Posts

Showing posts from September, 2016

Mencari Manis Strawbery Di Cameron

Image
Assalamualaikum....

Auwwww...tajuk tu sebijik tajuk drama Melayu. 
Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Cameron Highland. Percutian singkat dan dirancang dalam tempoh yang singkat juga. Tiada perancangan sebenarnya, hanya tempah hotel je dulu. Bila bawa anak-anak memang saya tak berani nak walk in hotel sahaja. Jadi sesingkat mana pun perancangannya, saya akan pastikan saya book hotel siap-siap. Pernah sekali dalam perjalanan balik ke KL dari Kelantan, tiba-tiba suami decide tidur di kawasan dungun jika ada hotel berdekatan. sanggup saya call dulu hotel walau perjalanan ke hotel dalam tak sampai setengah jam. Nak juga  tanya hotel dan book walau dekat dah. haha..
Percutian singkat kali ini hanya semata-mata untuk suprisekan anak-anak. Beberapa kali dah dengan si kakak kata nak makan strawbery. Jadi diam-diam kami bawa dorang berdua. Bila ditanya, kami jawab adalah..tunggu je.kakak mesti suka. Dan...Alhamdulillah dorang berdua memang suka dengan trip ini.




Kemanisan strawbery tak dapa…

Warna Pensel Pertama Si Adik

Image
Assalamualaikum....

Warna pensel pertama si Adik. Sibuk mama memilih warna pensel kakak yang dah lompong-lompong bilangannya, sibuk ada suara dari troli supermarket yang papa..minta nak juga warna. haha..Jadinya mama pun abadikan lah warna pertama yang mama beli khas untuk adik. Kadang-kadang kasihan sebabnya adik banyak guna barang dan mainan sedia ada di rumah. Yang sebelum ini saya dan suami beli untuk kakak dan elok lagi. Jadinya buat apa menambah barang. Bukan takde beli barang-barang baru, tapi jika yang ada di rumah dan elok lagi..memang takkan beli yang baru khas untuk adik. Bila fikir-fikir kesian juga. 



Kadang-kadang mama memang saja belikan mainan yang murah-murah. Senang, kalau jangka hayat mainan tu tak lama, buangkan aje. Tak perlu nak sayang-sayang sebab mahal. Lagipun anak-anak cepat bosan dengan mainan yang ada. Paling kurang setahun dua kali perlu buat aktiviti sisihan barang mainan. Dan paling mama sakit hati, belikan mainan masak-masak seperti permintaan dorang ber…

Hari-hari terakhir cuti panjang...

Image
Assalamualaikum....

Hari Sabtu lepas selepas subuh kami buat rombongan meronda ke pasar borong Batu Berendam, Melaka. Niatnya hari tu nak balik KL selepas subuh. Tapi tunda sebab dah lama tak memborong seafood dari pasar borong. Antara tangkapan untuk bawa balik KL adalah ketam, udang, sotong dan ikan selar. Ada juga kepala ikan jenahak sebelah yang cadangnya nak buat asam pedas kepala ikan..nyummmmssss. Ketam bukanlah kegemaran saya. Tapi kegemaran suami..favourite sungguh tu. Sebagai isteri yang tak berapa nak mithali tapi sentiasa harap menjadi isteri yang disayangi dan dicintai suami, haruslah masak juga apa yang suami suka kan..haha. ayat tu power sangat tu rasanya. Makanya, selepas google internet..jumpalah menu lain dari yang lain sikit. Ketam masak telur asin. Mudah je rupanya..
 Keesokkannya, sarapan pagi saya sediakan menu yang sentiasa disukai anak-anak. Pankek dimakan bersama madu dan butter cair. Bezanya kali ini saya tak gunakan telur sebaliknya guna mayonis. Sebab telu…

Kecil..tapi mampu terbitkan bunga di hati :)

Image
Assalamualaikum....

Semalam berdua dengan suami bersantai-santai kat foodcourt ikea. Beli makanan dan duduk menikmati makanan sambil tengok-tengok katalog ikea yang baru. Suami kata makan perlahan-lahan. Ambil masa..tenang. Tapi saya ni sebenarnya sejak ber'anak' kecil dah tak reti makan perlahan. Mesti cepat sebab takut anak buat perangai..haha.

Lepas makan dalam sejam lebih, suami ajak pusing-pusing cuci mata di ikea tu. Sambil-sambil senaman lepas makan. Pertama kali kami membeli di ikea..biasanya pergi ikea makan je.

Antara yang kami beli..rak putih atas tv tu.hihi..rak sahaja yang baru. Bunga-bunga hiasaannya aset lama. Sejak ada bunga ini di rak baru ni, hati rasa berbunga-bunga je kalau tengok tv. Masuk rumah je mesti nak tengok rak comel ni..hihi. Berbunga-bunga hati ni.








 Love, Akuida

Menikmati sushi..sebelum sesi menikmati daging minggu hadapan :)

Image
Assalamualaikum....


Lunch hari ini...

Si kakak beberapa kali cakap nak makan kat sushi king. Saya hanya jeling je sebabnya budak berdua tu kalau sibuk nak ke sushi king, maknanya bukan nak makan sushi pun. Tapi nak makan cheese cake yang ada juga kat situ. Jadinya lunch hari ini kakak makan 3 ketul cheese cake dan adik makan seketul.Mamanya seperti biasa hanya makan dua jenis benda di atas. Tapi octopus sepinggan dan salmon tu 3 pinggan..hihihi.sedapnya.

Saya ni ada 1 perangai. Kalau 1st time makan apa-apa dan rasa sedap, saya akan ulang makan benda yang sama di tempat yang sama beberapa kali sampai saya jemu. Jadi sekali rasa si octopus ini dan si salmon jenis yang ini terus suka dan makan ini sahaja bila ke sushi king. Cuma hari ini saya add on steam egg. Sedap juga..letak kicap sikit terus ngap..nyummms.

Paling kesian..saya tak reti guna chopstik.jadi tiap kali ke sushi king saya akan minta garpu..hihi. takde rasa segan pun pakai garpu. Hanya menjadi seperti sendiri. Makan dengan t…

Bicara titis hujan..

Assalamualaikum....

Amboi tajuknya..:). Rindunya nak menulis di blog picisan ini. Blog ini adalah ruang di mana saya boleh menulis sesuai yang tidak berkaitan dengan bidang kerjaya saya dengan gembira (nak luah pasal hal kerja pun boleh kan??). Saya gembira meluah rasa, mengarang, berkongsi gambar makanan tanpa rasa bersalah. Di sini saya gembira menulis berkaitan perangai mak-mak saya, berangan apa yang saya suka..Paling seronok dapat meluah rasa tekanan saya..keletihan saya. sebab saya tahu tiada pembaca di blog ini. diari ke? ini bukan diari. sebab berbulan baru sekali menulisnya..haha. 
Beberapa bulan ini terutamanya selepas Hari Raya Aidilfitri, jadual hujung minggu saya sangatlah padat. gigih menggantikan bos bila bertugas di hujung minggu dan lebih berada di lapangan meluangkan masa mendengar keluhan penduduk berkenaan isu banjir, menerangkan apa yang dilaksanakan jabatan untuk membantu menangani masalah banjir. Jujurnya saya amat berharap agar segala usaha yang kami lakukan de…