Posts

Showing posts from April, 2017

Kisah Pejabat Lama...Manis semuanya :)

Image
Assalamualaikum....


Terasa nak mengabadikan kenangan di pejabat lama yang berjaya berikan saya 1001 pengalaman yang sangat bermakna. Pejabat kecil dengan kekuatan 25 orang staf kesemuanya. Banyak sangat manisnya, banyak sangat gelak tawanya, banyak sangat likunya..semuanya bercampur baur perasaannya. Tapi manis bila dikenang sampai semasa saya ke sana untuk mengemas barang-barang terasa sebak sangat hati ini. Pertama kali dalam kerjaya ini, ada air mata yang menitis semasa saya maklumkan yang saya akan ditukarkan...air mata yang sangat meruntunkan hati saya sebabnya dia seperti ibu saya tetapi kita mampu berkawan sebaiknya..Ahamdulillah. Syukur sangat kepadaMu Ya Allah kerana semasa meninggalkan pejabat itu, tiada rasa benci, tiada rasa marah..hanya senyuman dan gelak tawa sebab saya kata lepas ini insyallah kita tetap akan berjumpa lagi. Saya tak nak siapa-siapa sedih..saya nak gembira..dan hasrat saya ditunaikan. Saya sayangkan semuanya seperti keluarga. Beginilah orang di perantaua…

Kisah di Lexis PD

Image
Assalamualaikum....

Masih gigih mencari idea untuk berkongsi kisah. Tak pasti ada yang membaca atau tak, tapi nak juga menaip..haha.
Baru-baru ini kami sekeluarga berpeluang menginap semalam di Lexis PD. Kali ke-2 menginap di sini. Nampaknya ahli-ahli kecil dalam keluarga saya masih belum jemu sebabnya dorang suka sangat dengan bathtub yang ada di situ. besar dan puas bermain air untuk kakak dan adik. Syukur atas rezeki yang Allah berikan.

Saya pula seronok melayan diri di balkoni masa anak-anak tidur. Menikmati keindahan malam dan mendengar bunyi ombak. Tidak lah terlalu harmoni bunyinya sebab di resort sebelah ada event di sebelah malamnya..Lebih kepada dengar sipi-sipi bunyi ombak agaknya..hihi. Bila malam, lampu-lampu yang bergemerlapan dalam kepekatan malam amat menarik perhatian saya.


Di kala awal pagi, anak-anak berendam dalam bath tub..saya rendam maggie tomyam dan bancuh nescafe untuk sarapan pagi.(tak bagus ya maggie..tp bila bercuti begini memang tekak tu mengada nak maggi…