Wednesday, January 6, 2016

Hari pertama persekolahan

Assalamualaikum....

Baju seragam sekolah kebangsaan si kakak yang pertama

Musim sekolah dah bermula.tahun ini, tahun pertama kak sara mula bersekolah di sekolah kebangsaan. Alhamdulillah, dua tahun di tadika buatkan kak sara lebih berani walaupun hari pertama di sekolah baru. Tiada air mata. Tiada drama sedih di pagi hari. Cuma ada air mata mama selepas hantar dia di ruang pelajar-pelajar berhimpun. Air mata saya terbit tanpa disedari. Mungkin emosi seorang mama yang lebih cepat kesedihan bila melibatkn anak-anak. Bukan sebab sedih je..kadang-kadang gembira pun sedih.

Rasa sebak mengenangkan saya perlu melepaskannya ke alam persekolahan yang sebenar di mana dia perlu lebih berdikari di sekolah. Betapa cepatnya masa berlalu. Rasa seperti baru je melahirkan kak sara..Mama betul-betul rasa sebak bila mengenangnya. Melihatkan dia yang masih kecil bagi saya walau dah 7 tahun..haha, rasa kasihan sebab perlu bangun awal pagi, bersekolah pagi dan petang, balik sekolah agama pula mengaji isnin-rabu. Tapi saya perlu kuat, saya harus membiarkan dia berdikari dan merasa sedikit susah untuk mengharungi kehidupan ini kerana di masa akan datang mungkin cabarannya lebih hebat.

Ketahuilah kakak..sesungguhnya kamu amat mama sayangi. Kamu anak pertama yang mama kandungkan 9 bulan dalam rahim mama. Kamu yang mengajar mama dan papa untuk menjadi ibu bapa, mengajar kami erti kesabaran dan kasih sayang. Dengan adanya kamu, segala yang dilaui ibarat pelajaran untuk kami. Semoga kamu sentiasa dilindungi Allah tidak kira di mana kamu berada dan semoga kamu menjadi anak yang solehah untuk mama dan papa. Semoga segala doa baik yang mama titipkan untuk kamu dimakbulkan Allah..amin.


Love, Akuida

No comments:

Post a Comment

Al-Fatihah Buat Mak

Assalamualaikum.... Kehilangan yang masih terasa. Sudah tiada orang nak bergosip. Sudah tiada doa yang disebut terus ke telinga...