. 

Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Cameron Highland. Percutian singkat dan dirancang dalam tempoh yang singkat juga. Tiada perancangan sebenarnya, hanya tempah hotel je dulu. Bila bawa anak-anak memang saya tak berani nak walk in hotel sahaja. Jadi sesingkat mana pun perancangannya, saya akan pastikan saya book hotel siap-siap. Pernah sekali dalam perjalanan balik ke KL dari Kelantan, tiba-tiba suami decide tidur di kawasan dungun jika ada hotel berdekatan. sanggup saya call dulu hotel walau perjalanan ke hotel dalam tak sampai setengah jam. Nak juga  tanya hotel dan book walau dekat dah. haha..

Percutian singkat kali ini hanya semata-mata untuk suprisekan anak-anak. Beberapa kali dah dengan si kakak kata nak makan strawbery. Jadi diam-diam kami bawa dorang berdua. Bila ditanya, kami jawab adalah..tunggu je.kakak mesti suka. Dan...Alhamdulillah dorang berdua memang suka dengan trip ini.

Tak terkira berapa banyak strawbery yang Si Kakak dan Adik makan sejak petang hingga esok paginya.

Saya kurang makan strawbery, tidak seperti anak-anak dan suami yang sangat-sangat gemarkan strawbery

Tapi saya sangat sukakan strawbery milk shake yang ada dijual di Big Red Strawbery Farm

Dan Paling suka dengan panorama kebun teh..

Kemanisan strawbery tak dapat menandingi kemanisan bunga-bunga hati bila lihat anak-anak gembira.. Syukur Allah beri nikmat rezeki yang dapat kami kongsi dengan anak-anak yang sedang membesar ini.


 Love, Akuida

Thursday, September 29, 2016

Warna Pensel Pertama Si Adik

Assalamualaikum....

Warna pensel pertama si Adik. Sibuk mama memilih warna pensel kakak yang dah lompong-lompong bilangannya, sibuk ada suara dari troli supermarket yang papa..minta nak juga warna. haha..Jadinya mama pun abadikan lah warna pertama yang mama beli khas untuk adik. Kadang-kadang kasihan sebabnya adik banyak guna barang dan mainan sedia ada di rumah. Yang sebelum ini saya dan suami beli untuk kakak dan elok lagi. Jadinya buat apa menambah barang. Bukan takde beli barang-barang baru, tapi jika yang ada di rumah dan elok lagi..memang takkan beli yang baru khas untuk adik. Bila fikir-fikir kesian juga. 


Warna pertama si Adik


Kadang-kadang mama memang saja belikan mainan yang murah-murah. Senang, kalau jangka hayat mainan tu tak lama, buangkan aje. Tak perlu nak sayang-sayang sebab mahal. Lagipun anak-anak cepat bosan dengan mainan yang ada. Paling kurang setahun dua kali perlu buat aktiviti sisihan barang mainan. Dan paling mama sakit hati, belikan mainan masak-masak seperti permintaan dorang berdua..Tapi akhirnya barang-barang dapur mama juga dorang ambil buat main masak-masak terutamanya si adik yang sangat suka dengan cawan dan sudu penyukat mama tu..sebab warnya pink kot.hahaha..itulah anak-anak.


 Love, Akuida

Monday, September 19, 2016

Hari-hari terakhir cuti panjang...

Assalamualaikum....

Hari Sabtu lepas selepas subuh kami buat rombongan meronda ke pasar borong Batu Berendam, Melaka. Niatnya hari tu nak balik KL selepas subuh. Tapi tunda sebab dah lama tak memborong seafood dari pasar borong. Antara tangkapan untuk bawa balik KL adalah ketam, udang, sotong dan ikan selar. Ada juga kepala ikan jenahak sebelah yang cadangnya nak buat asam pedas kepala ikan..nyummmmssss.
 
Ketam bukanlah kegemaran saya. Tapi kegemaran suami..favourite sungguh tu. Sebagai isteri yang tak berapa nak mithali tapi sentiasa harap menjadi isteri yang disayangi dan dicintai suami, haruslah masak juga apa yang suami suka kan..haha. ayat tu power sangat tu rasanya. Makanya, selepas google internet..jumpalah menu lain dari yang lain sikit. Ketam masak telur asin. Mudah je rupanya..


7 ekor ketam sederhana besar menjadi ketam telur asin. dalam gambar ini hanya 1/3 dari jumlah 7 ekor ketam yang dah dimasak. ini batch pertama, nampak kurang gravy nya sebab gravy di dasar kuali..:)
 
Keesokkannya, sarapan pagi saya sediakan menu yang sentiasa disukai anak-anak. Pankek dimakan bersama madu dan butter cair. Bezanya kali ini saya tak gunakan telur sebaliknya guna mayonis. Sebab telur habis..haha. Alhamdulillah mampu gembirakan anak-anak pula hari ini.



Dua hari terakhir cuti panjang yang dapat saya manfaatkan untuk keluarga. Moga menjadi memori yang indah untuk kami walau ringkas sahaja menunya. Dan hari ini kembali kepada jadual biasa yang sentiasa padat dari sebelum subuh hingga ke malamnya. Moga segala pekerjaan, segala perbuatan berada dalam rahmat Allah.




 Love, Akuida

Saturday, September 17, 2016

Kecil..tapi mampu terbitkan bunga di hati :)

Assalamualaikum....

Semalam berdua dengan suami bersantai-santai kat foodcourt ikea. Beli makanan dan duduk menikmati makanan sambil tengok-tengok katalog ikea yang baru. Suami kata makan perlahan-lahan. Ambil masa..tenang. Tapi saya ni sebenarnya sejak ber'anak' kecil dah tak reti makan perlahan. Mesti cepat sebab takut anak buat perangai..haha.

Lepas makan dalam sejam lebih, suami ajak pusing-pusing cuci mata di ikea tu. Sambil-sambil senaman lepas makan. Pertama kali kami membeli di ikea..biasanya pergi ikea makan je.

