Sunday, July 9, 2017

Kerana Doa itu..

Assalamualaikum....

Sejak semalam, hati runsing memikirkan urusan kerja.
Pagi ini, seusai solat subuh berdoa moga Allah berikan kemudahan untuk segala urusan kerja hari ini.

Berjalan ke rumah pengasuh dengan si adik sambil minta adik doakan moga Allah mudahkan urusan mama hari ni.
Adik boleh tolong doakan mama tak?
Adik terus tadah tangan kanan sambil berjalan, tangan kiri pegang tangan kanan saya.
Comel kan bila kita tengok tangan kecil kanak-kanak menadah sesuatu :)

Saya bacakan dan adik ikut...
Ya Allah minta-minta mama dapat punchcard sebelum pukul 8 (memang dah lewat masa tu dan adik pun sebenarnya tak tahu punchcard tu apa)
Ya Allah moga diluluskan semua dalam mesyuarat mama hari ini (sebab mama ada mesyuarat untuk perolehan)
Ya Allah moga hari ini mama dapat balik awal (ini memang saya selalu mohon sebab adik selalu suruh saya cuti. tak payah pergi kerja..hihi)
Selesai doa, adik pun amin..

Dan kerana doa anak kecil yang suci hatinya, sangat tulus dan ikhlas doanya..pagi ini mama dapat punchcard 8.02pagi. Trafik pun sangat smooth sebab biasa bila lewat, masa tu la jem kan.Syukurlah..balik nanti kita lewat dalam 10 minit ya..insyallah.

Anak-anak memang faham sebab saya selalu ingatkan nak apa-apa berdoa sahaja. Dalam perjalanan ke mana-mana memang saya minta anak-anak berdoa agar jalan tak jem, agar senang dapat parking..Kadang-kadang belum suruh dah dengar si adik berdoa. Sekurang-kurangnya anak-anak tahu konsep berdoa tu, mintalah apa-apa pada Allah..Insyallah ditunaikan. Bila dapat parking kat mall, saya akan kata kan mama dah kata kalau kita doa mesti Allah tunaikan cepat atau lambat..insyallah.

Tak sukar nak mengajar anak konsep kebergantungan kepada Allah..

Dari sekecil-kecil perkara..berdoalah.

Siapalah kita ini tanpa keredhaanNya.







 Love, Akuida

No comments:

Post a Comment

Al-Fatihah Buat Mak

Assalamualaikum.... Kehilangan yang masih terasa. Sudah tiada orang nak bergosip. Sudah tiada doa yang disebut terus ke telinga...