Monday, February 1, 2016

1st Impression..

Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah..semalam 1 Februari 2016 saya telah selamat melaporkan diri ke pejabat yang baru. Syukur yang tidak terhingga atas penerimaan bos dan pengarah yang baru. Saya melapor diri dengan membawa surat permohonan pelepasan selama seminggu dari pengarah yang lama. Dan syukur lagi ianya diluluskan oleh pengarah yang baru. Hari pertama lapor diri dan terus menghadiri mesyuarat dari pagi hingga petang untuk beberapa projek yang berkaitan. Mengimbau kembali mesyuarat projek yang telah 3 tahun lebih tidak saya hadiri. Syukur juga diberi peluang kembali menjadi jurutera dalam erti kata sebenar..hahaha. Bukan tidak suka di bidang pengurusan, namun bagi saya sebagai orang teknikal saya tidak sepatutnya terlalu lama di bidang pengurusan. khuatir banyak ilmu-ilmu dan pengalaman berkaitan bidang teknikal yang akan saya lupa bila terlalu lama dalam bidang yang lain.

Pendapat peribadi saya, seorang jurutera perlu melengkapkan kitaran pengalamannya semasa muda sebelum menjadi pengurusan atasan iaitu rekabentuk, pengurusan projek dan pengurusan pejabat. sebabnya di masa muda ini, otak dan fizikal kita bertenaga untuk mempelajari semua perkara. Sekiranya telah menjadi super senior dalam bidang ini, tugas kita akan menjurus kepada pengurusan yang lebih tinggi. Jadinya ilmu-ilmu dan pengalaman yang dikutip sebelum ini, akan dapat digunakan sebaiknya semasa kita menjadi seorang ketua..Jadilah KETUA yang berilmu di samping ketua yang menjadi contoh keperibadian yang baik kepada pegawa-pegawai di bawahnya..hanya pendapat peribadi saya berdasarkan setitik pengalaman jika dibandingkan seluas lautan yang perlu saya kutip dalam bidang saya ini.

First impression juga antara konsep yang saya titik beratkan dalam bidang ini. Dengan first impression orang akan ingat sepanjang kehidupannya. Bukan saya kata ianya terlalu penting, tapi dengan pengalaman pertama..kita akan sentiasa ingat sepanjang kehidupan. jadi konsep ini juga saya gunakan dalam pekerjaan ini kerana dengan first impression ketua akan ingat saya yang bagaimana..dan staf juga akan ingt saya yang bagaimana. Mungkin ada yang berpendapat, lantakla persepsi orang pada kita. Tapi sekiranya anda bekerja bersama orang dalam pekerjaan anda, persepsi orang itu penting dalam bekerja. Melalui persepsi yang baik..insyallah suasana kerja yang lebih harmoni dan tenang dapat kita kecapai..


Love, 
Akuida

No comments:

Post a Comment

Merasa CUKUP..syukur

Assalamualaikum.... Alhamdulillah dah masuk hari ke-15 Ramadhan. Semalam bising lah juga kat FB, wasap group.. pasal isu bonus raya kaki...