Tuesday, January 24, 2017

# Projek Bekal 2017

Assalamualaikum....


Masih lagi gigih berpagian menyiapkan bekal untuk anak-anak. Cuma beberapa hari tak dapat sediakan bekal sebabnya saya oustation ke kuantan. Pagi ini baru lah dapat sediakan bekal. Seperti biasa menu yang terhasil adalah berdasarkan perbincangan bersama si pemakan bekal dan si pemasak bekal. Si pemasak perlu tanya si pemakan sebab taknak sentap bekal tak dimakan sangat, si pemakan pula akan bagitau apa yang dia rasa nak makan tapi kena ambil kira juga apa bahan sedia ada yang si pemasak ada dan keupayaan si pemasak masak di awal pagi..hahahaha. Panjangkan intro nye. 

Jom tengok sedikit menu bekal yang masak khamis jumaat lepas dan hari ini.

Maggie goreng dan kentang goreng. maggie ni kadang-kadang boleh la, tak boleh selalu.. budak-budak, maggie je gembira. tapi mama tak boleh nak bagi selalu ya.


Nasi goreng dan buah pear. menu wajib sekali seminggu..hihi. sebab senang buat nasi goreng. dasar si pemasak yang pemalas ni. sila jangan ikut.



Menu pagi tadi macaroni sos prego bakar ber'cheese' (nama nak grand je kan..hihi). Kek lapir sarawak tu beli di rnr temerloh menghala ke KL. Ko hado pergi kuantan bawak balik kek lapis sarawak..haha 

Itu sahaja lah menu yang ada untuk beberapa hari ini. Nanti kumpul-kumpul beberapa menu, saya share lagi. Macam lah menu dia sedap-sedap sangat la kan..hihi.


 Love, Akuida

2 comments:

  1. Haha bab nasik goreng tu aku mmg fav. Asal ade sambal lebih akak zass..
    Rajinnye ida. Akak buat sarapan kat rumah je.
    Kalau ada lebih/ banyak baru si aiman tapau.
    Bagus2 keep it up.

    ReplyDelete
  2. Tak rajin sangat pun kak. asalkan si kakak tu makan masa rehat. kalau tak, asyik beli roti hotdog je..alasan sebab makanan berat orang ramai.

    ReplyDelete

Al-Fatihah Buat Mak

Assalamualaikum.... Kehilangan yang masih terasa. Sudah tiada orang nak bergosip. Sudah tiada doa yang disebut terus ke telinga...