Monday, January 16, 2017

# Projek Bekal 2017

Assalamualaikum....

Hari ini ada masa sedikit (ayat tu mesti nak tunjuk yang dia lah wanita paling sibuk di dunia..hihi). Jadinya marilah kita share menu-menu Projek Bekal Tahun 2017 ini (ayat juga mesti gempak..padahal???). Seperti tahun sebelumnya tak kiralah cuti sekolah ke hari persekolahan ke, konsep bekalnya sama sahaja. No deko, asalkan anak-anak dan papanya makan. Kalau sedap tak perlu digambarkan dengan perasaan, nampak bekas kosong kira ok la tu. Nampak bekal ada lebihan, mama buat-buat tak faham je (Malas nak sentap sebab bekal tak habis..hehe).

Macam tahun lepas, kak sara masih bawa duit belanja RM3 untuk sekolah pagi tapi biasanya tak dibelanja. Kadang-kadang sahaja beli air botol di sekolah..silakan. Mama takde paksaan asalkan makan bekal yang dibawa dan jangan membazir berbelanja sebab nafsu (ini nasihat dari orang berpengalaman bab-bab nafsu bershopping ini).. Di sekolah agama pun kak sara bawa duit belanja RM2 seperti tahun lepas dan kadang-kadang tiada bekal sebabnya mama bagi chance bershopping. Biasanya berbelanja RM1 sahaja. Minum petang katanya..

Jom tengok bekal kak sara beberapa hari ini..menu yang sama untuk adik dan papa juga.

Slider katanya. burger kecil, guna bun mini. tambahan wafer crunch untuk bagi happy.

Spageti Carbonara dan buah pear yang dah siap dipotong

Roti canai hasil ulian nenek zizah dan canaian mama..cicah dengan susu pekat. Biskut choc chip buatan mama sebagai sampingan

Nasi goreng dan biskut choc chip mama sebagai sampingan

Menu ulangan nasi goreng dan telur rebus. kanan tu bekal papa..Jangan risau susunan gambar random. biasanya menu takkan berulang dalam minggu yang sama untuk elak boring

Baked macaroni cheese carbonara yang tak nampak sangat hasil baked nya. Cumi ni mama bekalkan sampingan tapi tak dimakan langsung

Kegemaran kak sara sandwich telur mayonis. Dihiasi coco cruch dan buah pear :)

Ini juga kegemaran kak sara cekodok tepung cicah sos cili mayonis. tambahan biskut choc chip mama..masih menjadi kesukaan mereka berdua sebab hari-hari makan pun takpe.hihi

Pisang Goreng dan biskut chop chip mama..

Itu sahaja buat beberapa hari ini. masih menyediakan bekal setiap hari. Cuma dah bersedia jika mama perlu outstation, makanya kak sara sila lah bershoppingan di kantin ya.

Kenapa saya ini rajin sangat (erk..perlu ke ayat perasan tu?) menyediakan bekal di pagi-pagi hari? Bukan sebab rajin..tapi sebabnya saya pernah try beberapa hari kak sara tak bawa bekal. hanya makan sarapan yang saya sediakan sebelum dia ke sekolah, dan dia shopping di kantin..hasilnya berat kak sara turun. Jadi saya kembali menyediakan bekal untuk kak sara.

Sedikit perkongsian jika ada ibu-ibu yang kekeringan idea. menu saya biasa-biasa sahaja. cukup untuk pastikan kak sara dapat makan waktu rehat dan sedikit bekalan kasih sayang yang saya bekalkan dalam bekal yang dibawa..Ayat manis perlu ada ya..hahaha..

 Love,
Akuida

No comments:

Post a Comment

22 September 2018 ~ Tenanglah Mak Di Sana

Assalamualaikum....  Sudah lama tak menaip di blog ini. Hari ini rasanya nak menaip untuk berkongsi di blog agar bila suatu hari saya sc...