Posts

Showing posts from February, 2017

# Projek Bekal Dan..... Fat to Fit?

Image
Assalamualaikum....

Saya sedang dalam proses penggantian puasa..dah berhutang, wajiblah ganti kan. masih merangkak-rangkak nak habiskan puasa yang masih terhutang. Punyalah malas berpuasa. patutlah berat makin memberat. badan makin mengembang.hahaha.
Bila blog walking ke blog Dalinali, terinspirasi juga dengan kesungguhan kak dalin dengan program fat to fit nya. jeles je tengok. nak kurus juga. tapi masih makan, masih bersenang lenang tak bersenam, masih banyak alasan nak bersenam..bla..bla..bla. Bila nak kurusnya ida oiiii?????
Tinggi 155 cm dan berat 61kg adalah tidak ohsem ya. kau kena kurangkan berat. Lutut pun selalu sakit. penat agaknya menampung berat badan yang tak seimbang ini. Nak fit juga..nak fit juga..Jadi marilah kita kawal pemakanan yang sebelum ini main ngap aje. CHAIIIYOKKKKK !!!!!!
Ok, sebelum terlupa. nak share juga menu bekal 2 hari ini.



p/s : Doakan moga penempatan kerja saya masih tak jauh dari keluarga, masih di KL. Jadi dapatlah saya berbakti dan meluang masa y…

Bila Ditetapkan Keyakinan...

Assalamualaikum....

Seseorang berkata kepada saya.. engkau tak perlu bekerja bersungguh-sungguh sebabnya di situasi kerjaya kita ini, yang dikenali orang-orang atasan akan lebih mudah naik pangkat daripada orang-orang yang sememangnya bekerja bersungguh-sungguh. Saya terdiam..Tapi di fikiran saya, saya lebih mementingkan keberkatan gaji yang saya dapat ini. Apa guna saya naik pangkat secara 'fast track' tapi Allah kurangkan rezki saya di tempat lain..rezki anak-anak saya, suami saya, rezki sihat saya dan keluarga, rezki anak-anak yang soleh untuk saya dan suami..semua rezki yang baik-baik untuk kami. Apa gunanya???
Cukuplah..dengan gaji yang ada sekarang ini pun rasa banyak berlebih untuk saya gunakan ke jalan yang lain selain tanggungan-tanggungan saya..alhamdulillah. sejak dulu saya yakin dengan rezki dari Allah. Bukan dari orang-orang yang perlu kita popularkan diri..tapi segala dariNya. Keyakinan itu tak pernah pudar dan alhamdulillah saya tenang dan sentiasa cukup malah b…

# Projek Bekal 2017

Image
Assalamualaikum....

Nampak makin senang kerjanya kan, seminggu sekali muncul tepek gambar Projek Bekal,.haha. Ini lah kehidupan berpagian saya sebelum keluar bekerja. Sedikit bekalan kasih sayang untuk anak-anak dan suami juga. suami jika menu keanak-anakan seperti carbonara memang saya tak bekalkan sebabnya dia sendiri taknak menu western sebegitu di pagi hari..Tak nak bekal sila cari sarapan kat kedai yang encik. sebabnya saya hanya mampu buat bekal sekaligus, masa pagi saya sangat terhad untuk pelbagai bekal (padahal sayang nak lepaskan bantal dan katil bila bangun pagi).
Alhamdulillah projek bekal masih berterusan di bulan Februari ini. Tempek gambar kat blog sendiri untuk beri inspirasi pada diri sendiri juga selain konon-konon membantu jana idea bekal untuk orang lain juga.










Mengapa beberapa minggu kebelakangan ni nampak sangat yang saya sering buntu memikirkan menu untuk bekalan?Sebabnya saya tengah berusaha 'memantangkan' si adik disebabkan ekzema di kaki yang teruk. Al…

# Projek Bekal 2017

Image
Assalamualaikum....

Hampir 2 minggu tak menaip di blog ini. Minggu lepas yang sangat sibuk dengan urusan kerja dan urusan sebagai surirumahnya (Alasan tak boleh 1 je kan..harusnya beberapa untuk diperkukuhkan alasan kita..hihi). Macam biasalah, bila nak panaskan enjin setelah sekian lama mendiamkan diri, haruslah gambar-gambar bekal si kakak yang dipertaruhkan. Harap memberi manfaat untuk ibu-ibu/mama-mama/umi-umi/mummy-mummy yang ketandusan idea nak bawa bekal, sekurang-kurangnya tertengok blog Bila Jari Menaip ni boleh mencetuskan idea menu bekalnya. Menu yang biasa-biasa sahaja yang insyallah mampu disediakan oleh ibu-ibu bekerjaya seperti saya ini dan silalah divariasikan ikut selera anak-anak yang lain dan kreativiti ibu-ibu/mama-mama/umi-umi/mummy-mummy sekalian. Saya ini hanyalah seorang mama yang keras tangannya dalam berkreativiti dan hanya mampu mencapai moto bawa bekal ke sekolah sahaja tanpa dekorasi...
Jom tengok menu bekal minggu lepas yang tak sempat nak dikongsi..










Alham…

Pandangan sempit itu...

Image
Assalamualaikum....



Dari celahan bangunan di pesisir Teluk Nipah, Pulau Pangkor ini nampak seperti tenangnya lautan. Tapi hakikatnya pesisir pantai dipenuhi pengunjung yang sedang nikmati hari cuti dengan gembiranya. Di pesisir laut pula banyak bot yang membawa pengunjung menyusuri pulau-pulau berhampiran.
Begitulah kehidupan ini jangan kau pandang dari satu pandangan yang sempit. Selagi itu pegangan kau, selagi itu kau akan sentiasa di takuk lama..sentiasa rasa selesa. Bermusafirlah jika kau diberi keizinanNya, sebab dari permusafiran itu kau akan nampak pelbagai ragam manusia, kau akan nampak betapa besar kekuasaanNya, kau akan nampak betapa bertuahnya kau atas segala nikmat yang diberiNya. Banyak lagi 'betapa' yang saya nak bayangkan..Tidak terluah dengan tulisan ini.
Masih terngiang-ngiang di telinga ungkapan mantan bos saya..Keluarlah dari zon selesa sebab kita takkan selamanya berada di zon itu. Dan sejak ittu, saya sentiasa mengingatkan diri agar tidak terlalu selesa di…

Tentang Kenangan Tapai Ubi

Image
Assalamualaikum....



Makanan yang nampak biasa-biasa tapi mampu gamit kenangan zaman dahulu. Masa kecil yang bila dah menginjak dewasa ini, rasa rindu sangat nak ke zaman itu. Jika benar doraemon itu ada, dah pasti nak minta mesin masa tu bawa kau ke zaman kecil dahulu. Acap kali saya mencari tapai ubi yang dibalut daun pisang begini..rasa syahdu sangat bila merasa keenakannya yang tak manis tapi lemak ubi tu sangat terasa.
Di mana saya jumpa??? Di kedai selera kampung di Kuala Selangor.. Permusafiran beberapa hari lepas membuatkan saya bertemu dengan tapai kegemaran saya sedari kecil tapi amat payah nak cari di zaman sekarang. Setiap suapan mengingatkan saya dengan pakcik tua yang menaiki motosikal dengan bakul besar di belakangnya. Menjual tapai ubi dan tapai pulut sekeliling kampung di zaman kanak-kanak saya. Masih terasa keenakan tapai yang pakcik jual. Saya pun tak pasti di mana pakcik tu sekarang sebab hadirnya hanya ketika saya kanak-kanak bersekolah rendah. Jika masih panjang u…