Antara yang kami beli..rak putih atas tv tu.hihi..rak sahaja yang baru. Bunga-bunga hiasaannya aset lama. Sejak ada bunga ini di rak baru ni, hati rasa berbunga-bunga je kalau tengok tv. Masuk rumah je mesti nak tengok rak comel ni..hihi. Berbunga-bunga hati ni.


Close up sikit






 Love, Akuida

Saturday, September 10, 2016

Menikmati sushi..sebelum sesi menikmati daging minggu hadapan :)

Assalamualaikum....


Lunch hari ini...

Si kakak beberapa kali cakap nak makan kat sushi king. Saya hanya jeling je sebabnya budak berdua tu kalau sibuk nak ke sushi king, maknanya bukan nak makan sushi pun. Tapi nak makan cheese cake yang ada juga kat situ. Jadinya lunch hari ini kakak makan 3 ketul cheese cake dan adik makan seketul.Mamanya seperti biasa hanya makan dua jenis benda di atas. Tapi octopus sepinggan dan salmon tu 3 pinggan..hihihi.sedapnya.

Saya ni ada 1 perangai. Kalau 1st time makan apa-apa dan rasa sedap, saya akan ulang makan benda yang sama di tempat yang sama beberapa kali sampai saya jemu. Jadi sekali rasa si octopus ini dan si salmon jenis yang ini terus suka dan makan ini sahaja bila ke sushi king. Cuma hari ini saya add on steam egg. Sedap juga..letak kicap sikit terus ngap..nyummms.

Paling kesian..saya tak reti guna chopstik.jadi tiap kali ke sushi king saya akan minta garpu..hihi. takde rasa segan pun pakai garpu. Hanya menjadi seperti sendiri. Makan dengan tenang menikmati setiap suapan..alhamdulillah.


 Love, Akuida

Thursday, September 8, 2016

Bicara titis hujan..

Assalamualaikum....

Amboi tajuknya..:). Rindunya nak menulis di blog picisan ini. Blog ini adalah ruang di mana saya boleh menulis sesuai yang tidak berkaitan dengan bidang kerjaya saya dengan gembira (nak luah pasal hal kerja pun boleh kan??). Saya gembira meluah rasa, mengarang, berkongsi gambar makanan tanpa rasa bersalah. Di sini saya gembira menulis berkaitan perangai mak-mak saya, berangan apa yang saya suka..Paling seronok dapat meluah rasa tekanan saya..keletihan saya. sebab saya tahu tiada pembaca di blog ini. diari ke? ini bukan diari. sebab berbulan baru sekali menulisnya..haha. 

Beberapa bulan ini terutamanya selepas Hari Raya Aidilfitri, jadual hujung minggu saya sangatlah padat. gigih menggantikan bos bila bertugas di hujung minggu dan lebih berada di lapangan meluangkan masa mendengar keluhan penduduk berkenaan isu banjir, menerangkan apa yang dilaksanakan jabatan untuk membantu menangani masalah banjir. Jujurnya saya amat berharap agar segala usaha yang kami lakukan dengan bekalan peruntukan yang ada dapat membantu menangani masalah banjir di kawasan seliaan saya ini.

Kadangkala terlintas di fikiran, di tempat orang ini saya bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab yang ada. cuba untuk bantu tangani banjir..tapi di kampung saya sendiri, di rumah ibu bapa saya paling kurang setahun sekali pasti banjir. Allahuakhbar. Sayu je hati bila memikirkan musim hujan. pasti hati risau air naik dan mak ayah bersusah payah nak alihkan barang ke tempat yang tinggi. Semoga suatu hari nanti, pihak yang bertanggungjawab di kawasan saya dapat membantu sedaya yang mungkin untuk menyelesaikan isu banjir di kawasan kampung saya pula.Amin.

Menulis berkaitan banjir sebab dan seminggu di KL ni hujan setiap petang. termasuk di daerah saya. pagi ini seawal subuh hujan dan turun..Jadi mood pun seperti gerimis hujan.hihi.

Salam Hari Jumaat yang barakah. Moga setiap dari kita diampunkan dosanya..amin.



 Love, Akuida

Saturday, August 13, 2016

She's engineer and she's cooking????

Assalamualaikum....

Haha..tajuk tiru ayat orang post di FB. Seronok di hujung minggu bagi mak-mak seperti saya adalah bila dapat duduk rumah dan memasak di dapur. Takde lah pandai sangat masak. Menu ringkas untuk keluarga sahaja yang saya mampu.


Hari ini buat nasi arab yemeni guna perencah instant untuk nasi. Sup ayam resipi biasa dan sambal nasi arab tu minta kawan buatkan. Dia buatkan banyak-banyak dan saya frozen kan dalam bekas kecil untuk sekali makan. kawan saya ni memang pandai masak..tu yang minta tolong.hihihi...

Alhamdulillah..syukur atas nikmat allah beri ini.



 Love, Akuida

Tuesday, August 9, 2016

Kematian..

Assalamualaikum....

Semoga di kala diriku dijemput pergi..aku diingati dengan segala kebaikan bukan keburukan. Moga sehingga matiku, Allah lindungi segala aibku. Sesungguhnya aku insan yang masih lalai dan leka.. Ampunkan dosaku YA ALLAH.

Pagi ini seawal pagi dikejutkan dengan sms adik yang katakan ada kematian di kampung. Saya dan suami terus ke kampung untuk menziarahi. Tiap kali melihat kematian, akan terbit 1001 rasa dalam hati ini. Moga rohnya dicucuri rahmatMu YA ALLAH.



 Love, Akuida

Wednesday, July 13, 2016

Senja yang gelap..

Assalamualaikum....


