Tuesday, June 20, 2017

Ramadhan Kali Ini....

Assalamualaikum....

Ramadhan kali ini saya sangat terinspirasi dengan usaha seorang rakan FB dan beberapa orang rakannya menyantuni asnaf di kampung-kampung pedalaman Sarawak, Baling dan Melaka. Program ini dibuat di bulan Ramadhan dan mereka (perempuan) membawa beras serta beberapa keperluan seperti baju raya dan sumbangan duit raya ke rumah-rumah asnaf. Hiba sungguh hati ini. Saya kenal kakak (rakan FB) ini dan saya memang tahu program ramadhan yang mereka jalankan ini. Dengan ahli yang sedikit, mereka gagahkan juga semata-mata nak asnaf ini berhari raya dengan sebaik mungkin..Pernah juga beberapa kali saya menghulurkan sedikit sumbangan kepada kumpulan mereka ini.

Kerana usaha mereka, saya juga terasa nak buat sesuatu yang lain dari kebiasaan sebelum-sebelum ini. Rasa nak juga berusaha dengan jalan yang lain selain yang biasa dilakukan. Kali ini, saya berfikir nak buat biskut raya berdasarkan mana yang saya larat. Kemudian jual..hasil jualan saya sumbangkan kepada orang yang lebih memerlukan sempena bulan Ramadhan kali ini..

Allahuakbar lain sangat perasaannya bila sememangnya hasil titik peluh yang selain dari bidang tugas hakiki di pejabat untuk digunakan di jalan yang sebaiknya..kelelahan stay up malam mengukis, menyemperit..menyudu doh choc chip..lain sangat perasaannya sehingga saya tak tahu macamana nakdigambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya. 

Hanya berkongsi perasaan ini dengan seorang rakan perempuan dan hanya menulis di blog ini (Blog sunyi ini yang tiada siapa-siapa kenal saya secara hakikinya..harapnya lah..haha). Perkongsian ini untuk diabadikan sebagai salah satu memori yang baik untuk saya sepanjang kehidupan ini. Insyallah, saya tidak akan berhenti di Ramadhan ini sahaja. Moga sentiasa diberi ruang masa untuk aktiviti-aktivi yang saya tengah fikirkan. Kadangkala, kita boleh sebenarnya..cuma kita takut untuk memulakan langkah. Tapi selagi tak mula melangkah, kita takkan tahu keupayaan sebenar kita.








Bila kita tidak terlalu mementingkan diri sendiri, bila kita peruntukan sedikit ruang untuk memikirkan bagi kebaikan orang lain..Insyallah sangat terasa nikmat segala kebaikan yang Allah kurnia kepada kita. Nikmat ketenangan..nikmat keluasan..Allahuakbar. Syukur diberi peluang untuk melangkah ke laluan ini..walau baru sedikit usahanya, terasa sangat nikmatnya..



 Love, Akuida

No comments:

Post a Comment

Al-Fatihah Buat Mak

Assalamualaikum.... Kehilangan yang masih terasa. Sudah tiada orang nak bergosip. Sudah tiada doa yang disebut terus ke telinga...