Thursday, March 3, 2016

Ulu Yam di Liverpool 2 - Ingin ku pinjam semangat dan aura Kak Ain

Assalamualaikum....

Sejak senulan lepas saya mula membaca Ulu Yam di Liverpool 2. Masa ke pustaka rakyat, buku yang kedua sahaja yang ada stok. Jadi saya beli yang itu dan baca yang kedua dulu. Sampai sekarang masih mencari masa terluang dan cuba habiskan bacaan. Terpaut hati membaca tulisan saudara nazali  mohd. noor. Rasa sama-sama ada di skrin melihat kehidupan beliau sekeluarga di liverpool. Satu lagi perkara yang amat saya kagumi adalah bagaimana beliau mengibaratkan isterinya kak ain sebagai nadi hidupnya. Kadangkala, saya terfikir bagaimanakah suami mengibaratkan saya dalam kehidupannya sepanjang 7 tahun 3 bulan mengemudi bahtera rumahtangga ini bersama-sama. Sangat teringin saya mempunyai kekuatan seperti kak ain. Moga saya kuat untuk ke arah yang lebih positif. Insyallah.


 Love, Akuida

1 comment:

  1. Hi Dayah. Buku tu mmg special kan. Abg Naz ni kalau bercakap macam memujuk pun ya. Tersuka pada dia walaupun kita tak pernah jumpa. Positif sgguh auranya.

    ReplyDelete

Al-Fatihah Buat Mak

Assalamualaikum.... Kehilangan yang masih terasa. Sudah tiada orang nak bergosip. Sudah tiada doa yang disebut terus ke telinga...