Allahuakbar..lebatnya hujan.memancar sana sini..sabung menyabung kilat. Guruh berdentum-dentum. Ya Allah Ya Tuhanku..ampunkan dosa-dosa kami ini. Jauhkanlah kami dari kelalaian.. Takutnya menunggu hujan reda dalam kereta ni. Nak keluar kereta pun rasa takut yang amat.

Senja yang gelap..

 Love, Akuida

Sunday, July 10, 2016

The raya cookies by me..

Assalamualaikum....

Projek menyambut raya tahun ini...sampaikan shopping raya pun tak sempat. Sempatkan shopping untuk barang anak-anak je. Itu pun membeli sebelum raya.hihi. Projek apakah itu ya???? Projek ini....






Projek biskut raya...alhamdulillah sebahagiannya saya jual dan sebahagiannya untuk keluarga. Sedang memikirkan untuk pasarkan biskut semperit dan chocolate chip. Perlu fokus sebabnya saya merasakan tak mampu nak siapkan pelbagai biskut buat masa sekarang. Sedang berfikir..berfikir..berfikir. jika ada peluang, insyallah boleh jadi rezeki sampingan. Mak saya jeling je bila saya kata nak buat bisnes biskut ni. Mak kata tak cukup lagi ke income bulanan tu..haha. berniaga kan sunnah nabi, jika allah izinkan saya akan ke arah itu juga nanti walau sampingan sahaja. Bukan kerana duit sahaja..tapi kepuasan hati yang sering meronta nak mem'baking'




 Love, Akuida

Menyusuri fajar pagi..kembali ke kota

Assalamualaikum....

Pagi ini seperti perancangannya selepas subuh, 7.10 pagi (erk..pukul 7 tu sedang elok dikatakan lepas subuh kan..haha) kami memulakan perjalanan kembali ke ibu kota. Syukur trafik lancar, 2jam sahaja perjalanan dah tiba ke teratak kecil kami. Seriau dengan jem punya pasal, awal pagi dah gerak. Jenuh kalau harung jem melaka - KL..biasanya jika jem yang hardcore tu harus 4jam atas jalan.

Sampai je KL, maka bernoktahlah riang ria raya di kampung tahun ini. Seronoknya raya kali ni sebab boleh berlama-lama di kampung. Bangun pagi, sarapan sambil tengok sawah depan mata. I love my kampung..syukur nikmat allah beri as a kampung girl. Anak-anak pun seronok di kampung. Bangun pagi duduk di beranda belakang, mengadap sawah sambil menikmati pancaran matahari pagi dan main pop2.

Hari ini kembali ke realiti kehidupan di kota. Menikmati pemandangan highway di tepi rumah..hihi. menikmati kehidupan di kondo kecil kami.alhamdulillah..rezeki nikmat kehidupan yang allah aturkan. Payah nak dapat duduk seminggu di kampung atas kekangan masa. Tapi tahun ini allah bagi peluang..itu yang seronok sangat tu.

Syukur padaMu Ya Allah atas segala nikmat ini..

* Ditaip dari note 5 pada 5 hari raya :)



 Love, Akuida

Friday, July 8, 2016

Hari raya aidilfitri..kemurnian raya yang dicemari BOM

Assalamualaikum....

Hari ini sudah hari ke-4 hari raya aidilfitri. Saya masih di kampung menikmati cuti. Syukur atas nikmat raya yang Allah beri. Di umur menjangkau 33tahun ini, masih lagi terima duit raya dari suami, ayah dan adik. Bukan sedikit amaunnya ya.hihi.syukur yang tak terhingga. Sebab itu lah saya sangat percaya hikmah bersedekah. Sentiasa dalam hati ini ayat yang lebih kurang begini.. bersedekah lah kerana sebahagian harta dan rezki yang kamu ada ini kepunyaan orang lain..jadi bersedekahlah.

Raya kali ini sangat indah bagi saya. Sebab dapat berlama-lama di melaka. Syukur atas idea suami yang suruh saya balik awal sebab dia akan bekerja hingga hari sebelum raya. Laju je saya mohon cuti dan bos luluskan.hihi..syukur yang amat. Seminggu dah saya di kampung..menikmati cuti ini. Semuanya seronok kecuali terpaksa tersentak-sentak jantung ini bile dengar mercun yang bunyi nya seakan bom..Allah Allah. Kenapa la kilang mercun keluarkan produk bunyi sama seperti bom ni. Dah mainnya di tepi rumah. Terkejut makcik ini.. mahu ditegur nanti, ibu bapanya marah. Tapi rasanya ibu bapa tolonglah terapkan adab berjiran dengan anak2. Bukan sahaja perlu orang bertolak ansur dengan kita, tapi kita juga perlu belajar adab menghormati jiran tetangga. Ramai makcik2 tua di kawasan ini, ada yang lemah jantung juga. Kalau lah kerana bunyi bom itu, makcik yang lemah jantung terkejut dan meninggal?nauzubillah..tidakkah kamu raya bersalah anak2?

Berayalah dengan berpada-pada..hormati juga jiran di sekeliling.

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.



 Love, Akuida

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan tahun ini..

Assalamualaikum....

Waktu saya menaip post dari note 5 saya ni,jam menunjukkan pukul 11.51 malam. Gigih menaip dari note je.rindu sangat nak menulis kat blog beku ini..haha. macam-macam nak share tapi tak berkesempatan. Terlalu sibuk sebagai juruteranya dan surirumahnya. Sebagai juruteranya..kulit muka ni dah ala-ala black sweet la juga. Kadang kerap berjemur hampir tiap hari. Syukur Allah bagi kesihatan, bertahan juga walau kadangnya kelam kelibut dengan dua tugas duniawi tu.

