Tuesday, August 29, 2017

MENTALITI JAMBAN

Assalamualaikum....

Rasanya pernah terbaca pasal Mentaliti Jamban ni. Tapi, serius saya lupa di mana..yang saya ingat, pasal attitude buruk masyarat kita.

Pagi ini drive dalam kesesakan di Kuala Lumpur (erk..sebut KL baru 'in' kan haha). Tiba-tiba kereta saga kat depan saya ni yang dalamnya 3 orang lelaki..seorang duduk kat seat co-pilot dan seorang lagi kat belakang driver bagus smoking dengan tangan jentik-jentik putung rokok ke luar tingkap. Kiri kanan kereta motor dok lalu lalang. Tak ke ade kemungkinan habuk rokok kau yang masih ada bara tu terkena kat orang yang naik motor tu?? tak pasal-pasal tiba-tiba baju orang bermotor tu boleh terbakar or berlubang..erk, terbakar tu maybe tinggi sangat imaginasi saya ni kan..haha. Come on la, be sensitive..guna akal sikit..

Kereta yang sama..driver pulak keluarkan tangan dengan kotak air kotak Good Day Coklat. Then terus lepaskan air kotak tu dari tangan. WHAT????..Hangin mokcik nak..tapi hanya mampu tahan marah dan bebel sorang-sorang dalam kereta sebabnya takut nak marah betul-betul. Ketiga-tiganya nampak menakutkan dan saya drive sendirian..

Tolonglah..belajar buang sampah di tempat yang sepatutnya. bukan buang merata. Jika dalam kenderaan, simpan dulu.. dah keluar, jumpa tong sampah..buanglah. tak susah mana pun.

Sorry membebel pula hari ini..hahahaha..GERAM!


 Love, Akuida

1 comment:

  1. Haha akak selalu hangen jugak tau. Buang sampah kat tingkap itu memang mulut akak akan potpet tak sudah. Pergi stadium ari tu ya Tuhanku dia selamba je merokok yang kita ni bawak budak2. Nak marah krg kena boo pulak haha.

    ReplyDelete

Merasa CUKUP..syukur

Assalamualaikum.... Alhamdulillah dah masuk hari ke-15 Ramadhan. Semalam bising lah juga kat FB, wasap group.. pasal isu bonus raya kaki...