Sunday, May 14, 2017

# Projek Bekal 2017 ~ Entry suam-suam

Assalamualaikum....

Rindunya blog ini. Sangat-sangat tak berkesempatan nak update. Adalah sesekali menjenguk dengan harapan nak update tapi akhirnya tutup semula. Alhamdulillah, dah bulan Mei. Saya masih dengan aktiviti berpagian menyediakan bekal untuk semua ahli pasukan..hihi. Menu pun ulang-ulang sahaja asalkan boleh untuk alas perut semua ahlinya sebelum menjelang tengahari. 












Nak menghampiri ramadhan kami ke giant untuk beli stok barang rumah. Anak-anak nampak chocodate nak beli. Jadi minggu lepas chocodate la dibawa sebagai kudapan. kadang-kadang untuk kudapan tak habis atau tak makan langsung sebabnya kak sara kata dah kenyang. Saya biarkan sahaja asalkan menu utama bekal dimakannya.

Sejak-sejak ini buntu untuk memikirkan menu. Semangat menurun agaknya..Moga dengan entry yang suam-suam hari ni semangat membara la hendaknya.chaiyokk mama!



 Love, Akuida

2 comments:

  1. Ha seronoknya tengok anak bawa bekal. Rajin Ida. Akak buat sarapan kat rumah je. Nak bulan puasa lagi buntu fikirkan menu kan. Akak asalkan semua ahli jemaah makan oklah walaupun simple. Selamat berpuasa Ida. Semoga berkat Ramadan ini.
    Love,
    Kdiana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga untuk akak sekeluarga. Betul tu kak, asalkan ahlinya makan dan kenyang dah ok sangat dah untuk ibu2 seperti kita ini.huhuhu..

      Delete

Merasa CUKUP..syukur

Assalamualaikum.... Alhamdulillah dah masuk hari ke-15 Ramadhan. Semalam bising lah juga kat FB, wasap group.. pasal isu bonus raya kaki...