Tuesday, December 5, 2017

Menaip sedikit ~ Osaka, Jepun

Assalamualaikum.... 

Hampir sebulan saya balik dari  training di Osaka, Jepun. 

3 minggu training..3 minggu makan apa sahaja yang boleh dimasak di microwave, apa sahaja bekal yang saya bawa dari Malaysia dan apa sahaja yang dijual di convenient shop seperti 7E juga apa sahaja yang halal dan boleh dimakan di restoran. Peel orang yang suke home cook gini la ya.

Biasanya sarapan pagi di bilik hotel sebelum ke kelas dan tengahari pula saya akan bawa bekal yang disediakan guna microwave yang ada di bilik.

Sebelah malam, selepas kelas biasanya akan meronda ke mana-mana dengan kawan-kawan untuk cari makan. Di sana pukul 5 petang dah masuk waktu maghrib. Jadi lepas kelas suasana dan mula gelap.

Harga makanan halal juga mahal di sana. Jika di kedai pakistan, kebiasaannya 1 meal dalam 1500 yen bersamaan RM60. kadangkala menu makanan nasi dan kebab juga dalam RM80 untuk 1 meal.

Jadi perlu pandai-pandai bajet untuk makanan sebabnya 3 minggu kan di sana. dan saya memang bergantung pada cash yang dibawa. bukan untuk bajet makan sahaja, si kaki shopping ni perlu juga fikirkan bajet shopping nya..haha. Syukur duit yang dibawa masih berbaki dalam 2000 yen dan saya habiskan sahaja di airport kansai sebelum flight pulang ke Malaysia.

Jepun sebuah negara yang masih menitikberatkan kebudayaan, kesopanan dan nilai-nilai murni masyarakatnya walaupun mempunyai kepesatan teknologi yang lebih maju ke depan dari negara kita. Syukur atas peluang yang diberikan kepada saya selama 3 minggu di bumi Jepun.

Masa di sana tengah musim autumn, jadinya suasananya dingin yang boleh diterima..sesuai untuk apa-apa aktiviti.

Paling seronok bila diberi peluang ke country side di Kyoto dan Hyudo..seronok yang sukar digambarkan sebab memang impian saya untuk melihat keadaan country side di jepun. 

Suka juga tengok pokok-pokok masa autumn..










Love, Akuida

Sunday, October 15, 2017

Nota setelah menyepi seketika

Assalamualaikum....

 Hai Blog.

Lama tak menaip di sini.

Alasan biasa..sibuk dan takde idea.

Pejabat saya yang sekarang ini, kesibukannya berlainan sekali dengan pejabat yang dulu.

Dulu juga sibuk, tekanan..sekarang sama juga tapi berlainan situasinya.

Segalanya kau perlu bersiap sedia untuk melaksanakan tugas sendiri..

Tapi alhamdulillah, buat masa ini saya masih tegar bertahan.

Sedaya upaya melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

Tugas sebagai mak-mak juga masih berjalan macam biasa.

Dah lama saya tak terapi di dapur, masak sekadar masak..

Sebab terpaksa terapi sambil iron baju pula..hihi.

Minggu ini cuti sekolah seminggu, tapi mama yang ini dapat cuti masa hari Deepavali sahaja.

Syukur anak-anak faham..Ya Allah, lindungilah anak-anakku dari perkara yang buruk dan dekatkan mereka dengan segala kebaikan dan keselamatan..amin.

Hujung minggu ni pula saya akan bermusafir kerana tugas  ke negara orang selama 3 minggu.

Minta jasa baik suami untuk jaga anak-anak.

Minta juga jasa baik ayah mertua dan adik ipar untuk temankan anak-anak sepanjang ketiadaan saya di rumah..

Moga perjalanan pergi dan balik serta sepanjang di sana, di bawah perlindungan Allah..Segalanya saya serah kepadaNya.

Moga Allah permudahkan urusan suami saya dalam menguruskan anak-anak..diberi kesihatan sebaiknya untuk semua yang saya sayangi.

Insyallah, ada masa saya menaip lagi.



Love,
Akuida

Tuesday, August 29, 2017

MENTALITI JAMBAN

Assalamualaikum....

Rasanya pernah terbaca pasal Mentaliti Jamban ni. Tapi, serius saya lupa di mana..yang saya ingat, pasal attitude buruk masyarat kita.

Pagi ini drive dalam kesesakan di Kuala Lumpur (erk..sebut KL baru 'in' kan haha). Tiba-tiba kereta saga kat depan saya ni yang dalamnya 3 orang lelaki..seorang duduk kat seat co-pilot dan seorang lagi kat belakang driver bagus smoking dengan tangan jentik-jentik putung rokok ke luar tingkap. Kiri kanan kereta motor dok lalu lalang. Tak ke ade kemungkinan habuk rokok kau yang masih ada bara tu terkena kat orang yang naik motor tu?? tak pasal-pasal tiba-tiba baju orang bermotor tu boleh terbakar or berlubang..erk, terbakar tu maybe tinggi sangat imaginasi saya ni kan..haha. Come on la, be sensitive..guna akal sikit..

Kereta yang sama..driver pulak keluarkan tangan dengan kotak air kotak Good Day Coklat. Then terus lepaskan air kotak tu dari tangan. WHAT????..Hangin mokcik nak..tapi hanya mampu tahan marah dan bebel sorang-sorang dalam kereta sebabnya takut nak marah betul-betul. Ketiga-tiganya nampak menakutkan dan saya drive sendirian..

Tolonglah..belajar buang sampah di tempat yang sepatutnya. bukan buang merata. Jika dalam kenderaan, simpan dulu.. dah keluar, jumpa tong sampah..buanglah. tak susah mana pun.

Sorry membebel pula hari ini..hahahaha..GERAM!


 Love, Akuida

Wednesday, August 23, 2017

Bila Kau Serabut..Allah bagi Jalan

Assalamualaikum....

Kadang kala bila kau dilanda keresahan, Allah bagi petunjuk dalam pelbagai bentuk. Allah bagi kau jalan untuk kau sedar dari keresahan. Untuk kau bangkit..(Bangkit Bersama?..haha)

Syukur Ya Allah..

Bila resah pagi ini..bukak blog kak Diana (Dalinali), nampak post baru nya yang sangat positif. Terus hati terdetik..saya perlu tangani apa-apa dengan tenang. Takes time..calm down..cari lah apa-apa pun faktor yang baik yang boleh buat kita cool down..carilah.