Alhamdulillah tahun ini Ramadhan menjelma lagi. Bermula tahun lepas, saya dah start latih kak sara berpuasa. Awal ke?awal la juga kan sebab masa tu 6tahun.Tapi tak lah strict perlu puasa sehari awal-awal dulu. Melatih anak kecil ini tak boleh keras. Perlu kesabaran yang tinggi dan mama menjadi mama paling lembut untuk kuatkan semangat kak sara..lembut ke?hihi. YA..perlu positif,perlu sabar. Jadinya untuk tahun ini kak sara lebih matang dalam berpuasa..alhamdulillah. kak sara masih training solat dan puasa. Saya memilih train kak sara berpuasa juga sebabnya berpuasa di masa semua kawan-kawannya puasa hanyalah di bulan Ramadhan. Jadi perlulah ambil peluang untuk latih kak sara berpuasa sebabnya Ramadhan datang setahun sekali..mama tau kak sara boleh buat. Tak penuh sebulan jika ada sebabnya takpe.yang penting kakak biasakan diri.

Semoga Ramadhan tahun ini memberi impak yang positif untuk saya dan semua umat islam di bumi ini.


 Love, Akuida

Saturday, May 14, 2016

Hari Ibu 2016 : Kad dan hadiah dari kak sara

Assalamualaikum....
 


Kad Hari Ibu dan hadiah dari Kak Sara
 
 
Hati mama mana yang tak sebak bila anaknya yang umur belum pun genap 7 tahun buatkan surprise dan sibuk nak belikan hadiah untuk Hari Ibu guna duit simpanannya hasil belanja sekolah yang dijimatkan setiap hari?
 
Hati mama mana yang tak kembang setaman, walau dilabel MAMA PALING GARANG tapi dapat kad surprise dari anak dan hadiah masa Hari Ibu?
 
Terima kasih Kak Sara. Nukilan anak kecil yang semestinya sangat tulus masa dia buatkan kad ini dan menulisnya. Tapi sebagai cikgu sambilan yang kadang-kadang ngajar kakak bile kakak rajin nak belajar, mama detect perkataan yang tak dijarakkan..hahaha. jangan sentap ye kakak, mama terima kali ni sebab kakak susah payah buat kad sembunyi-sembunyi.
 
Sayang kakak dan Adik..Moga kamu berdua menjadi anak yang solehah dan sayangkan mama dan papa. dan moga mama dan papa diberikan kesabaran yang tinggi dalam mengasuh kamu berdua menjadi anak yang baik dan cemerlang di dunia dan akhirat. amin..
 
Terima kasih Allah untuk semua nikmat yang Kau beri ini.
 
 
 
Love, Akuida

Nukilan daripada MAMA PALING GARANG

Assalamualaikum....
 
Hari ini hati saya dijentik pilu. Teringatkan situasi di kedai buku lewat petang tadi. Seorang ibu berpurdah tapi lantang suaranya memarahi si anak di hadapan semua orang di kedai buku. 'cepat! nak beli buku ke nak makan?'.ada lagi ayat-ayatnya yang menengking si anak.Terdiam anak tu. dalam suaranya yang perlahan, 'nak buku'..sayunya hati saya. Saya pun ibu juga. siap dapat tittle MAMA PALING GARANG kata kak sara. Tapi saya tak pernah sampai hati nak tengking anak-anak di hadapan semua orang yang tak dikenali. Apa salahnya berbisik dengan si anak jika nak marah sangat depan semua orang? Macam biasa buat je kan..hihi.
 
Anak ini ada maruahnya juga. Bagaimana kita tahu malu, mereka pun tahu malu juga. Sampai ke saat ini fikiran saya masih memikirkkan situasi tadi. Saya hanya mama yang serba kekurangan. Sering kalah dengan emosi dan tekanan perasaan dengan karenah anak-anak. Tapi saya benar-benar tidak sampai hati nak marah, tengking dan pukul anak di hadapan orang ramai..Moga hati ini terus mempunyai simpati dengan anak-anak. Moga situasi hari ini, sentiasa saya ingati dan tidak saya lakukan pada anak-anak saya.
 
Mungkin ibu tadi terlalu tertekan sehingga terkuat suara dengan anaknya. Tapi moga ibu itu sedar kesilapannya dan diselesaikan dengan cara yang baik dengan anaknya itu. Tidak salah jika kita sebagai ibu dan bapa mengakui kesilapan kita dengan anak-anak sekiranya ada. Tidak salah jika kita ucapkan 'sorry' atau 'maaf ya' dengan anak-anak jika kita silap. Tidak sesekali rendah martabat kita jika ucapkan maaf dengan anak-anak. Cerminan kebaikan yang kita tunjukkan, akan memberikan impak yang positif untuk anak-anak kita..percayalah.
 
Hanya luahan hati dari seorang mama yang dilabel MAMA PALING GARANG oleh anaknya sendiri. (tapi saya cakap pada kak sara..ye ke?kakak tak tengok mama orang lain lagi..ntah-ntah lagi garang)..hahaha. nak juga cakap dia mama paling best lah tu..haha.
 
Love, Akuida

Sunday, May 8, 2016

Remang Senja


Assalamualaikum....

Senja di Kuala Perlis 8 Mei 2016

Perkara yang paling menggembirakan adalah melihat orang yang kita sayang gembira meluangkan masa dengan orang yang mereka sayang.

Berapa banyak sayang daaaaaa...hahaha.

Lama sungguh tak menikmati matahari senja. Sesekali menikmati terdetik sebak di dada dengan segala kesempatan yang Allah beri..Allahuakbar. Syukur atas segala nikmatMu ini.




Love, Akuida

Sunday, April 24, 2016

Remuknya hati bila difitnah..

Assalamualaikum....
 
