Thursday, September 8, 2016

Bicara titis hujan..

Assalamualaikum....

Amboi tajuknya..:). Rindunya nak menulis di blog picisan ini. Blog ini adalah ruang di mana saya boleh menulis sesuai yang tidak berkaitan dengan bidang kerjaya saya dengan gembira (nak luah pasal hal kerja pun boleh kan??). Saya gembira meluah rasa, mengarang, berkongsi gambar makanan tanpa rasa bersalah. Di sini saya gembira menulis berkaitan perangai mak-mak saya, berangan apa yang saya suka..Paling seronok dapat meluah rasa tekanan saya..keletihan saya. sebab saya tahu tiada pembaca di blog ini. diari ke? ini bukan diari. sebab berbulan baru sekali menulisnya..haha. 

Beberapa bulan ini terutamanya selepas Hari Raya Aidilfitri, jadual hujung minggu saya sangatlah padat. gigih menggantikan bos bila bertugas di hujung minggu dan lebih berada di lapangan meluangkan masa mendengar keluhan penduduk berkenaan isu banjir, menerangkan apa yang dilaksanakan jabatan untuk membantu menangani masalah banjir. Jujurnya saya amat berharap agar segala usaha yang kami lakukan dengan bekalan peruntukan yang ada dapat membantu menangani masalah banjir di kawasan seliaan saya ini.

Kadangkala terlintas di fikiran, di tempat orang ini saya bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab yang ada. cuba untuk bantu tangani banjir..tapi di kampung saya sendiri, di rumah ibu bapa saya paling kurang setahun sekali pasti banjir. Allahuakhbar. Sayu je hati bila memikirkan musim hujan. pasti hati risau air naik dan mak ayah bersusah payah nak alihkan barang ke tempat yang tinggi. Semoga suatu hari nanti, pihak yang bertanggungjawab di kawasan saya dapat membantu sedaya yang mungkin untuk menyelesaikan isu banjir di kawasan kampung saya pula.Amin.

Menulis berkaitan banjir sebab dan seminggu di KL ni hujan setiap petang. termasuk di daerah saya. pagi ini seawal subuh hujan dan turun..Jadi mood pun seperti gerimis hujan.hihi.

Salam Hari Jumaat yang barakah. Moga setiap dari kita diampunkan dosanya..amin.



 Love, Akuida

No comments:

Post a Comment

Merasa CUKUP..syukur

Assalamualaikum.... Alhamdulillah dah masuk hari ke-15 Ramadhan. Semalam bising lah juga kat FB, wasap group.. pasal isu bonus raya kaki...