Tak kira siapa...tak kira apa..tak kira bagaimana...asalkan perkara baik yang boleh buat kita cool down dan tak susahkan..tak stresskan orang-orang di sekeliling kita.

Saya akan cuba....

Love,
Akuida

Monday, August 21, 2017

Cameron Highland ~ Sentiasa Dekat Di Hati

Assalamualaikum....

Awal bulan haritu saya dan family bercuti sekejap kat Cameron Highland. Macam biasa pergi Sabtu dan balik Ahad nya. Cameron Highland ni boleh dikategorikan sebagai tempat yang wajib pergi setiap tahun sejak saya berkahwin. Tak tahu kenapa..mungkin sebab anak-anak gemarkan strawbery dan suka scenery dan cuaca yang sejuk di sana.


Bila dah tiap tahun ke sini, jadinya tiap kali datang hanyalah cari strawbery yang sedap, pergi ladang teh, minum teh..makan scones..steamboat. Kadang-kadang ke pasar malam jika bukan menginap di Hotel Titiwangsa. Kenapa?Sebabnya Hotel Titiwangsa adalah hotel bajet yang ada sediakan steamboat dinner dan sarapan pagi. Tapi bilik biasa-biasa jela ya. Kadang-kadang saya menginap di situ sebabnya cafe di sana ada persijilan halal dan receptionistnya baik-baik belaka.

Percutian ini lebih kepada nak gembirakan hati anak-anak. Jadinya jalan-jalan sekejap ke kebun teh  Cameron Valley, Tanah Rata bergambor sedikit..Yang lainnya bawa anak-anak main kat taman permainan di kawasan Tanah Rata dan jalan-jalan di Kampung Sedia. Kali ini saya betul-betul jatuh hati dengan Kampung Sedia. Insyallah..angan-angannya nak sewa homestay kat Kampung Sedia ni sebabnya nak feeling ala-ala desa yang aman dan sejuk :)

Hujung minggu ini insyallah ada satu lagi trip family kami. Jalan-jalan dalam Malaysia ni aje sempena cuti sekolah. Kali ini mungkin trip yang berpanasan..haha.

Oklah, insyallah akan menaip lagi di masa terluang.


 Love,
Akuida

Tuesday, August 8, 2017

Luahan mak-mak

Assalamualaikum....

Hai blog..

Lamanya tak menaip di sini. Buka blog, tapi biar sahaja. taip dan delete. Orang tiada skill menulis begini la ya..hehe.

Beberapa minggu ini saya sangat sibuk di hujung minggu. Kadangnya balik Melaka sebulan sekali. Bila di hujung minggu di KL sahaja, bawa pula anak-anak berjalan di sekitar KL..asalkan mereka gembira la kan. Kalau ada kelapangan pula, kerjanya menguruskan hal mak-mak..kerja-kerja rumah yang tak pernah surut. Ada je stok kerjanya. Ini rezki saya yang dapat suami yang tak lokek kudrat membantu  dalam menguruskan rumah dan anak-anak, kalau suami yang lepaskan segalanya di bahu mokcik ini..tak tahu lah macam mana saya nak menguruskan semuanya sendiri. Syukurlah atas segala nikmatnya ini.

Kadangkala, bila memikirkan komitmen di pejabat dan di rumah yang jika boleh segalanya saya nak perfect diurusi sendiri..berbanding keperluan fokus kepada aktiviti bersama anak-anak. teman anak buat homework, teman anak bermain.Nampaknya saya perlukan sedikit perubahan dalam aktiviti saya. Mengurangkan fokus untuk hasil kerja rumah yang perfect tapi lebihkan fokus kepada anak-anak. Anak-anak makin membesar. rasanya perlu untuk saya spend lebih masa fokus kepada mereka. Harapnya misi ini tercapai dengan sebaiknya..kasihan anak-anak. Dahlah seharian di rumah pengasuh, di sekolah..balik rumah pula mama selalu sibuk dengan kerja rumah. Kadangkala, rasanya tak sampai 2 jam duduk bersama kat ruang tamu pun masa hari bekerja..huwaaaaaa...Syukur lah Allah peringatkan saya agar tak terlalu leka dengan kerja-kerja sehingga anak-anak rasa terabai.

 Moga bermula ketika ini, saya berubah ke arah yang lebih positif dalam membahagikan banyak masa untuk anak-anak. kurangkan sikit perangai OCD yang mungkin ada sedikit dalam diri ini tanpa saya sedar. OCD ke???hmmmm.. mungkin lah kan..Come on ida, you can do it. Be the best mum to your children..Insyallah. Moga Allah permudahkan.



 Love,
Akuida

Sunday, July 9, 2017

Kerana Doa itu..

Assalamualaikum....

Sejak semalam, hati runsing memikirkan urusan kerja.
Pagi ini, seusai solat subuh berdoa moga Allah berikan kemudahan untuk segala urusan kerja hari ini.

Berjalan ke rumah pengasuh dengan si adik sambil minta adik doakan moga Allah mudahkan urusan mama hari ni.
Adik boleh tolong doakan mama tak?
Adik terus tadah tangan kanan sambil berjalan, tangan kiri pegang tangan kanan saya.
Comel kan bila kita tengok tangan kecil kanak-kanak menadah sesuatu :)

Saya bacakan dan adik ikut...
Ya Allah minta-minta mama dapat punchcard sebelum pukul 8 (memang dah lewat masa tu dan adik pun sebenarnya tak tahu punchcard tu apa)
Ya Allah moga diluluskan semua dalam mesyuarat mama hari ini (sebab mama ada mesyuarat untuk perolehan)
Ya Allah moga hari ini mama dapat balik awal (ini memang saya selalu mohon sebab adik selalu suruh saya cuti. tak payah pergi kerja..hihi)
Selesai doa, adik pun amin..

Dan kerana doa anak kecil yang suci hatinya, sangat tulus dan ikhlas doanya..pagi ini mama dapat punchcard 8.02pagi. Trafik pun sangat smooth sebab biasa bila lewat, masa tu la jem kan.Syukurlah..balik nanti kita lewat dalam 10 minit ya..insyallah.