 
Akhir minggu ini kehidupan saya dihinggapi sedikit keresahan. Pernahkan rasa dikhianati, pernahkah rasa remuknya hati bila difitnah oleh orang yang kita kenal dan percaya? Itulah yang berlaku dalam hidup saya beberapa hari lepas. Bila dapat tahu fitnah melanda, sakitnya hati sehingga menggigil jari saya petang itu. Bila perasaan reda, saya bersemuka dengan pemfitnah itu. Bukan saya sahaja, bahkan beberapa rakan lain pun difitnahnya. Biarlah fitnah yang dibawanya itu menjadi rahsia tapi saya harap si pemfitnah itu berubahlah. Acap kali saya dengar perangainya yang suka menipu, tidak sangka pula kali ini saya terlibat. Perit rasanya bila kamu difitnah, dan kamu tiada untuk membela diri. Syukur, ada rakan yang menyampaikan dengan bukti sahih dan bila bersemuka si pemfitnah itu mengaku.
 
Duhai si pemfitnah.. adakah kamu bahagia dengan semua yang telah kamu lakukan? Apakah salah saya dan rakan-rakan yang telah kamu aniaya? Tidakkah kamu rasa bersalah tehadap kami-kami yang telah kamu aniayai? Gembirakah kamu atas segala yang telah kamu lakukan selama ini?
 
Rupanya, bukan kali ini sahaja si pemfiitnah membuat onar. Banyak kali dan ramai juga yang pernah terkena. Saya cuma mendoakan agar si pemfitnah ini insaf. Jika inginkan perhatian daripada rakan-rakan di sekeliling, buatlah perkara yang baik-baik. Bukan nampak sahaja baik, tapi sebenarnya kamu mempunyai hati yang busuk..nauzubillah. 
 
 
 
Love,
Akuida

Pecutan dan angan-angan

Assalamualaikum....


Lama sangat tidak menjengah blog ini. Menulis apa kan lagi.
 
 Masih sibuk dengan kehidupan sebagai juruteranya dan masih terkial-kial memijak pedal agar sentiasa pecut. Kadangkala rasa penat menekan pedal, saya lepaskan pedal tu dan berhenti di tepi jalan. (erk, jengah blog je keluarlah benda-benda pelik dalam tulisan dia tu kan..hihi). Mengada sangat tu statement bercerita pedal minyak. Saya tahu pandu kereta auto je, tu sebab tiada clutch dalam statement tu.
 
Kadang-kadang bila stress, saya berhenti dan makan. Bila gembira, saya berhenti sebentar dan makan.Kononnya meraikan kejayaan walaupun berjaya bentangkan paper berkaitan projek dan lulus di peringkat jawatankuasa sahaja. Akhirnya..tanpa saya sedari berat saya naik menghampiri 2kg dalam masa 3 bulan ini. apa lagi, menangis la dalam hati ni. Mula kembali rancang nak diet, nak senam, nak turunkan berat badan. Cadangnya bermula esok..harapnya boleh. Jika dalam wassup ada ikon tunjuk muscle tu, jadi bayangkan sekarang saya tengah buat gaya begitu ya..haha.
 
Saya juga berangan nak rajin menulis di blog. harapnya angan-angan saya menjadi kenyataan lah kan. Jadinya, langkah pertama untuk angan-angan tu, saya bancuh secawan kopi dan buka laptop. Pandang je blog yang dah bersawang ni dan menaiplah. Walaupun blog ini rasanya tiada followers langsung (memang taknak ada followers sebab segan..hihi), tapi saya tetap nak menaip sebabnya blog ini adalah hobi sampingan saya selain membaca, makan dan menonton tv. Menulis adalah kegemaran saya sebelum bekerjaya. Menjadi jurutera ini membuatkan saya lupa sangat untuk menulis. Harapnya menulis ini walaupun suka-suka bercerita di blog sepi ini, saya lebih gembira di samping menjalankan tugas-tugas harian saya yang bukan sebagai jurutera sahaja, tapi sebagai isteri, sebagai mama, sebagai anak dan sebagai guru sampingan untuk kak sara.
 
'Buatlah perkara yang membuatkan anda gembira. Selagi perkara yang anda lakukan itu tidak mendatangkan keburukan kepada anda dan orang-orang yang anda sayang, teruskanlah...'
 
 


Love,
Akuida

Thursday, March 3, 2016

Ulu Yam di Liverpool 2 - Ingin ku pinjam semangat dan aura Kak Ain

Assalamualaikum....

Sejak senulan lepas saya mula membaca Ulu Yam di Liverpool 2. Masa ke pustaka rakyat, buku yang kedua sahaja yang ada stok. Jadi saya beli yang itu dan baca yang kedua dulu. Sampai sekarang masih mencari masa terluang dan cuba habiskan bacaan. Terpaut hati membaca tulisan saudara nazali  mohd. noor. Rasa sama-sama ada di skrin melihat kehidupan beliau sekeluarga di liverpool. Satu lagi perkara yang amat saya kagumi adalah bagaimana beliau mengibaratkan isterinya kak ain sebagai nadi hidupnya. Kadangkala, saya terfikir bagaimanakah suami mengibaratkan saya dalam kehidupannya sepanjang 7 tahun 3 bulan mengemudi bahtera rumahtangga ini bersama-sama. Sangat teringin saya mempunyai kekuatan seperti kak ain. Moga saya kuat untuk ke arah yang lebih positif. Insyallah.


 Love, Akuida

Wednesday, March 2, 2016

Rasa bersalah :(

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya tak menulis. Khamis lepas, saya demam.jarang sangat rasanya demam.selsema kerap juga sebab saya ada resdung. Kemas rumah lebih sikit je dah bersin2 lepas tu mesti selsema. Perangai nak ala2 queen je kan.kemas rumah pun nak selsema.hahaha. sebab itu saya lap habuk kena guna kain basah. Taknak guna penyapu bulu ayam tu sebab habuk mesti buat saya alahan.

Hari ini saya menulis blog masa tengah tunggu flight dari alor star ke subang. Kononnya nak cepat balik rumah jumpa suami..jumpa anak. Sekali semalam tengah bermesyuarat dapat wassap esok sampai sabtu ada retreat bersama exco. Aduh la..jika bujang rasanya melompat gembira dapat pergi retreat. Dapat duduk hotel. Tapi bile dah berkeluarga ni..stress je rasanya. Dengan jelingan suami. Dengan fikir anak tak ada siapa nak jaga hari sabtu nanti...arghhh.

