Sunday, January 10, 2016

Tentang cuba menjadi positif

Assalamualaikum.... 

Baru-baru ini saya telah menerima emel pertukaran. Tempat baru yang akan saya peruntukan sebahagian masa saya ini dengarnya adalah tempat yang 'tough' dan memerlukan komitmen yang tinggi. Pada awalnya saya rasa agak gentar dan risau memikirkan bagaimana agaknya keadaan saya di tempat baru nanti. Adakah seperti mana yang diceritakan pada saya atau sebaliknya. Jujur saya katakan sehingga hari ini, saya masih berfikir tentang keadaan yang bakal saya lalui.

Namun, saya cuba positifkan diri. Saya kembali menilai tentang perjalanan kerjaya saya selama ini. Telah beberapa kali melalui pertukaran pejabat, kembali bermula di tempat baru dan bila telah serasi, saya bertukar lagi. Ianya normal sebenarnya bagi saya jika memikirkan apa yang bakal saya lalui di tempat baru. Insyallah, semuanya akan berjalan lancar. Tempat baru, pengalaman yang baru..Saya hanya mampu berdoa semoga Allah cekalkan hati saya agar dapat melalui perjalanan kehidupan yang akan datang.

Bagi saya segala perkara yang datang kepada kita tanpa dipinta adalah perancangan dan kurniaan dariNya. Maka, segala yang datang itu pastinya yang baik untuk umatNya. Saya terima perancangan ini, moga semuanya mudah dan lancar. Dan semoga kerja yang baru ini lebih memberikan ruang waktu yang banyak untuk saya kecapi bersama keluarga dan kepadaNya.

Bantulah saya Ya Allah.



Love, Akuida

No comments:

Post a Comment

22 September 2018 ~ Tenanglah Mak Di Sana

Assalamualaikum....  Sudah lama tak menaip di blog ini. Hari ini rasanya nak menaip untuk berkongsi di blog agar bila suatu hari saya sc...