Anak-anak memang faham sebab saya selalu ingatkan nak apa-apa berdoa sahaja. Dalam perjalanan ke mana-mana memang saya minta anak-anak berdoa agar jalan tak jem, agar senang dapat parking..Kadang-kadang belum suruh dah dengar si adik berdoa. Sekurang-kurangnya anak-anak tahu konsep berdoa tu, mintalah apa-apa pada Allah..Insyallah ditunaikan. Bila dapat parking kat mall, saya akan kata kan mama dah kata kalau kita doa mesti Allah tunaikan cepat atau lambat..insyallah.

Tak sukar nak mengajar anak konsep kebergantungan kepada Allah..

Dari sekecil-kecil perkara..berdoalah.

Siapalah kita ini tanpa keredhaanNya.







 Love, Akuida

Tuesday, June 20, 2017

Ramadhan Kali Ini....

Assalamualaikum....

Ramadhan kali ini saya sangat terinspirasi dengan usaha seorang rakan FB dan beberapa orang rakannya menyantuni asnaf di kampung-kampung pedalaman Sarawak, Baling dan Melaka. Program ini dibuat di bulan Ramadhan dan mereka (perempuan) membawa beras serta beberapa keperluan seperti baju raya dan sumbangan duit raya ke rumah-rumah asnaf. Hiba sungguh hati ini. Saya kenal kakak (rakan FB) ini dan saya memang tahu program ramadhan yang mereka jalankan ini. Dengan ahli yang sedikit, mereka gagahkan juga semata-mata nak asnaf ini berhari raya dengan sebaik mungkin..Pernah juga beberapa kali saya menghulurkan sedikit sumbangan kepada kumpulan mereka ini.

Kerana usaha mereka, saya juga terasa nak buat sesuatu yang lain dari kebiasaan sebelum-sebelum ini. Rasa nak juga berusaha dengan jalan yang lain selain yang biasa dilakukan. Kali ini, saya berfikir nak buat biskut raya berdasarkan mana yang saya larat. Kemudian jual..hasil jualan saya sumbangkan kepada orang yang lebih memerlukan sempena bulan Ramadhan kali ini..

Allahuakbar lain sangat perasaannya bila sememangnya hasil titik peluh yang selain dari bidang tugas hakiki di pejabat untuk digunakan di jalan yang sebaiknya..kelelahan stay up malam mengukis, menyemperit..menyudu doh choc chip..lain sangat perasaannya sehingga saya tak tahu macamana nakdigambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya. 

Hanya berkongsi perasaan ini dengan seorang rakan perempuan dan hanya menulis di blog ini (Blog sunyi ini yang tiada siapa-siapa kenal saya secara hakikinya..harapnya lah..haha). Perkongsian ini untuk diabadikan sebagai salah satu memori yang baik untuk saya sepanjang kehidupan ini. Insyallah, saya tidak akan berhenti di Ramadhan ini sahaja. Moga sentiasa diberi ruang masa untuk aktiviti-aktivi yang saya tengah fikirkan. Kadangkala, kita boleh sebenarnya..cuma kita takut untuk memulakan langkah. Tapi selagi tak mula melangkah, kita takkan tahu keupayaan sebenar kita.








Bila kita tidak terlalu mementingkan diri sendiri, bila kita peruntukan sedikit ruang untuk memikirkan bagi kebaikan orang lain..Insyallah sangat terasa nikmat segala kebaikan yang Allah kurnia kepada kita. Nikmat ketenangan..nikmat keluasan..Allahuakbar. Syukur diberi peluang untuk melangkah ke laluan ini..walau baru sedikit usahanya, terasa sangat nikmatnya..



 Love, Akuida

Tuesday, June 13, 2017

Ramadhan Kali Ini ~ Nikmat seikhlasnya

Assalamualaikum....

Ramadhan kali ini beberapa kali hati terjentik, sebak terasa..

Bersedekahlah walau sedikit dengan sepenuh keikhlasan, insyallah Allah akan balas dengan rezki yang melimpah. Allahuakbar, benar-benar berlaku dalam kehidupan ini. Hanya berkongsi dalam blog ini untuk simpanan dan peringatan saya sendiri jika suatu hari nanti saya leka dan lalai..

Hulurkanlah dengan seikhlasnya, Insyallah ada doa yang ikhlas juga kita terima dari penerima. Sebak hati ini bila mendengar doa yang amat ikhlas dan menusuk di hati sehingga mampu membuatkan air mata ini bergenang. Ampunkan hambaMu ini ya Allah atas segala kekhilafan diri.

Siapalah diri ini jika nak dibandingkan dengan segala yang telah Kau berikan..

Syukur di Ramadhan kali ini, ada hikmah yang baik untuk saya..Terima kasih ya Allah.




Love, Akuida

Monday, May 29, 2017

Ramadhan Tahun Ini... #mamapalinggarangdidunia

Assalamualaikum....

 Alhamdulillah..Tahun ini dapat bertemu lagi dengan Ramadhan Kareem. Sekejap sahaja dah hari ke-3 berpuasa. Masih mengekalkan momentum memasak untuk berbuka dan menu selebihnya itu lah menjadi juadah sahur kami. Tahun ini, permulaan yang sangat sederhana. Kak sara yang masuk tahun ke-3 berpuasa juga tak merungut jika menu berbuka tak banyak pilihannya. sedikit lebih kurang dengan menu makan malam kami kebiasaannya.

Tahun ini juga, tahun ke-3 kak sara berpuasa tanpa apa-apa perjanjian melibatkan ganjaran kewangan atau material atau apa-apa harapan. #mamapalinggarangdidunia (ayat kak sara pada saya..haha) masih tetap dengan pendiriannya berpuasa dapat pahala masuk syurga. Tak puasa masuk neraka sebab Allah marah..Itu aje yang saya kerap katakan dan tahun ke-3 ini nampaknya Kak Sara lebih faham. Dan saya dalam diam meng'reward' Kak Sara dengan tanya menu berbuka yang dia nak  berdasarkan apa tahap kemampuan saya untuk hari itu dan offer air-air jus yang ada di rumah. mudah sahaja kan nak bagi anak-anak gembira. Perkara kecil yang mendatangkan kesan positif untuk hati-hati kecil di sekeliling kita. Minta pendapat dan libatkan mereka dalam setiap keputusan..insyallah mereka akan rasa lebih dihargai.