Kesian memikirkan anak-anak. Nampaknya perlu fikir panjang lah nak naik pangkat lepas ni. Saya gembira dengan kerja2 jurutera saya. Tapi bab2 sampingan yang mencuri masa saya untuk keluarga yang buat saya tak berapa nak happy. Nampak gembira, tapi di dalam hati menangis. Ahad lepas saya menangis sendirian mengenangkan si adik di melaka. Kebetulan adik saya yang bongsu nak pinjam nak jaga adik sebab dia belum mula kerja. Sebelum ni saya diamkn je permintaan dia. Tp dah saya ada outstation minggu ni,saya bagi la. Pertama kali adik tak tido dengan saya atau papanya. Buat 3 hari ni, gembira je dia bila saya call. Tapi mama yang dramatik ni memamg sedih la mengenangkan anak-anak. Si kakak mesti kesunyian. Masih memikirkan macamana si kakak sabtu ini..aduhla.

Semoga ada jalan penyelesaiannya untuk sabtu ini. Moga dapatla saya excuse dan ada di rumah dengan si kakak..sy amat berharap agar allah makbulkan doa saya ini. Dan moga anak-anak saya sentiasa sihat sejahtera. Dan sejak ahad, saya memang berdoa agar adik tidak teringatkan saya,papa dan kakak sepanjang di melaka. Pelik tak? Tak pelik..saya cuma tak nak adik kesedihan bila teringat.


 Love, Akuida

Sunday, February 14, 2016

Si Jurutera Yang Kembali Terjun ke Bidangnya

Assalamualaikum....

Alhamdulillah sudah 3 hari saya memulakan tugas di pejabat baru. Masih memegang jawatan yang sama. Cuma nampaknya bertambah bebanan tugas tetapi berkurangnya sesi borak-borak. Tiada kawan..hanya saya,bos dan staf. Jika sebelum-sebelum ini ,staf la kawan saya.tapi di pejabat baru ini nampaknya saya perlu lebih memikirkan siapa yang boleh dibuat kawan. Mungkin perlu sedikit masa lagi sebabnya masih sangat baru untuk menilai segalanya.

Hati ini sentiasa berdoa moga allah lindungi saya dari segala fitnah dunia dan dari penganiayaan manusia lain.

Seronok di pejabat baru ini adalah sesibuk mana pun saya,saya sibuk membuat kerja saya sendiri. Kerja yang saya sukai..kerja yang memang kerja jurutera..hihi. saya rasa bahagia walau terpaksa memecut walau hari pertama bekerja. Walau sebelum saya berpindah ada suara-suara yang persoalkan tentang ruginya saya sebab akan sibuk..ruginya saya sebab tiada 'me time'. Tapi saya hanya senyum dan kata insyallah saya akan ok. Walau hati saya gusar, tapi saya redha dengan aturanNya. Mungkin yg Allah aturkan ini yang terbaik untuk saya dan keluarga..Saya yakin ada kebaikannya di sebalik kata-kata manis yang saya terima sebelum ini.

 Love,
Akuida

Monday, February 1, 2016

1st Impression..

Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah..semalam 1 Februari 2016 saya telah selamat melaporkan diri ke pejabat yang baru. Syukur yang tidak terhingga atas penerimaan bos dan pengarah yang baru. Saya melapor diri dengan membawa surat permohonan pelepasan selama seminggu dari pengarah yang lama. Dan syukur lagi ianya diluluskan oleh pengarah yang baru. Hari pertama lapor diri dan terus menghadiri mesyuarat dari pagi hingga petang untuk beberapa projek yang berkaitan. Mengimbau kembali mesyuarat projek yang telah 3 tahun lebih tidak saya hadiri. Syukur juga diberi peluang kembali menjadi jurutera dalam erti kata sebenar..hahaha. Bukan tidak suka di bidang pengurusan, namun bagi saya sebagai orang teknikal saya tidak sepatutnya terlalu lama di bidang pengurusan. khuatir banyak ilmu-ilmu dan pengalaman berkaitan bidang teknikal yang akan saya lupa bila terlalu lama dalam bidang yang lain.

Pendapat peribadi saya, seorang jurutera perlu melengkapkan kitaran pengalamannya semasa muda sebelum menjadi pengurusan atasan iaitu rekabentuk, pengurusan projek dan pengurusan pejabat. sebabnya di masa muda ini, otak dan fizikal kita bertenaga untuk mempelajari semua perkara. Sekiranya telah menjadi super senior dalam bidang ini, tugas kita akan menjurus kepada pengurusan yang lebih tinggi. Jadinya ilmu-ilmu dan pengalaman yang dikutip sebelum ini, akan dapat digunakan sebaiknya semasa kita menjadi seorang ketua..Jadilah KETUA yang berilmu di samping ketua yang menjadi contoh keperibadian yang baik kepada pegawa-pegawai di bawahnya..hanya pendapat peribadi saya berdasarkan setitik pengalaman jika dibandingkan seluas lautan yang perlu saya kutip dalam bidang saya ini.

First impression juga antara konsep yang saya titik beratkan dalam bidang ini. Dengan first impression orang akan ingat sepanjang kehidupannya. Bukan saya kata ianya terlalu penting, tapi dengan pengalaman pertama..kita akan sentiasa ingat sepanjang kehidupan. jadi konsep ini juga saya gunakan dalam pekerjaan ini kerana dengan first impression ketua akan ingat saya yang bagaimana..dan staf juga akan ingt saya yang bagaimana. Mungkin ada yang berpendapat, lantakla persepsi orang pada kita. Tapi sekiranya anda bekerja bersama orang dalam pekerjaan anda, persepsi orang itu penting dalam bekerja. Melalui persepsi yang baik..insyallah suasana kerja yang lebih harmoni dan tenang dapat kita kecapai..


