Sunday, January 8, 2017

Hasil Angan-Angan Si Puan Jurutera

Assalamualaikum....

Hasil berfikir dan berangan masa menggosok baju, maka terzahirlah penghasilan biskut untuk jualan. Berbekalkan semangat yang harap-harapnya bukan hangat-hangat chicken poo poo..saya memulakan langkah sekecil lady bird (contoh haruslah yang comel-comel kan..hikhik). Bersyukur sebab suami pun menyokong sanggup singgah belikan barang-barang yang saya perlukan, takde nak merungut apa-apa pun. Setia kejap-kejap kena rasa biskut saya..haha.

Mempersembahkan BISKUT NUTTY CRUCHY CHOCO CHIP...






Baru memulakan jualan untuk teman-teman rapat sahaja dan ofismate. Tak berani lagi nak buka langkah besar-besar dan ambil banyak order sebab masih bertatih dan masih belum pandai seimbangkan masa yang agak sibuk dengan kerjaya jurutera nya dan kerjaya surirumahnya (alasan lagi..). Cuma sangat bersyukur kerana rata-rata yang order akan repeat order lagi..sangat terharu sebenarnya. Alhamdulillah :)

Berapa saya jual tu?

a) +- 300gm = RM15
b) +- 600gm = RM28







 Love,
Akuida

No comments:

Post a Comment

22 September 2018 ~ Tenanglah Mak Di Sana

Assalamualaikum....  Sudah lama tak menaip di blog ini. Hari ini rasanya nak menaip untuk berkongsi di blog agar bila suatu hari saya sc...