Posts

Showing posts from June, 2017

Ramadhan Kali Ini....

Image
Assalamualaikum....

Ramadhan kali ini saya sangat terinspirasi dengan usaha seorang rakan FB dan beberapa orang rakannya menyantuni asnaf di kampung-kampung pedalaman Sarawak, Baling dan Melaka. Program ini dibuat di bulan Ramadhan dan mereka (perempuan) membawa beras serta beberapa keperluan seperti baju raya dan sumbangan duit raya ke rumah-rumah asnaf. Hiba sungguh hati ini. Saya kenal kakak (rakan FB) ini dan saya memang tahu program ramadhan yang mereka jalankan ini. Dengan ahli yang sedikit, mereka gagahkan juga semata-mata nak asnaf ini berhari raya dengan sebaik mungkin..Pernah juga beberapa kali saya menghulurkan sedikit sumbangan kepada kumpulan mereka ini.
Kerana usaha mereka, saya juga terasa nak buat sesuatu yang lain dari kebiasaan sebelum-sebelum ini. Rasa nak juga berusaha dengan jalan yang lain selain yang biasa dilakukan. Kali ini, saya berfikir nak buat biskut raya berdasarkan mana yang saya larat. Kemudian jual..hasil jualan saya sumbangkan kepada orang yang lebih …

Ramadhan Kali Ini ~ Nikmat seikhlasnya

Assalamualaikum....

Ramadhan kali ini beberapa kali hati terjentik, sebak terasa..

Bersedekahlah walau sedikit dengan sepenuh keikhlasan, insyallah Allah akan balas dengan rezki yang melimpah. Allahuakbar, benar-benar berlaku dalam kehidupan ini. Hanya berkongsi dalam blog ini untuk simpanan dan peringatan saya sendiri jika suatu hari nanti saya leka dan lalai..

Hulurkanlah dengan seikhlasnya, Insyallah ada doa yang ikhlas juga kita terima dari penerima. Sebak hati ini bila mendengar doa yang amat ikhlas dan menusuk di hati sehingga mampu membuatkan air mata ini bergenang. Ampunkan hambaMu ini ya Allah atas segala kekhilafan diri.

Siapalah diri ini jika nak dibandingkan dengan segala yang telah Kau berikan..

Syukur di Ramadhan kali ini, ada hikmah yang baik untuk saya..Terima kasih ya Allah.




Love, Akuida