Love, 
Akuida

Monday, January 25, 2016

Projek Bekal 2016 # 2

Assalamualaikum....

 Pagi Selasa yang agak tenang selepas 3 hari cuti. Hujung minggu lepas balik Melaka sekejap. Keluar rumah pukul 11 malam, singgah Burgerbyte kat sentul untuk late dinner dan pukul 11.58 terus gerak balik melaka. Alhamdulillah, mungkin sebab dah lewat malam jadinya perjalanan lancar. Awalnya husband yang drive, tapi belum sampai Nilai dan mengantok yang teramat. Jadinya, dari Nilai sampai Melaka mokcik la yang drive. Saya suka drive waktu malam kat highway dengan kereta yang kurang, rasa seronok je.. :)

Alhamdulillah, sepanjang di kampung dapat luangkan masa dengan mak ayah. Atok nenek tentulah happy cucu balik kan. Sempat juga ke Kamdar belikan mak kain pasang untuk baju raya tahun ini, sempatlah dating sekejap dengan husband kat KipMart. Jadilah, dating dekat KipMart..hahahaha.

Untuk Kak Diana juga, terima kasih sebab lawat blog baru saya ini. Saya sangat terharu dan kembang-kembang hati ni.hihi. Blog ini hanya blog picisan dan pinggiran (erk..sesuai ke pinggiran?) yang saya buat khas untuk tatapan umum di mana saya tidak akan munculkan gambar tuan blog, keluarga dan rakan-rakan yang berkaitan dengan tuan blog. (Perasan retis sangat la tu..hahahaha)

Hmmm..selalu sangat lari tajuk kalo menaip. nak cakap pasal projek bekal Kak Sara merangkumi projek bekal untuk semua ahli rumah kecil saya juga. Tepek di blog, jadi kalau takde idea boleh lah ulang menu. haha. Tujuan saya letak kat blog juga untuk ingatan kepada saya berkenaan menu yang kak Sara suka dan kurang gemar.

Spageti goreng versi ikut suke hati mama..di mana yang tambahkan sedikit kiub tomyam untuk rasa sedikit pedas dan masam.

Ini Pankek dan fries..Pankek antara menu kegemaran anak-anak.  Sos cicah pula saya cairkan butter dan letak madu. nyummsss..

Nasi goreng hotdog. telur itu saya terap guna acuan biskut je..haha.

Cheezy french toast (nama haruslah grand kan. baru perasan lebih..haha). Sebenarnya roti celup telur, ditengahnya saya letakkan cheesedale. bakar dalam magic pan..siap. lawankan dengan fries dan sos cicah pula mayonis+sedikit sos cili

Bihun goreng ala apa yang ada. letak nuget yang didadu sebagai lauk tambahan.

Ini pula spageti ala oglio. kenapa ALA? sebabnya tiada seafood hanya isi ayam yang didadu dan carrot sahaja. Antara menu kegemaran kak sara..Mama pun suka, tapi kena letak cili padi potong. Kata anak jati Melaka kan, tak dapat makan pedas, tak selera..hahaha

Ini pula menu permintaan kak sara. Malam sebelum tu, dia request nak roti yang dipotong-potong untuk makan begitu je dengan mayonis. Mama pun erkkk..itu je? Okla, saya buatkan seperti permintaan, tambahkan honey star takot tak cukup mengenyangkan. petang itu tengok mangkuk bekal..WOW licin.


Itu jela beberapa menu bekal kak Sara. Ada yang saya terlupa nak capture gambar. Jadi share lah mana yang ada. Untuk rujukan saya di kemudian hari dan saya halalkan siapa-siapa nak rujuk juga untuk memudahkan ibu-ibu/mama-mama sediakan bekal untuk anak ke sekolah. Tapi semuanya bergantung pada selera anak. jika macam kak sara bawa la menu yang disukainya dan berkhasiat serta mengenyangkan. Buat masa ini, kak sara masih bawa bekal setiap hari untuk sekolah pagi dan petang. Duit belanja pun dibekalkan tapi nampaknya masih belum digunakan. Mungkin tak lama lagi, dia akan gunakan untuk berbelanja. Tapi jika diizinkan Allah, saya tetap akan sediakan bekal sebab jika kak sara tak sempat membeli, dia ada makanan untuk dimakan.

 
Semoga projek bekal ini berterusan dan kasih sayang yang saya curahkan semasa sediakan bekal dirasai anak-anak dan suami walau kami tidak makan bersama..:)





 Love, 
Akuida

Monday, January 11, 2016

Projek Bekal 2016 # 1

Assalamualaikum....

 Sejak cuti sekolah hujung tahun lepas, saya dah training bangun awal untuk sediakan bekal sarapan pagi untuk semua ahli rumah..papanya, mamanya dan anak-anaknya. Konon-konon training untuk menghadapi tahun 2015. Ke arah mencapai target projek bekal 2015.hahaha..Harapnya azam ini tercapai la ya. sebab berdasarkan pencapaian tahun lepas, banyak juga azam yang tidak mencapai target. Ala, azam kena ada..tak tercapai kita forward ke tahun akan datang ye tak?haha..ayat sedapkan hati.

Biasanya idea bekal adalah berdasarkan cadangan Kak Sara. Bagi la chance kak sara buat pilihan, baru syok nak bawak bekal ke sekolah kan. Duit belanja bagi juga. bekal bawa juga. buat masa ni, duit belanja sekolah pagi dan petang masih belum digunakan di sekolah. Cuma petang Jumaat lepas sekolah agama, saya bawa kak sara dan si adik ke minimart di bawah blok rumah pengasuh untuk berbelanja dengan duit belanja yang saya bekalkan ke sekolah.



Bekal Kak Sara pagi tadi. Megi goreng - tumis rencah bawang, udang kering, setengah kiub perencah tomyam dan sedikit kicap. letak telur. nuget sebagai tambahan.