Tahun ini tahun yang agak sibuk untuk saya juga. Pagi tadi tengok sistem cuti online, rupenya cuti saya berbaki lagi 30hari..banyak tu. dah tengah tahun masih ada 30hari cuti memang banyak ya. rupanya dari bulan Januari, saya baru mengambil 5hari cuti..sedihnya. Cuti sekolah ini, anak-anak dah mula tanya bila mama nak cuti..hmmmm, cuti yang saya menjadi surirumah sepenuhnya tanpa mereka perlu ke rumah pengasuh..kasihannya. Harap ada ruang untuk membolehkan saya bercuti..insyallah. Masih tengah mencari hari...Moga banyak ruangan terbuka untuk saya bercuti meluangkan masa sebagai surirumah dan mama sepanjang hari dengan anak-anak. 

Tempahan biskut choc chip dan semperit pun ada tahun ini. Entah bila nak mengukis nya tu..hahahahaha.


Love,
Akuida

Monday, May 22, 2017

GEMSSSS? OMG...

Assalamualaikum....


Menghampiri bulan Ramadhan tahun ini, terbit di hati pelbagai perkara yang saya nak capai tahun ini, tapi masih belum tercapai. Mungkin sikap diri ini yang asyik bertangguh untuk memulakan sesuatu. Baru nak memulakan tak mula-mula lagi. Belum lagi memikirkan nak istiqamah dalam meneruskan cita-cita kejar impian tu.aduh la..macam mana ni? Antara impiannya adalah nak turunkan berat 3kg. 3 kg je dulu uollllssss..ahkak ni jenis tak berapa nak tinggi. jadinya naik 5 kg tu ko dah ibarat fiona gamaknya. tak banyak pun target awalnya. nak 3 kilo je..3 kilo je weh..(Sorry terluah perasaan. sebenarnya tengah cakap kat diri sendiri yang masih tak sedar diri ini).

Semalam jumpa kawan yang dah beberapa bulan tak jumpa..dia datang dekat saya then cakap, kenapa GEMSSSS ni? OMG..memang betul la dah gemuk sangat ni..huwaaaaa. (Padahal memang gemok, perasan..tapi buat-buat tak perasan) Jadinya pagi ini, bermulalah episod mengira kalori semula, menelan air masak banyak-banyak. Bangun pagi-pagi terus timbang berat badan. Yeah 59.9kg..pandai betul penimbang ambil hati tuan nya ini.

Baiklah...saya perlu berusaha menurunkan berat. slowly..tapi perlu pastikan trend menurun. bukan statik..bukan menaik. turun. Pagi-pagi saya memang minum nescafe. biasanya sehari sekali. Bancuhan nescafe saya 1 sudu kecil nescafe+gula 1 sudu kecik+low fat milk. Bermula hari ini, saya memang limitkan minuman manis sehari sekali sahaja. sebab kadang-kadang bila stress or happy saya ambil lebih. hihihihi..ini memang perangai. happy ke sedih saya suka pujuk dan reward diri dengan makan..huwaaaa..no..no..no..

Maka hari ini, dengan berat 59.9kg..saya memulakan cabaran turun 3 kg. jangka masa pencapaian masih belum ada...(ayat nak selamat la tu). haha.



23 Mei 2017 ~ 59.9kg



 Love,
 Akuida

Sunday, May 14, 2017

# Projek Bekal 2017 ~ Entry suam-suam

Assalamualaikum....

Rindunya blog ini. Sangat-sangat tak berkesempatan nak update. Adalah sesekali menjenguk dengan harapan nak update tapi akhirnya tutup semula. Alhamdulillah, dah bulan Mei. Saya masih dengan aktiviti berpagian menyediakan bekal untuk semua ahli pasukan..hihi. Menu pun ulang-ulang sahaja asalkan boleh untuk alas perut semua ahlinya sebelum menjelang tengahari. 












Nak menghampiri ramadhan kami ke giant untuk beli stok barang rumah. Anak-anak nampak chocodate nak beli. Jadi minggu lepas chocodate la dibawa sebagai kudapan. kadang-kadang untuk kudapan tak habis atau tak makan langsung sebabnya kak sara kata dah kenyang. Saya biarkan sahaja asalkan menu utama bekal dimakannya.

Sejak-sejak ini buntu untuk memikirkan menu. Semangat menurun agaknya..Moga dengan entry yang suam-suam hari ni semangat membara la hendaknya.chaiyokk mama!



 Love, Akuida

Tuesday, April 4, 2017

Kisah Pejabat Lama...Manis semuanya :)

Assalamualaikum....


Terasa nak mengabadikan kenangan di pejabat lama yang berjaya berikan saya 1001 pengalaman yang sangat bermakna. Pejabat kecil dengan kekuatan 25 orang staf kesemuanya. Banyak sangat manisnya, banyak sangat gelak tawanya, banyak sangat likunya..semuanya bercampur baur perasaannya. Tapi manis bila dikenang sampai semasa saya ke sana untuk mengemas barang-barang terasa sebak sangat hati ini. Pertama kali dalam kerjaya ini, ada air mata yang menitis semasa saya maklumkan yang saya akan ditukarkan...air mata yang sangat meruntunkan hati saya sebabnya dia seperti ibu saya tetapi kita mampu berkawan sebaiknya..Ahamdulillah. Syukur sangat kepadaMu Ya Allah kerana semasa meninggalkan pejabat itu, tiada rasa benci, tiada rasa marah..hanya senyuman dan gelak tawa sebab saya kata lepas ini insyallah kita tetap akan berjumpa lagi. Saya tak nak siapa-siapa sedih..saya nak gembira..dan hasrat saya ditunaikan. Saya sayangkan semuanya seperti keluarga. Beginilah orang di perantauan..rakan sekerja adalah ibarat saudara kerana kebanyakan masa kita di pejabat..

Ingin juga saya abadikan kata-kata bos saya dalam wassap group..amat saya hargainya dan ada juga la kembang setaman..hahahaha. Manusia perasan gini la ya..

