Monday, September 19, 2016

Hari-hari terakhir cuti panjang...

Assalamualaikum....

Hari Sabtu lepas selepas subuh kami buat rombongan meronda ke pasar borong Batu Berendam, Melaka. Niatnya hari tu nak balik KL selepas subuh. Tapi tunda sebab dah lama tak memborong seafood dari pasar borong. Antara tangkapan untuk bawa balik KL adalah ketam, udang, sotong dan ikan selar. Ada juga kepala ikan jenahak sebelah yang cadangnya nak buat asam pedas kepala ikan..nyummmmssss.
 
Ketam bukanlah kegemaran saya. Tapi kegemaran suami..favourite sungguh tu. Sebagai isteri yang tak berapa nak mithali tapi sentiasa harap menjadi isteri yang disayangi dan dicintai suami, haruslah masak juga apa yang suami suka kan..haha. ayat tu power sangat tu rasanya. Makanya, selepas google internet..jumpalah menu lain dari yang lain sikit. Ketam masak telur asin. Mudah je rupanya..


7 ekor ketam sederhana besar menjadi ketam telur asin. dalam gambar ini hanya 1/3 dari jumlah 7 ekor ketam yang dah dimasak. ini batch pertama, nampak kurang gravy nya sebab gravy di dasar kuali..:)
 
Keesokkannya, sarapan pagi saya sediakan menu yang sentiasa disukai anak-anak. Pankek dimakan bersama madu dan butter cair. Bezanya kali ini saya tak gunakan telur sebaliknya guna mayonis. Sebab telur habis..haha. Alhamdulillah mampu gembirakan anak-anak pula hari ini.



Dua hari terakhir cuti panjang yang dapat saya manfaatkan untuk keluarga. Moga menjadi memori yang indah untuk kami walau ringkas sahaja menunya. Dan hari ini kembali kepada jadual biasa yang sentiasa padat dari sebelum subuh hingga ke malamnya. Moga segala pekerjaan, segala perbuatan berada dalam rahmat Allah.




 Love, Akuida

No comments:

Post a Comment

Al-Fatihah Buat Mak

Assalamualaikum.... Kehilangan yang masih terasa. Sudah tiada orang nak bergosip. Sudah tiada doa yang disebut terus ke telinga...