Tuesday, January 17, 2017

# Projek Bekal 2017

Assalamualaikum....


Ini jelah modal yang ada untuk potpet potpet kat blog. Tak perlu nak kumpul gambar banyak-banyak. Ambil masa rehat hari ini yang berbaki beberapa minit ni, kita taip laju-laju untuk siapkan 1 entry. Gaya seperti blogger masyhur yang ade orang nak baca blog ko kan..hahahahaha..bagi chance perasan sekejap.

Menu bekal untuk dua hari ini..macam  biasa ambil gambar bekal kak sara sebab mak-mak gini la ya. anak-anak punya disiapkan dulu. Jadi peruntukan beberapa saat ambil gambar terus. Minggu ini papa tak nak bawa bekal sebab ada kerja di luar pejabat untuk tempoh 2 minggu hingga minggu depan. Dia lebih rela makan yang mamak masak sebab malu kot nak makan bekal sendiri kat mamak dan order air je (ayat marah ke ni??? tak lah..haha). 


Bekal hari Selasa Ketupat/Lontong goreng. Menu ini saya pertama kali buat tahun lepas dan jadi kesukaan kak sara pula.
Malam isnin saya rebus ketupat mini dalam 6 bungkus. Dah siap, tos dan simpan bawah tudung saji. esoknya pukul 6 tumis sahaja rencah bawang + ikan bilis blend + cili blend  sampai naik bau, letak kicap manis sikit dan pecahkan 2 biji telur..dah masak baru masukkan ketupat yang dah dipotong kiub. Jadilah menu ini. Biasanya kak sara akan makan ketupat sahaja, gravy bertelur tu dia tinggalkan..padahal itulah lauk ketupatnya.haha. Apa-apa la kakak, asalkan makan.


Menu hari ini pankek dan sos butter+madu
Biasanya pankek atau cekodok, saya potongkan siap-siap untuk memudahkan anak-anak dan suami makan. Senang, cucuk-cicah-ngap..hihi.





 Love, Akuida

No comments:

Post a Comment

22 September 2018 ~ Tenanglah Mak Di Sana

Assalamualaikum....  Sudah lama tak menaip di blog ini. Hari ini rasanya nak menaip untuk berkongsi di blog agar bila suatu hari saya sc...