Permintaan Kak Sara nak nasi lemak. Jadi pagi tu, mama bersilat sediakan nasi lemak telur rebus dan sambal tumis sotong. Timun takde stok. Untuk bekal Kak sara sedikit sambal dan kismis sebagai tambahan.


Ini Nasi himpit goreng. Pertama kali mencuba dan hasilnya boleh la buat hidung kempis bila suami kata sedap dan kak sara makan bertambah. Alhamdulillah..Untuk kak sara, tambahan epal.


Macaroni cheese - Tumis rencah bawang sedikit, letak lobak yang dipotong dadu, letak macaroni yang telah direbus dan letak cheesedale. Guna cheesedale sbb itu je stok yang ada..hihi.



Berdasarkan pemerhatian saya bermula hari pertama persekolahan, Kak sara biasanya makan tak habis. Bila saya tanya, katanya saya kan cepat kenyang. yelah, betul juga kan. Buat masa ni, saya terima alasan tu..haha. 

Air kotak kecil memang saya sediakan stok di rumah. Tapi bawa ke sekolah secara berselang hari. Tidak bawa hari-hari kerana kak sara kenyang minum air bersusu ni dan akan kurang makan bekal yang disediakan. Dan nampaknya buat masa ini, kak sara ok je dengan rutin bekal ni. 

Untuk sekolah agama pula, saya bekalkan Kak sara dengan roti, honey star atau kek berdasarkan idea kak sara. Harapnya azam ini berjaya dan kak sara gembira dengan bekalnya. Maafla, saya memang tak peruntukan masa yang banyak untuk sediakan bekal. Hanya mampu mencapai target penyediaan bekal. Buat masa ini tiada target untuk perhiasan bekal. Jurutera memang begini agaknya, lebih mementingkan pencapaian dan penghasilan berbanding dekorasi.hahaha..ALASAN!



 Love, Akuida

Sunday, January 10, 2016

Tentang cuba menjadi positif

Assalamualaikum.... 

Baru-baru ini saya telah menerima emel pertukaran. Tempat baru yang akan saya peruntukan sebahagian masa saya ini dengarnya adalah tempat yang 'tough' dan memerlukan komitmen yang tinggi. Pada awalnya saya rasa agak gentar dan risau memikirkan bagaimana agaknya keadaan saya di tempat baru nanti. Adakah seperti mana yang diceritakan pada saya atau sebaliknya. Jujur saya katakan sehingga hari ini, saya masih berfikir tentang keadaan yang bakal saya lalui.

Namun, saya cuba positifkan diri. Saya kembali menilai tentang perjalanan kerjaya saya selama ini. Telah beberapa kali melalui pertukaran pejabat, kembali bermula di tempat baru dan bila telah serasi, saya bertukar lagi. Ianya normal sebenarnya bagi saya jika memikirkan apa yang bakal saya lalui di tempat baru. Insyallah, semuanya akan berjalan lancar. Tempat baru, pengalaman yang baru..Saya hanya mampu berdoa semoga Allah cekalkan hati saya agar dapat melalui perjalanan kehidupan yang akan datang.

Bagi saya segala perkara yang datang kepada kita tanpa dipinta adalah perancangan dan kurniaan dariNya. Maka, segala yang datang itu pastinya yang baik untuk umatNya. Saya terima perancangan ini, moga semuanya mudah dan lancar. Dan semoga kerja yang baru ini lebih memberikan ruang waktu yang banyak untuk saya kecapi bersama keluarga dan kepadaNya.

Bantulah saya Ya Allah.



Love, Akuida

Wednesday, January 6, 2016

Hari pertama persekolahan

Assalamualaikum....

Baju seragam sekolah kebangsaan si kakak yang pertama

Musim sekolah dah bermula.tahun ini, tahun pertama kak sara mula bersekolah di sekolah kebangsaan. Alhamdulillah, dua tahun di tadika buatkan kak sara lebih berani walaupun hari pertama di sekolah baru. Tiada air mata. Tiada drama sedih di pagi hari. Cuma ada air mata mama selepas hantar dia di ruang pelajar-pelajar berhimpun. Air mata saya terbit tanpa disedari. Mungkin emosi seorang mama yang lebih cepat kesedihan bila melibatkn anak-anak. Bukan sebab sedih je..kadang-kadang gembira pun sedih.

Rasa sebak mengenangkan saya perlu melepaskannya ke alam persekolahan yang sebenar di mana dia perlu lebih berdikari di sekolah. Betapa cepatnya masa berlalu. Rasa seperti baru je melahirkan kak sara..Mama betul-betul rasa sebak bila mengenangnya. Melihatkan dia yang masih kecil bagi saya walau dah 7 tahun..haha, rasa kasihan sebab perlu bangun awal pagi, bersekolah pagi dan petang, balik sekolah agama pula mengaji isnin-rabu. Tapi saya perlu kuat, saya harus membiarkan dia berdikari dan merasa sedikit susah untuk mengharungi kehidupan ini kerana di masa akan datang mungkin cabarannya lebih hebat.

Ketahuilah kakak..sesungguhnya kamu amat mama sayangi. Kamu anak pertama yang mama kandungkan 9 bulan dalam rahim mama. Kamu yang mengajar mama dan papa untuk menjadi ibu bapa, mengajar kami erti kesabaran dan kasih sayang. Dengan adanya kamu, segala yang dilaui ibarat pelajaran untuk kami. Semoga kamu sentiasa dilindungi Allah tidak kira di mana kamu berada dan semoga kamu menjadi anak yang solehah untuk mama dan papa. Semoga segala doa baik yang mama titipkan untuk kamu dimakbulkan Allah..amin.


Love, Akuida

Merasa CUKUP..syukur

Assalamualaikum.... Alhamdulillah dah masuk hari ke-15 Ramadhan. Semalam bising lah juga kat FB, wasap group.. pasal isu bonus raya kaki...