Monday, January 11, 2016

Projek Bekal 2016 # 1

Assalamualaikum....

 Sejak cuti sekolah hujung tahun lepas, saya dah training bangun awal untuk sediakan bekal sarapan pagi untuk semua ahli rumah..papanya, mamanya dan anak-anaknya. Konon-konon training untuk menghadapi tahun 2015. Ke arah mencapai target projek bekal 2015.hahaha..Harapnya azam ini tercapai la ya. sebab berdasarkan pencapaian tahun lepas, banyak juga azam yang tidak mencapai target. Ala, azam kena ada..tak tercapai kita forward ke tahun akan datang ye tak?haha..ayat sedapkan hati.

Biasanya idea bekal adalah berdasarkan cadangan Kak Sara. Bagi la chance kak sara buat pilihan, baru syok nak bawak bekal ke sekolah kan. Duit belanja bagi juga. bekal bawa juga. buat masa ni, duit belanja sekolah pagi dan petang masih belum digunakan di sekolah. Cuma petang Jumaat lepas sekolah agama, saya bawa kak sara dan si adik ke minimart di bawah blok rumah pengasuh untuk berbelanja dengan duit belanja yang saya bekalkan ke sekolah.



Bekal Kak Sara pagi tadi. Megi goreng - tumis rencah bawang, udang kering, setengah kiub perencah tomyam dan sedikit kicap. letak telur. nuget sebagai tambahan.




Permintaan Kak Sara nak nasi lemak. Jadi pagi tu, mama bersilat sediakan nasi lemak telur rebus dan sambal tumis sotong. Timun takde stok. Untuk bekal Kak sara sedikit sambal dan kismis sebagai tambahan.


Ini Nasi himpit goreng. Pertama kali mencuba dan hasilnya boleh la buat hidung kempis bila suami kata sedap dan kak sara makan bertambah. Alhamdulillah..Untuk kak sara, tambahan epal.


Macaroni cheese - Tumis rencah bawang sedikit, letak lobak yang dipotong dadu, letak macaroni yang telah direbus dan letak cheesedale. Guna cheesedale sbb itu je stok yang ada..hihi.



Berdasarkan pemerhatian saya bermula hari pertama persekolahan, Kak sara biasanya makan tak habis. Bila saya tanya, katanya saya kan cepat kenyang. yelah, betul juga kan. Buat masa ni, saya terima alasan tu..haha. 

Air kotak kecil memang saya sediakan stok di rumah. Tapi bawa ke sekolah secara berselang hari. Tidak bawa hari-hari kerana kak sara kenyang minum air bersusu ni dan akan kurang makan bekal yang disediakan. Dan nampaknya buat masa ini, kak sara ok je dengan rutin bekal ni. 

Untuk sekolah agama pula, saya bekalkan Kak sara dengan roti, honey star atau kek berdasarkan idea kak sara. Harapnya azam ini berjaya dan kak sara gembira dengan bekalnya. Maafla, saya memang tak peruntukan masa yang banyak untuk sediakan bekal. Hanya mampu mencapai target penyediaan bekal. Buat masa ini tiada target untuk perhiasan bekal. Jurutera memang begini agaknya, lebih mementingkan pencapaian dan penghasilan berbanding dekorasi.hahaha..ALASAN!



 Love, Akuida

3 comments:

  1. Wah rajinnya. Akak pun gigih membuat sarapan ke sekolah tahun ini wakaka. Tapi adik tak nak bawak bekal sebab nak shopping kat kantin. Aiman bawak lebih nak makan ngan geng2 dia. Suka hatilah masing-masing asalkan gembira hehe.. Bagus Kak Sara ni banyak idea, bolehlah auntie tiru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..sila-sila tiru.kadang2 kak sara stress sbb mama hari2 tanya.stress pun stress la.mama peduli ape..hihi.tq akak visit my blog. Blog personal kedua yg di'create'utk open to public.

      Delete
  2. Wah rajinnya. Akak pun gigih membuat sarapan ke sekolah tahun ini wakaka. Tapi adik tak nak bawak bekal sebab nak shopping kat kantin. Aiman bawak lebih nak makan ngan geng2 dia. Suka hatilah masing-masing asalkan gembira hehe.. Bagus Kak Sara ni banyak idea, bolehlah auntie tiru.

    ReplyDelete

22 September 2018 ~ Tenanglah Mak Di Sana

Assalamualaikum....  Sudah lama tak menaip di blog ini. Hari ini rasanya nak menaip untuk berkongsi di blog agar bila suatu hari saya sc...