Wednesday, February 22, 2017

# Projek Bekal 2017

Assalamualaikum....

Nampak makin senang kerjanya kan, seminggu sekali muncul tepek gambar Projek Bekal,.haha. Ini lah kehidupan berpagian saya sebelum keluar bekerja. Sedikit bekalan kasih sayang untuk anak-anak dan suami juga. suami jika menu keanak-anakan seperti carbonara memang saya tak bekalkan sebabnya dia sendiri taknak menu western sebegitu di pagi hari..Tak nak bekal sila cari sarapan kat kedai yang encik. sebabnya saya hanya mampu buat bekal sekaligus, masa pagi saya sangat terhad untuk pelbagai bekal (padahal sayang nak lepaskan bantal dan katil bila bangun pagi).

Alhamdulillah projek bekal masih berterusan di bulan Februari ini. Tempek gambar kat blog sendiri untuk beri inspirasi pada diri sendiri juga selain konon-konon membantu jana idea bekal untuk orang lain juga.


Menu di kala mama buntu. Pau kacang big size dan kuih karipap inti daging+kentang

Roti canai nenek zizah ditabur gula dan kek lapis + kismis. Semua manis..saya kata kat kak sara manis sesekali je boleh. hari-hari tak boleh.

Nasi goreng  ditaburi potongan kecil grill chicken burger dan anggur sebagai dessert

Ini mi sanggul goreng ditaburi telur hancur dan desert anggur. Mi sanggul ini cara penyediaannya rendam mi dalam air panas sebab struktur asalnya keras. dah lembut, toskan. kemudian goreng macam buat mi goreng biasa.

Ini juga di kala mama mengalami kebuntuan.. cekodok cicah sos mayonis dan kek lapis.

Menu lontong goreng. Kak sara request telur rebus sebijik..jadi kita penuhi permintaannya.

NAsi goreng lagi??hahaha.. jangan risau menu memang takkan berulang. ini menu minggu yang berlainan. Nasi goreng ikan goreng grill. mama sanggup grill ikan tenggiri di malam hari dengan magic pan tersayang..then esok pagi carik-carik masukkan dalam nasi goreng. sangat sedap. penuh khasiat. anak-anak pun suka..


Ini menu pagi tadi..kiranya fresh from oven la kononnya..Karipap daging+kentang dengan roti lepa jem strawbery beli dr Cameron Highland (perlu sebut ke?hihi..saja mengada). Beberapa minggu ni nampaknya mama sering buntu....

Mengapa beberapa minggu kebelakangan ni nampak sangat yang saya sering buntu memikirkan menu untuk bekalan?Sebabnya saya tengah berusaha 'memantangkan' si adik disebabkan ekzema di kaki yang teruk. Alhamdulillah, sejak 2 minggu berpantang makanan-makanan yang boleh mencetuskan gatal, nampaknya ekzema tu semakin sembuh. Moga saya berupaya menyediakan menu yang baik untuk keluarga saya. Buntu sebenarnya sebab bila berpagian di dapur, telur dan ayam memang mudah. tapi jika telur saya perlu buat pengasingan. Itulah yang timbul tambahan menu telur hancur, telur rebus dan daging burger semuanya ala-ala taburan..hahahaha..



 Love, Akuida

No comments:

Post a Comment

22 September 2018 ~ Tenanglah Mak Di Sana

Assalamualaikum....  Sudah lama tak menaip di blog ini. Hari ini rasanya nak menaip untuk berkongsi di blog agar bila suatu hari saya sc...