Posts

Showing posts from February, 2016

Si Jurutera Yang Kembali Terjun ke Bidangnya

Assalamualaikum....

Alhamdulillah sudah 3 hari saya memulakan tugas di pejabat baru. Masih memegang jawatan yang sama. Cuma nampaknya bertambah bebanan tugas tetapi berkurangnya sesi borak-borak. Tiada kawan..hanya saya,bos dan staf. Jika sebelum-sebelum ini ,staf la kawan saya.tapi di pejabat baru ini nampaknya saya perlu lebih memikirkan siapa yang boleh dibuat kawan. Mungkin perlu sedikit masa lagi sebabnya masih sangat baru untuk menilai segalanya.

Hati ini sentiasa berdoa moga allah lindungi saya dari segala fitnah dunia dan dari penganiayaan manusia lain.

Seronok di pejabat baru ini adalah sesibuk mana pun saya,saya sibuk membuat kerja saya sendiri. Kerja yang saya sukai..kerja yang memang kerja jurutera..hihi. saya rasa bahagia walau terpaksa memecut walau hari pertama bekerja. Walau sebelum saya berpindah ada suara-suara yang persoalkan tentang ruginya saya sebab akan sibuk..ruginya saya sebab tiada 'me time'. Tapi saya hanya senyum dan kata insyallah saya akan ok. Wal…

1st Impression..

Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah..semalam 1 Februari 2016 saya telah selamat melaporkan diri ke pejabat yang baru. Syukur yang tidak terhingga atas penerimaan bos dan pengarah yang baru. Saya melapor diri dengan membawa surat permohonan pelepasan selama seminggu dari pengarah yang lama. Dan syukur lagi ianya diluluskan oleh pengarah yang baru. Hari pertama lapor diri dan terus menghadiri mesyuarat dari pagi hingga petang untuk beberapa projek yang berkaitan. Mengimbau kembali mesyuarat projek yang telah 3 tahun lebih tidak saya hadiri. Syukur juga diberi peluang kembali menjadi jurutera dalam erti kata sebenar..hahaha. Bukan tidak suka di bidang pengurusan, namun bagi saya sebagai orang teknikal saya tidak sepatutnya terlalu lama di bidang pengurusan. khuatir banyak ilmu-ilmu dan pengalaman berkaitan bidang teknikal yang akan saya lupa bila terlalu lama dalam bidang yang lain.
Pendapat peribadi saya, seorang jurutera perlu melengkapkan kitaran pengalamannya semasa muda sebelum menjadi…