"Tahniah Pn NH di atas kenaikan pangkat..saya ingatkan pada mulanya pertukaran lateral sahaja..rupa2nya ada surat susulan. Terkejut juga kerana pengganti ...... dibatalkan pertukarannya. Mgkin elok juga, kerana jurutera di ........(merujuk pejabat lama) perlukan seorang yg mempunyai personaliti seperti Pn NH.Terima kasih di atas kerjasama, sokongan dan respect ke atas saya di atas segala keputusan yg kita buat untuk ........(merujuk pejabat lama) Semoga Pn NH dapat pengalaman yang berharga di ........(merujuk pejabat lama) yang boleh digunakan utk kerja dan kehidupan seharian. Selamat Maju Jaya..jangan lupa nota serah tugas " 

 Nota serah tugas tak tahan tu. Masa ini tengah hutang nota serah tugas lagi..Alhamdulillah dah hantar.


Masa kemas barang, baru perasan bola merah yang kerap juga digenggam bila berada di pejabat lama itu..haha

Di ruangan ini saya melaksanakan tugas di pejabat. Kebanyakan masa saya di luar bermesyuarat, inspection dan site visit. Atas meja yang nampak kemas sebab telah selesai berkemas. Biasanya penuh meja dengan surat dan kertas-kertas tugasan. Ruang yang besar..Bilik yang besar...Tapi berpakej dengan tanggungjawab yang besar dan rumit juga.

Terima kasih Ya Allah untuk segala pengalaman yang telah dilalui...

Saya sering ingatkan diri, di puncak mana pun saya berada..saya hanyalah budak kampung yang asalnya miskin. Tiada apa-apa kecuali sedikit kecerdikan akal dan sedikit usaha dari kecil yang mana sedari dulu prinsip saya adalah berusaha untuk senangkan ibu bapa saya yang susah. Syukur kami dengan kehidupan sekarang. Walau tidak kaya raya duit sebanyaknya, tapi kami bersyukur atas segala nikmat kesenangan ini.

Segala yang kita ada ini hanya pinjaman dariNya. Berkongsilah demi kegembiraan orang-orang yang lebih susah dari kita...moga akan ada senyuman di wajah mereka..

 Love, Akuida

Monday, April 3, 2017

Kisah di Lexis PD

Assalamualaikum....

Masih gigih mencari idea untuk berkongsi kisah. Tak pasti ada yang membaca atau tak, tapi nak juga menaip..haha.

Baru-baru ini kami sekeluarga berpeluang menginap semalam di Lexis PD. Kali ke-2 menginap di sini. Nampaknya ahli-ahli kecil dalam keluarga saya masih belum jemu sebabnya dorang suka sangat dengan bathtub yang ada di situ. besar dan puas bermain air untuk kakak dan adik. Syukur atas rezeki yang Allah berikan.


Saya pula seronok melayan diri di balkoni masa anak-anak tidur. Menikmati keindahan malam dan mendengar bunyi ombak. Tidak lah terlalu harmoni bunyinya sebab di resort sebelah ada event di sebelah malamnya..Lebih kepada dengar sipi-sipi bunyi ombak agaknya..hihi. Bila malam, lampu-lampu yang bergemerlapan dalam kepekatan malam amat menarik perhatian saya.



Di kala awal pagi, anak-anak berendam dalam bath tub..saya rendam maggie tomyam dan bancuh nescafe untuk sarapan pagi.(tak bagus ya maggie..tp bila bercuti begini memang tekak tu mengada nak maggie Menikmati sarapan di balkoni sambil melihat camar berterbangan (ayat???haha). Anak-anak pun suka bersantai di balkoni ini masa bersarapan dan buat apa-apa aktiviti sendiri...bercuti katanya. Bayar mahal-mahal untuk bilik ini, jadi kita duduk dalam bilik sampai check out..haha.mama kedekssssss..




 Love, Akuida

Thursday, March 30, 2017

#Projek Bekal 2017 ~ Setelah sekian lama menyepi

Assalamualaikum....

Jumaat penuh barakah ini, saya kembali mencoret dalam blog sendu ini.hahaha..ayat awal selalu nak puitis je kan. Sudah lama tak menaip di blog ini. Orangnya masih ada, Alhamdulillah sihat hendaknya. Cuma baru-baru ini saya direzekikan kenaikan pangkat dan perlu berttukar pejabat. Isu pertukaran pun satu hal yang menyesakkan dada dan kehidupan. Sangat merungsingkan. Tapi inilah lumrah pekerjaan saya, tidak dapat kekal selamanya di sesuatu tempat. Harus bertukar-tukar..Tapi saya hanya doa yang baik-baik untuk keluarga dan diri saya sendiri juga..Insyallah.

Dalam kekalutan mengatur rutin pagi di pejabat baru, masih lagi kekal menyediakan bekal untuk semua ahli terutama anak-anak. Ibu bapa ini, insyallah ada peluang untuk makan di kantin atau tapau di mana-mana. Macam  biasa menu adalah berdasarkan permintaan si pemakan bekal dan diselaraskan dengan keupayaan dan stok bahan si penyedia bekal :)

Kueteow ini antara favourite Kak sara.

Balik kampung, harus cik zizah bekalkan dengan roti canai yang diuli sendiri dan di frozenkan.

Jemput-jemput/cekodok ini juga kegemaran kak sara

Bihun kegemaran si adik

Kegemaran kedua-duanya..mi sanggul. last stok dari yang dibeli di Lumut

Menu penyelamat di kala buntu..nasi goreng.hihi


Ok, nanti ada kelapangan saya sambung lagi ya.





 Love, Akuida

Thursday, March 2, 2017

# Projek Bekal 2017

Assalamualaikum....

Hari Jumaat yang barakah...Sebenarnya awal minggu ini saya teramat stress mengenangkan penempatan yang baru. Alhamdulillah, Allah rezkikan saya penempatan di Ibu Pejabat yang lebih dekat dengan rumah. Syukur yang amat..Bergenang air mata menerima perkhabaran yang baik ini lewat petang hari Selasa.Penempatan baru ini tidak saya pinta. Jadi saya yakin semua yang tak diminta tapi diberi kepada kita mesti ada hikmahnya yang tersendiri.

Dalam kegusaran hati, masih lagi setia menyediakan bekal setiap pagi hari bekerja. Minggu ini nampaknya Kak Sara request yang ringkas-ringkas aje. Seronoklah mama dia kan..haha. Jom tengok menu-menu bekal Kak sara dan adik..

