Sunday, April 24, 2016

Pecutan dan angan-angan

Assalamualaikum....


Lama sangat tidak menjengah blog ini. Menulis apa kan lagi.
 
 Masih sibuk dengan kehidupan sebagai juruteranya dan masih terkial-kial memijak pedal agar sentiasa pecut. Kadangkala rasa penat menekan pedal, saya lepaskan pedal tu dan berhenti di tepi jalan. (erk, jengah blog je keluarlah benda-benda pelik dalam tulisan dia tu kan..hihi). Mengada sangat tu statement bercerita pedal minyak. Saya tahu pandu kereta auto je, tu sebab tiada clutch dalam statement tu.
 
Kadang-kadang bila stress, saya berhenti dan makan. Bila gembira, saya berhenti sebentar dan makan.Kononnya meraikan kejayaan walaupun berjaya bentangkan paper berkaitan projek dan lulus di peringkat jawatankuasa sahaja. Akhirnya..tanpa saya sedari berat saya naik menghampiri 2kg dalam masa 3 bulan ini. apa lagi, menangis la dalam hati ni. Mula kembali rancang nak diet, nak senam, nak turunkan berat badan. Cadangnya bermula esok..harapnya boleh. Jika dalam wassup ada ikon tunjuk muscle tu, jadi bayangkan sekarang saya tengah buat gaya begitu ya..haha.
 
Saya juga berangan nak rajin menulis di blog. harapnya angan-angan saya menjadi kenyataan lah kan. Jadinya, langkah pertama untuk angan-angan tu, saya bancuh secawan kopi dan buka laptop. Pandang je blog yang dah bersawang ni dan menaiplah. Walaupun blog ini rasanya tiada followers langsung (memang taknak ada followers sebab segan..hihi), tapi saya tetap nak menaip sebabnya blog ini adalah hobi sampingan saya selain membaca, makan dan menonton tv. Menulis adalah kegemaran saya sebelum bekerjaya. Menjadi jurutera ini membuatkan saya lupa sangat untuk menulis. Harapnya menulis ini walaupun suka-suka bercerita di blog sepi ini, saya lebih gembira di samping menjalankan tugas-tugas harian saya yang bukan sebagai jurutera sahaja, tapi sebagai isteri, sebagai mama, sebagai anak dan sebagai guru sampingan untuk kak sara.
 
'Buatlah perkara yang membuatkan anda gembira. Selagi perkara yang anda lakukan itu tidak mendatangkan keburukan kepada anda dan orang-orang yang anda sayang, teruskanlah...'
 
 


Love,
Akuida

No comments:

Post a Comment

Merasa CUKUP..syukur

Assalamualaikum.... Alhamdulillah dah masuk hari ke-15 Ramadhan. Semalam bising lah juga kat FB, wasap group.. pasal isu bonus raya kaki...