Posts

Showing posts from December, 2017

Menaip sedikit ~ Osaka, Jepun

Image
Assalamualaikum.... 
Hampir sebulan saya balik dari  training di Osaka, Jepun. 
3 minggu training..3 minggu makan apa sahaja yang boleh dimasak di microwave, apa sahaja bekal yang saya bawa dari Malaysia dan apa sahaja yang dijual di convenient shop seperti 7E juga apa sahaja yang halal dan boleh dimakan di restoran. Peel orang yang suke home cook gini la ya.
Biasanya sarapan pagi di bilik hotel sebelum ke kelas dan tengahari pula saya akan bawa bekal yang disediakan guna microwave yang ada di bilik.
Sebelah malam, selepas kelas biasanya akan meronda ke mana-mana dengan kawan-kawan untuk cari makan. Di sana pukul 5 petang dah masuk waktu maghrib. Jadi lepas kelas suasana dan mula gelap.
Harga makanan halal juga mahal di sana. Jika di kedai pakistan, kebiasaannya 1 meal dalam 1500 yen bersamaan RM60. kadangkala menu makanan nasi dan kebab juga dalam RM80 untuk 1 meal.
Jadi perlu pandai-pandai bajet untuk makanan sebabnya 3 minggu kan di sana. dan saya memang bergantung pada cash yang…