Pizza Dominos lebihan makan malam sebelumnya..Buy 3 regular pizza RM39.00. 3 biji pizza, haruslah berlebih untuk keluarga kecil kami. Jadi lebihan sebiji pizza kak sara request untuk makan sarapan awal pagi dan bawa bekal ke sekolah. Mama tambahnkan roti sekeping dikapitkan dengan milo dan nestum. Hasilnya...pizza 2 keping habis tapi yang roti tak bersentuh pun. Kenyang agaknya.

Nasi goreng ikan tenggiri goreng (berapa banyak goreng daaaa....) dimasukkan juga lobat yang disagat nipis untuk rasa manis lobak tanpa dapat dikenalpasti oleh si pemakan yang cerewet kadang-kadang taknak makan lobak..grrrrr. Buah ciku besar yang dibeli di Kuala Selangor. Sekilo dapat 6 biji, rasanya RM10-12..tak ingat. Yang ingat mahal..tapi manis yang amat.

Kak sara request sandwich telur pula. Jadi mama panaskan marjerin dalam frying pan dan letak telur. then kacau-kacau. Untuk pastikan sandwich tak terlalu lembab dan elok dimakan masa waktu rehat. Beberapa hirisan kiwi sebagai tambahan.

Malam sebelumnya masa bincang menu, Kak sara cakap nak karipap je. Aik??senang sangat ni.haha..ok la. mama tambahkan sikit french fries. Hasilnya karipap habis. french fries adik buat minum petang kat rumah..

Baru-baru ini di mesyuarat PIBG sekolah, suami bagitau yang pihak pengurusan sekolah mencadangkan agar ibubapa bekalkan anak dengan makanan memandangkan pihak sekolah sendiri tak dapat nak control makanan ringan dan segera yang dijual di sekolah. Syukurlah sebab perkara ini mendapat perhatian pihak sekolah. Bagi saya, selagi diizinkan masa dan kesihatan yang baik untuk menyediakan Projek Bekal ini, sememangnya saya akan berusaha sediakan. Namun, jika ada halangan masa dan kerja, silalah bershopping di kantin ya kak sara..hahahaha..





 Love,
Akuida

Sunday, February 26, 2017

# Projek Bekal Dan..... Fat to Fit?

Assalamualaikum....

Saya sedang dalam proses penggantian puasa..dah berhutang, wajiblah ganti kan. masih merangkak-rangkak nak habiskan puasa yang masih terhutang. Punyalah malas berpuasa. patutlah berat makin memberat. badan makin mengembang.hahaha.

Bila blog walking ke blog Dalinali, terinspirasi juga dengan kesungguhan kak dalin dengan program fat to fit nya. jeles je tengok. nak kurus juga. tapi masih makan, masih bersenang lenang tak bersenam, masih banyak alasan nak bersenam..bla..bla..bla. Bila nak kurusnya ida oiiii?????

Tinggi 155 cm dan berat 61kg adalah tidak ohsem ya. kau kena kurangkan berat. Lutut pun selalu sakit. penat agaknya menampung berat badan yang tak seimbang ini. Nak fit juga..nak fit juga..Jadi marilah kita kawal pemakanan yang sebelum ini main ngap aje. CHAIIIYOKKKKK !!!!!!

Ok, sebelum terlupa. nak share juga menu bekal 2 hari ini.

Di kala mama kebuntuan memikirkan menu. Malam itu adik angkut sebungkus bihun. Mama..adik nak ini. TING! terus datang idea bekal dan sarapan bihun untuk esok hari. Tq very much adik..


Pagi ini, dalam kesejukan pagi. Mama sediakan sarapan kueteow goreng dan taburan telur hancur. stok anggur ada lagi, jadi bawalah sebagai tambahan nutrisi si kakak. Hujung minggu membuat kunjungan ke daiso the curve, makanya adalah bekas-bekas baru, comel-comel rasa nak beli semua. tapi mengenangkan keutamaan keperluan perlu diambil kira untuk mengelakkan pembaziran, makanya beli yang 3 segi ni dulu.hihi.

p/s : Doakan moga penempatan kerja saya masih tak jauh dari keluarga, masih di KL. Jadi dapatlah saya berbakti dan meluang masa yang lebih untuk keluarga selepas masa pejabat. Jika jauh, dengan travel seawal subuh, pulangnya malam..saya sendiri tak dapat bayangkan keupayaan saya..Moga dipermudahkan urusan keluarga dan pekerjaan ku Ya Allah.

 Love,
 Akuida

Wednesday, February 22, 2017

Bila Ditetapkan Keyakinan...

Assalamualaikum....

Seseorang berkata kepada saya.. engkau tak perlu bekerja bersungguh-sungguh sebabnya di situasi kerjaya kita ini, yang dikenali orang-orang atasan akan lebih mudah naik pangkat daripada orang-orang yang sememangnya bekerja bersungguh-sungguh. Saya terdiam..Tapi di fikiran saya, saya lebih mementingkan keberkatan gaji yang saya dapat ini. Apa guna saya naik pangkat secara 'fast track' tapi Allah kurangkan rezki saya di tempat lain..rezki anak-anak saya, suami saya, rezki sihat saya dan keluarga, rezki anak-anak yang soleh untuk saya dan suami..semua rezki yang baik-baik untuk kami. Apa gunanya???

Cukuplah..dengan gaji yang ada sekarang ini pun rasa banyak berlebih untuk saya gunakan ke jalan yang lain selain tanggungan-tanggungan saya..alhamdulillah. sejak dulu saya yakin dengan rezki dari Allah. Bukan dari orang-orang yang perlu kita popularkan diri..tapi segala dariNya. Keyakinan itu tak pernah pudar dan alhamdulillah saya tenang dan sentiasa cukup malah berlebih dengan rezki dariNya selama ini. Syukur Ya Allah.

Sebenarnya tiada apa yang saya nak kejarkan dalam kerjaya saya ini..cukuplah tempoh sehari bekerja saya peruntukan masa sepenuhnya. dan di sebelah malam untuk keluarga saya. Sebab itu, saya tak heran bila ditempatkan di tempat-tempat hardcore asalkan masa balik, saya dapat balik rumah setiap hari..itu sudah cukup besar rahmatnya untuk saya..

Bekerjalah sebagaimana yang sepatutnya. Kadangkala datang perkara yang menyesakkan, cubalah hadapi dengan sebaiknya. Sekurang-kurangnya bekerjalah dengan setimpal bayaran yang kita terima dari gaji setiap bulan.Moga segala urusan kerjaya ini dipermudahkan agar saya dapat balik ke rumah setiap hari dan dapat menjalankan tugas sebagai isteri, mama dan anak dengan sebaiknya...

