Saturday, August 13, 2016

She's engineer and she's cooking????

Assalamualaikum....

Haha..tajuk tiru ayat orang post di FB. Seronok di hujung minggu bagi mak-mak seperti saya adalah bila dapat duduk rumah dan memasak di dapur. Takde lah pandai sangat masak. Menu ringkas untuk keluarga sahaja yang saya mampu.


Hari ini buat nasi arab yemeni guna perencah instant untuk nasi. Sup ayam resipi biasa dan sambal nasi arab tu minta kawan buatkan. Dia buatkan banyak-banyak dan saya frozen kan dalam bekas kecil untuk sekali makan. kawan saya ni memang pandai masak..tu yang minta tolong.hihihi...

Alhamdulillah..syukur atas nikmat allah beri ini.



 Love, Akuida

Tuesday, August 9, 2016

Kematian..

Assalamualaikum....

Semoga di kala diriku dijemput pergi..aku diingati dengan segala kebaikan bukan keburukan. Moga sehingga matiku, Allah lindungi segala aibku. Sesungguhnya aku insan yang masih lalai dan leka.. Ampunkan dosaku YA ALLAH.

Pagi ini seawal pagi dikejutkan dengan sms adik yang katakan ada kematian di kampung. Saya dan suami terus ke kampung untuk menziarahi. Tiap kali melihat kematian, akan terbit 1001 rasa dalam hati ini. Moga rohnya dicucuri rahmatMu YA ALLAH.



 Love, Akuida

TIPS KE'TEPI'KAN A.K.A SOROK DUIT LEBIH

Assalamualaikum....  Hai Blog. Muncul sekali sekala dalam ini rasa dah cukup bertuah sangat dah. Kehidupan yang sekarang ini, kadangk...