Sunday, April 24, 2016

Remuknya hati bila difitnah..

Assalamualaikum....
 
 
Akhir minggu ini kehidupan saya dihinggapi sedikit keresahan. Pernahkan rasa dikhianati, pernahkah rasa remuknya hati bila difitnah oleh orang yang kita kenal dan percaya? Itulah yang berlaku dalam hidup saya beberapa hari lepas. Bila dapat tahu fitnah melanda, sakitnya hati sehingga menggigil jari saya petang itu. Bila perasaan reda, saya bersemuka dengan pemfitnah itu. Bukan saya sahaja, bahkan beberapa rakan lain pun difitnahnya. Biarlah fitnah yang dibawanya itu menjadi rahsia tapi saya harap si pemfitnah itu berubahlah. Acap kali saya dengar perangainya yang suka menipu, tidak sangka pula kali ini saya terlibat. Perit rasanya bila kamu difitnah, dan kamu tiada untuk membela diri. Syukur, ada rakan yang menyampaikan dengan bukti sahih dan bila bersemuka si pemfitnah itu mengaku.
 
Duhai si pemfitnah.. adakah kamu bahagia dengan semua yang telah kamu lakukan? Apakah salah saya dan rakan-rakan yang telah kamu aniaya? Tidakkah kamu rasa bersalah tehadap kami-kami yang telah kamu aniayai? Gembirakah kamu atas segala yang telah kamu lakukan selama ini?
 
Rupanya, bukan kali ini sahaja si pemfiitnah membuat onar. Banyak kali dan ramai juga yang pernah terkena. Saya cuma mendoakan agar si pemfitnah ini insaf. Jika inginkan perhatian daripada rakan-rakan di sekeliling, buatlah perkara yang baik-baik. Bukan nampak sahaja baik, tapi sebenarnya kamu mempunyai hati yang busuk..nauzubillah. 
 
 
 
Love,
Akuida

No comments:

Post a Comment

22 September 2018 ~ Tenanglah Mak Di Sana

Assalamualaikum....  Sudah lama tak menaip di blog ini. Hari ini rasanya nak menaip untuk berkongsi di blog agar bila suatu hari saya sc...