Posts

Showing posts from January, 2017

# Projek Bekal 2017

Image
Assalamualaikum....


Masih lagi gigih berpagian menyiapkan bekal untuk anak-anak. Cuma beberapa hari tak dapat sediakan bekal sebabnya saya oustation ke kuantan. Pagi ini baru lah dapat sediakan bekal. Seperti biasa menu yang terhasil adalah berdasarkan perbincangan bersama si pemakan bekal dan si pemasak bekal. Si pemasak perlu tanya si pemakan sebab taknak sentap bekal tak dimakan sangat, si pemakan pula akan bagitau apa yang dia rasa nak makan tapi kena ambil kira juga apa bahan sedia ada yang si pemasak ada dan keupayaan si pemasak masak di awal pagi..hahahaha. Panjangkan intro nye. 
Jom tengok sedikit menu bekal yang masak khamis jumaat lepas dan hari ini.






Itu sahaja lah menu yang ada untuk beberapa hari ini. Nanti kumpul-kumpul beberapa menu, saya share lagi. Macam lah menu dia sedap-sedap sangat la kan..hihi.

 Love, Akuida

# Projek Bekal 2017

Image
Assalamualaikum....


Ini jelah modal yang ada untuk potpet potpet kat blog. Tak perlu nak kumpul gambar banyak-banyak. Ambil masa rehat hari ini yang berbaki beberapa minit ni, kita taip laju-laju untuk siapkan 1 entry. Gaya seperti blogger masyhur yang ade orang nak baca blog ko kan..hahahahaha..bagi chance perasan sekejap.
Menu bekal untuk dua hari ini..macam  biasa ambil gambar bekal kak sara sebab mak-mak gini la ya. anak-anak punya disiapkan dulu. Jadi peruntukan beberapa saat ambil gambar terus. Minggu ini papa tak nak bawa bekal sebab ada kerja di luar pejabat untuk tempoh 2 minggu hingga minggu depan. Dia lebih rela makan yang mamak masak sebab malu kot nak makan bekal sendiri kat mamak dan order air je (ayat marah ke ni??? tak lah..haha). 

Malam isnin saya rebus ketupat mini dalam 6 bungkus. Dah siap, tos dan simpan bawah tudung saji. esoknya pukul 6 tumis sahaja rencah bawang + ikan bilis blend + cili blend  sampai naik bau, letak kicap manis sikit dan pecahkan 2 biji telur..…

# Projek Bekal 2017

Image
Assalamualaikum....

Hari ini ada masa sedikit (ayat tu mesti nak tunjuk yang dia lah wanita paling sibuk di dunia..hihi). Jadinya marilah kita share menu-menu Projek Bekal Tahun 2017 ini (ayat juga mesti gempak..padahal???). Seperti tahun sebelumnya tak kiralah cuti sekolah ke hari persekolahan ke, konsep bekalnya sama sahaja. No deko, asalkan anak-anak dan papanya makan. Kalau sedap tak perlu digambarkan dengan perasaan, nampak bekas kosong kira ok la tu. Nampak bekal ada lebihan, mama buat-buat tak faham je (Malas nak sentap sebab bekal tak habis..hehe).
Macam tahun lepas, kak sara masih bawa duit belanja RM3 untuk sekolah pagi tapi biasanya tak dibelanja. Kadang-kadang sahaja beli air botol di sekolah..silakan. Mama takde paksaan asalkan makan bekal yang dibawa dan jangan membazir berbelanja sebab nafsu (ini nasihat dari orang berpengalaman bab-bab nafsu bershopping ini).. Di sekolah agama pun kak sara bawa duit belanja RM2 seperti tahun lepas dan kadang-kadang tiada bekal sebabnya…

Hasil Angan-Angan Si Puan Jurutera

Image
Assalamualaikum....

Hasil berfikir dan berangan masa menggosok baju, maka terzahirlah penghasilan biskut untuk jualan. Berbekalkan semangat yang harap-harapnya bukan hangat-hangat chicken poo poo..saya memulakan langkah sekecil lady bird (contoh haruslah yang comel-comel kan..hikhik). Bersyukur sebab suami pun menyokong sanggup singgah belikan barang-barang yang saya perlukan, takde nak merungut apa-apa pun. Setia kejap-kejap kena rasa biskut saya..haha.
Mempersembahkan BISKUT NUTTY CRUCHY CHOCO CHIP...





Baru memulakan jualan untuk teman-teman rapat sahaja dan ofismate. Tak berani lagi nak buka langkah besar-besar dan ambil banyak order sebab masih bertatih dan masih belum pandai seimbangkan masa yang agak sibuk dengan kerjaya jurutera nya dan kerjaya surirumahnya (alasan lagi..). Cuma sangat bersyukur kerana rata-rata yang order akan repeat order lagi..sangat terharu sebenarnya. Alhamdulillah :)
Berapa saya jual tu?
a) +- 300gm = RM15 b) +- 600gm = RM28






 Love,
Akuida