Posts

Showing posts from January, 2016

Projek Bekal 2016 # 2

Image
Assalamualaikum....

 Pagi Selasa yang agak tenang selepas 3 hari cuti. Hujung minggu lepas balik Melaka sekejap. Keluar rumah pukul 11 malam, singgah Burgerbyte kat sentul untuk late dinner dan pukul 11.58 terus gerak balik melaka. Alhamdulillah, mungkin sebab dah lewat malam jadinya perjalanan lancar. Awalnya husband yang drive, tapi belum sampai Nilai dan mengantok yang teramat. Jadinya, dari Nilai sampai Melaka mokcik la yang drive. Saya suka drive waktu malam kat highway dengan kereta yang kurang, rasa seronok je.. :)
Alhamdulillah, sepanjang di kampung dapat luangkan masa dengan mak ayah. Atok nenek tentulah happy cucu balik kan. Sempat juga ke Kamdar belikan mak kain pasang untuk baju raya tahun ini, sempatlah dating sekejap dengan husband kat KipMart. Jadilah, dating dekat KipMart..hahahaha.
Untuk Kak Diana juga, terima kasih sebab lawat blog baru saya ini. Saya sangat terharu dan kembang-kembang hati ni.hihi. Blog ini hanya blog picisan dan pinggiran (erk..sesuai ke pinggiran?) y…

Projek Bekal 2016 # 1

Image
Assalamualaikum....

 Sejak cuti sekolah hujung tahun lepas, saya dah training bangun awal untuk sediakan bekal sarapan pagi untuk semua ahli rumah..papanya, mamanya dan anak-anaknya. Konon-konon training untuk menghadapi tahun 2015. Ke arah mencapai target projek bekal 2015.hahaha..Harapnya azam ini tercapai la ya. sebab berdasarkan pencapaian tahun lepas, banyak juga azam yang tidak mencapai target. Ala, azam kena ada..tak tercapai kita forward ke tahun akan datang ye tak?haha..ayat sedapkan hati.
Biasanya idea bekal adalah berdasarkan cadangan Kak Sara. Bagi la chance kak sara buat pilihan, baru syok nak bawak bekal ke sekolah kan. Duit belanja bagi juga. bekal bawa juga. buat masa ni, duit belanja sekolah pagi dan petang masih belum digunakan di sekolah. Cuma petang Jumaat lepas sekolah agama, saya bawa kak sara dan si adik ke minimart di bawah blok rumah pengasuh untuk berbelanja dengan duit belanja yang saya bekalkan ke sekolah.













Berdasarkan pemerhatian saya bermula hari pertama pers…

Tentang cuba menjadi positif

Assalamualaikum.... 

Baru-baru ini saya telah menerima emel pertukaran. Tempat baru yang akan saya peruntukan sebahagian masa saya ini dengarnya adalah tempat yang 'tough' dan memerlukan komitmen yang tinggi. Pada awalnya saya rasa agak gentar dan risau memikirkan bagaimana agaknya keadaan saya di tempat baru nanti. Adakah seperti mana yang diceritakan pada saya atau sebaliknya. Jujur saya katakan sehingga hari ini, saya masih berfikir tentang keadaan yang bakal saya lalui.
Namun, saya cuba positifkan diri. Saya kembali menilai tentang perjalanan kerjaya saya selama ini. Telah beberapa kali melalui pertukaran pejabat, kembali bermula di tempat baru dan bila telah serasi, saya bertukar lagi. Ianya normal sebenarnya bagi saya jika memikirkan apa yang bakal saya lalui di tempat baru. Insyallah, semuanya akan berjalan lancar. Tempat baru, pengalaman yang baru..Saya hanya mampu berdoa semoga Allah cekalkan hati saya agar dapat melalui perjalanan kehidupan yang akan datang.
Bagi saya s…

Hari pertama persekolahan

Image
Assalamualaikum....


Musim sekolah dah bermula.tahun ini, tahun pertama kak sara mula bersekolah di sekolah kebangsaan. Alhamdulillah, dua tahun di tadika buatkan kak sara lebih berani walaupun hari pertama di sekolah baru. Tiada air mata. Tiada drama sedih di pagi hari. Cuma ada air mata mama selepas hantar dia di ruang pelajar-pelajar berhimpun. Air mata saya terbit tanpa disedari. Mungkin emosi seorang mama yang lebih cepat kesedihan bila melibatkn anak-anak. Bukan sebab sedih je..kadang-kadang gembira pun sedih.

Rasa sebak mengenangkan saya perlu melepaskannya ke alam persekolahan yang sebenar di mana dia perlu lebih berdikari di sekolah. Betapa cepatnya masa berlalu. Rasa seperti baru je melahirkan kak sara..Mama betul-betul rasa sebak bila mengenangnya. Melihatkan dia yang masih kecil bagi saya walau dah 7 tahun..haha, rasa kasihan sebab perlu bangun awal pagi, bersekolah pagi dan petang, balik sekolah agama pula mengaji isnin-rabu. Tapi saya perlu kuat, saya harus membiarkan dia…