Meluah rasa sebenarnya ini dengan jiwa kacau sebab mendengar nama dipetik untuk ditukarkan lagi...Ya Allah, mohon dipermudahkan....

 Love, Akuida

# Projek Bekal 2017

Assalamualaikum....

Nampak makin senang kerjanya kan, seminggu sekali muncul tepek gambar Projek Bekal,.haha. Ini lah kehidupan berpagian saya sebelum keluar bekerja. Sedikit bekalan kasih sayang untuk anak-anak dan suami juga. suami jika menu keanak-anakan seperti carbonara memang saya tak bekalkan sebabnya dia sendiri taknak menu western sebegitu di pagi hari..Tak nak bekal sila cari sarapan kat kedai yang encik. sebabnya saya hanya mampu buat bekal sekaligus, masa pagi saya sangat terhad untuk pelbagai bekal (padahal sayang nak lepaskan bantal dan katil bila bangun pagi).

Alhamdulillah projek bekal masih berterusan di bulan Februari ini. Tempek gambar kat blog sendiri untuk beri inspirasi pada diri sendiri juga selain konon-konon membantu jana idea bekal untuk orang lain juga.


Menu di kala mama buntu. Pau kacang big size dan kuih karipap inti daging+kentang

Roti canai nenek zizah ditabur gula dan kek lapis + kismis. Semua manis..saya kata kat kak sara manis sesekali je boleh. hari-hari tak boleh.

Nasi goreng  ditaburi potongan kecil grill chicken burger dan anggur sebagai dessert

Ini mi sanggul goreng ditaburi telur hancur dan desert anggur. Mi sanggul ini cara penyediaannya rendam mi dalam air panas sebab struktur asalnya keras. dah lembut, toskan. kemudian goreng macam buat mi goreng biasa.

Ini juga di kala mama mengalami kebuntuan.. cekodok cicah sos mayonis dan kek lapis.

Menu lontong goreng. Kak sara request telur rebus sebijik..jadi kita penuhi permintaannya.

NAsi goreng lagi??hahaha.. jangan risau menu memang takkan berulang. ini menu minggu yang berlainan. Nasi goreng ikan goreng grill. mama sanggup grill ikan tenggiri di malam hari dengan magic pan tersayang..then esok pagi carik-carik masukkan dalam nasi goreng. sangat sedap. penuh khasiat. anak-anak pun suka..


Ini menu pagi tadi..kiranya fresh from oven la kononnya..Karipap daging+kentang dengan roti lepa jem strawbery beli dr Cameron Highland (perlu sebut ke?hihi..saja mengada). Beberapa minggu ni nampaknya mama sering buntu....

Mengapa beberapa minggu kebelakangan ni nampak sangat yang saya sering buntu memikirkan menu untuk bekalan?Sebabnya saya tengah berusaha 'memantangkan' si adik disebabkan ekzema di kaki yang teruk. Alhamdulillah, sejak 2 minggu berpantang makanan-makanan yang boleh mencetuskan gatal, nampaknya ekzema tu semakin sembuh. Moga saya berupaya menyediakan menu yang baik untuk keluarga saya. Buntu sebenarnya sebab bila berpagian di dapur, telur dan ayam memang mudah. tapi jika telur saya perlu buat pengasingan. Itulah yang timbul tambahan menu telur hancur, telur rebus dan daging burger semuanya ala-ala taburan..hahahaha..



 Love, Akuida

Sunday, February 12, 2017

# Projek Bekal 2017

Assalamualaikum....

Hampir 2 minggu tak menaip di blog ini. Minggu lepas yang sangat sibuk dengan urusan kerja dan urusan sebagai surirumahnya (Alasan tak boleh 1 je kan..harusnya beberapa untuk diperkukuhkan alasan kita..hihi). Macam biasalah, bila nak panaskan enjin setelah sekian lama mendiamkan diri, haruslah gambar-gambar bekal si kakak yang dipertaruhkan. Harap memberi manfaat untuk ibu-ibu/mama-mama/umi-umi/mummy-mummy yang ketandusan idea nak bawa bekal, sekurang-kurangnya tertengok blog Bila Jari Menaip ni boleh mencetuskan idea menu bekalnya. Menu yang biasa-biasa sahaja yang insyallah mampu disediakan oleh ibu-ibu bekerjaya seperti saya ini dan silalah divariasikan ikut selera anak-anak yang lain dan kreativiti ibu-ibu/mama-mama/umi-umi/mummy-mummy sekalian. Saya ini hanyalah seorang mama yang keras tangannya dalam berkreativiti dan hanya mampu mencapai moto bawa bekal ke sekolah sahaja tanpa dekorasi...

Jom tengok menu bekal minggu lepas yang tak sempat nak dikongsi..


Antara menu favourite kak sara macaroni carbonara. Kali ini saya tambahkan potongan grill burger. (Ni masa freezer dah kurang hasil-hasil tangkapan..hihi)


Menu roti canai hasil ulian nenek zizah yang mama bawak balik frozen doh yang dah siap dicanai. tinggal tepek-tepek dan goreng. Kak sara nak sira dengan gula. senang nak makan katanya masa rehat di sekolah.

Nasi goreng ikan masin yang sangat sedikit kuantiti ikan masinnya..asalkan ada bau.haha..

Bihun goreng ni bila mama ketandusan idea sangat-sangat, telur rebus sahaja sebagai kawanannya dan sedikit biskut choc chip mama buat.

Yang ini pula grill burger dengan cheese dan mayonis sos. Tambahan kek lapis yang mama beli kat RNR Temerloh..hihi.

Nasi lemak dan telur rebus. Gigigh pagi-pagi mama nya buat nasi lemak..Padahal, pagi itu masak nasik lemak je. telur dan sambal memang sedia dah masak dari malam sebelumnya. Nasi lemak antara favourite menu kak sara tapi mama terpaksa hadkan sebabnya bersantan. 

Maggie goreng juga antara menu yang mama pertaruhkan bila ketandusan stok barang dapo dan belum hujung minggu. Jadi maggie goreng tumis kari dan pecahkan telur. Alhamdulillah.

Alhamdulillah telah menghampiri pertengahan Februari dan saya masih dengan rutin berpagian ini. Konsepnya masih sama..bekal sahaja dengan kasih sayang saya untuk anak-anak. Semoga ada sedikit memori untuk anak saya yang mana ketika kecilnya ada bekal yang mama kirim semasa mama bekerja dengan makanan untuk kenyangkan perut dan titisan kasih sayang mama semasa menyediakannya untuk kamu..(nak juga berpuitis kan..hihi). Tapi ini realitinya dan saya masih ingat ayat KP saya yang 2 kali saya dengar..yang perempuan ini ambil masa di rumah, masaklah sekurang-kurangnya ada ingatan yang anak-anak rindu dari kamu. Dan KP saya lelaki ya..bukan wanita.hahahaha..2 kali saya mendengarnya dalam 2 kali perjumpaan yang santai. dan saya cuba praktikkan. 

Walau kadang-kadang kerap juga saya 'cuti'kan dapur saya tu..haha. tapi lebih kerap pengoperasiaanya dari cuti yang dia ada tu..Kadangkala, mama  ini perlu juga berehat. Jadi syukurlah suami faham dan ok aje bila dapur di'cuti'kan..alhamdulillah.


Love,
Akuida

Wednesday, February 1, 2017

Pandangan sempit itu...

Assalamualaikum....



Dari celahan bangunan di pesisir Teluk Nipah, Pulau Pangkor ini nampak seperti tenangnya lautan. Tapi hakikatnya pesisir pantai dipenuhi pengunjung yang sedang nikmati hari cuti dengan gembiranya. Di pesisir laut pula banyak bot yang membawa pengunjung menyusuri pulau-pulau berhampiran.

Begitulah kehidupan ini jangan kau pandang dari satu pandangan yang sempit. Selagi itu pegangan kau, selagi itu kau akan sentiasa di takuk lama..sentiasa rasa selesa. Bermusafirlah jika kau diberi keizinanNya, sebab dari permusafiran itu kau akan nampak pelbagai ragam manusia, kau akan nampak betapa besar kekuasaanNya, kau akan nampak betapa bertuahnya kau atas segala nikmat yang diberiNya. Banyak lagi 'betapa' yang saya nak bayangkan..Tidak terluah dengan tulisan ini.

Masih terngiang-ngiang di telinga ungkapan mantan bos saya..Keluarlah dari zon selesa sebab kita takkan selamanya berada di zon itu. Dan sejak ittu, saya sentiasa mengingatkan diri agar tidak terlalu selesa di zon yang saya berada..Semoga Allah kuatkan hati saya mengharungi segala cabaran mendatang dan saya pohon ihsanNya untuk memudahkan segala urusan saya..amin.



 Love, Akuida

Tentang Kenangan Tapai Ubi

Assalamualaikum....



Makanan yang nampak biasa-biasa tapi mampu gamit kenangan zaman dahulu. Masa kecil yang bila dah menginjak dewasa ini, rasa rindu sangat nak ke zaman itu. Jika benar doraemon itu ada, dah pasti nak minta mesin masa tu bawa kau ke zaman kecil dahulu. Acap kali saya mencari tapai ubi yang dibalut daun pisang begini..rasa syahdu sangat bila merasa keenakannya yang tak manis tapi lemak ubi tu sangat terasa.

Di mana saya jumpa???
Di kedai selera kampung di Kuala Selangor.. Permusafiran beberapa hari lepas membuatkan saya bertemu dengan tapai kegemaran saya sedari kecil tapi amat payah nak cari di zaman sekarang. Setiap suapan mengingatkan saya dengan pakcik tua yang menaiki motosikal dengan bakul besar di belakangnya. Menjual tapai ubi dan tapai pulut sekeliling kampung di zaman kanak-kanak saya. Masih terasa keenakan tapai yang pakcik jual. Saya pun tak pasti di mana pakcik tu sekarang sebab hadirnya hanya ketika saya kanak-kanak bersekolah rendah. Jika masih panjang umurnya, moga dia sihat sejahtera dan jika dia telah tiada moga rohnya dicucuri rahmat..

Syukur Ya Allah kerana diberi nikmat merasa tapai yang sangat kena dengan tekak saya yang telah berpuluh tahun saya mencarinya..Alhamdulillah. Antara perkara kecil yang acap kali kita terlepas pandang, segala kesempatan dan nikmat yang Allah kurnia tanpa kita sedar..




 Love, Akuida

Tuesday, January 24, 2017

# Projek Bekal 2017

Assalamualaikum....


Masih lagi gigih berpagian menyiapkan bekal untuk anak-anak. Cuma beberapa hari tak dapat sediakan bekal sebabnya saya oustation ke kuantan. Pagi ini baru lah dapat sediakan bekal. Seperti biasa menu yang terhasil adalah berdasarkan perbincangan bersama si pemakan bekal dan si pemasak bekal. Si pemasak perlu tanya si pemakan sebab taknak sentap bekal tak dimakan sangat, si pemakan pula akan bagitau apa yang dia rasa nak makan tapi kena ambil kira juga apa bahan sedia ada yang si pemasak ada dan keupayaan si pemasak masak di awal pagi..hahahaha. Panjangkan intro nye. 

Jom tengok sedikit menu bekal yang masak khamis jumaat lepas dan hari ini.

Maggie goreng dan kentang goreng. maggie ni kadang-kadang boleh la, tak boleh selalu.. budak-budak, maggie je gembira. tapi mama tak boleh nak bagi selalu ya.


Nasi goreng dan buah pear. menu wajib sekali seminggu..hihi. sebab senang buat nasi goreng. dasar si pemasak yang pemalas ni. sila jangan ikut.



Menu pagi tadi macaroni sos prego bakar ber'cheese' (nama nak grand je kan..hihi). Kek lapir sarawak tu beli di rnr temerloh menghala ke KL. Ko hado pergi kuantan bawak balik kek lapis sarawak..haha 

Itu sahaja lah menu yang ada untuk beberapa hari ini. Nanti kumpul-kumpul beberapa menu, saya share lagi. Macam lah menu dia sedap-sedap sangat la kan..hihi.


 Love, Akuida

Pantai Pimping, Sabah

Assalamualaikum.... Rutin setahun sekali kami sekeluarga..balik kampung suami di sabah. Masa selainnya bapa mertua akan datang ke KL se...