Sunday, December 30, 2018

31 Disember 2018 ~ Teh 'O'

Assalamualaikum....

Hari ini saja lah nak share juga sebelum 2018 melabuhkan tirainya. Kebelakangan ini saya sedang latih kak sara buat kerja-kerja rumah. Biar lewat..dari tak belajar apa kan.hehe.

Tahun depan kakak dah menginjak ke umur 10 tahun. Dah pandai basuh pinggan, buat air sendiri, tolong mama potong sayur dan kupas bawang putih..kenapa bawang putih?sebab katanya bawang merah pedih mata..haha.

Hari ini kakak buat air teh o. Dia hidang atas meja..1 jug air teh dengan 2 cawan pink dan 1 mug. Mama tanya kakak kenapa ada 1 mug..? Kakak kata kalau mama nak minum..
Terus mama kata ok juga kakak..tapi sikit je sebab mama baru minum coffee. Kakak pun tuangkan sikit..alhamdulillah...

Sebenarnya saya bukan penggemar teh o. Tapi demi menyantuni kakak yang berbesar hati nak bagi mama rasa air tangannya..mama minum.jangan risau..selagi ada hayat mama ni..apa jua perkara baik yang kakak usahakan, akan mama cuba hargai sebaik mungkin. 

Moga 2019 yang mendatang..kakak lebih berdikari dan dikurniakan Allah sebaik-baik kesihatan dan diterangkan hati.moga segala yang terbaik untuk kakak dan adik di sepanjang kehidupanmu anak.


 Love, Akuida

31 Disember 2018

Assalamualaikum....

Hari ni bertarikh 31 Disember 2018. Genap 100 hari pemergian mak. Berusaha menaip di sini agar hari-hari penting ini diingati. 

Sebelum ini banyak yang bertanya kat saya. Berapa hari dah mak kau pergi? Saya jawab..entahlah.saya tak kira hari. Sebab bagi saya, kenapa saya nak kira berapa hari mak dah tinggalkan kami? Sebab saya banyak luang masa berfikir apa yang saya nak buat untuk mak agar bekalannya di sana tak putus..

Cuma lewat beberapa minggu ni..saya bercuti panjang beberapa hari ekstra dari biasa. Dapatla selit juga kiraan berapa hari mak pergi. Bila 100 hari mak..

Moga mak tenang di sana..moga mak ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Rindu sebenarnya nak berborak. Kadangkala saya terpaksa sibukkan diri untuk elak fikir macam-macam pasal mak. Tapi tetap juga terfikir..teringat terutama bila sendirian.

Minggu lepas saya dah selesai bantu ayah untuk semua urusan kenduri arwah mak dan pasang nisan. Alhamdulillah..cuma ada beberapa perkara yang telah saya rancang nak buat untuk mak.moga Allah izinkan dan diberi ruang waktu untuk saya realisasikan.insyallah.


 Love, Akuida

Thursday, December 27, 2018

Menghampiri penghujung 2018

Assalamualaikum....

Semakin menghampiri penghujung 2018 yang sangat memberi kesan pada diri ini.

Macam-macam perkara jadi terutama pemergian mak yang sangat tak diduga. Hati ini masih menangis bila terkenang..Al-Fatihah buat mak. Masa menaip ini pun, air mata masih bergenang.

Entahlah..saya ini mungkin berhati keras. susah nak menangis. Sukar nak tunjukkan ekspresi sayang. mungkin karakter anak pertama. Tegas tapi saya ambil berat.

Mak pun tahu saya macam mana. Dah terbiasa dari umur 13 tahun di asrama. Apa-apa nak cerita, saya akan telefon mak. Apa-apa nak doa..saya akan minta dari mak. Bila dah bersuami dan ada anak-anak..saya akan minta doa dari suami, mak dan anak-anak. Sebab bagi saya hidup ini diharungi dengan doa-doa baik dari orang sekeliling kita. Jadi, janganlah malu minta doa yang baik dari siapa-siapa pun.

Saya amat berharap agar 2019 ini, segalanya lebih baik. Kerjaya juga lebih lapang berbanding tahun 2018 ini yang sangat tertekan dengan bebanan tugas yang melebihi dari tanggungan saya. Tapi dah jenis orang yang berpegang konsep harung jela..jadi saya pun harung. Dan impaknya atas diri sendiri..haha.

Moga tahun 2019, saya punya lebih banyak tenaga dan masa nak fokus untuk anak-anak dan keluarga juga. Insyallah..Dan juga semoga apa jua perancangan baik saya dapat saya jayakan tahun 2019 akan datang.

Sebelum mak pergi, saya ada tanya mak..mak nak pergi umrah ke? Mak kata, kaki aku sakit..macamana aku nak pergi sana. Saya diam..Tapi saya jawab balik. Orang ada dah sediakan duit. Kalau mak nak pergi, insyallah orang sediakan semuanya. Tapi itulah, bukan rezeki mak nampaknya. Duit yang dikumpul tu, saya berniat untuk infaq dan wakafkan untuk mak. Insyallah..moga Allah permudahkan dan berikan mak tempat yang tebaik di kalangan orang-orang beriman.

Tahun 2018 ini, banyak juga perkara yang saya sedar. Tidak guna duit yang melimpah ruah..jika tak dibelanjakan di jalan yang diredhaiNya. Tak guna asyik bercuti sakan..berbelanja sakan.. tapi masih ada orang sekeliling kita yang susah. Kadangkala sukar nak bentuk hati dari fikir macam-macam perkara yang negatif..susah nak husnuzon.. tapi insyallah saya akan cuba.





 Love, Akuida

Sunday, December 2, 2018

Al-Fatihah Buat Mak

Assalamualaikum....

Kehilangan yang masih terasa.

Sudah tiada orang nak bergosip.

Sudah tiada doa yang disebut terus ke telinga kita..Moga murah lagi rezeki kau da..

Sudah tiada orang yang rajin menelefon saya dan orang yang nak saya telefon.

Sudah tiada orang yang telefon dan ucap selamat hari jadi pada saya.

Sudah tiada orang yang rajin mengirim apa-apa bila sesekali saya travel.

Ya...rindu yang sukar nak diucapkan.

Masih ada air mata yang bergenang bila teringat.

Masih ada air mata yang bertakung di tubir mata bila rasa kehilangan.

Allahuakbar..Moga Kau tempatkan ibuku di kalangan para solehah.

Dahulu, acap kali kehidupannya dirundung duka..dirundung susah..Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, syukur diberi kesempatan kepada mak untuk mengecapi kesenangan. 

Mak..banyak rasanya nak dibualkan seperti selalu kita buat.

Al-Fatihah buat mak.

Love, 
Akuida

Thursday, November 1, 2018

Pantai Pimping, Sabah

Assalamualaikum....


Rutin setahun sekali kami sekeluarga..balik kampung suami di sabah. Masa selainnya bapa mertua akan datang ke KL sebab semua anak2 di KL Selangor.

Gambar diambil di Pantai Pimping..di daerah Membakut. Pantai yang bukan dipenuhi pengunjung. Masih terpelihara cantiknya...Subhanallah.



Love, Akuida

Thursday, October 25, 2018

Peluang dan terawangan?

Assalamualaikum....

Setiap peluang yang datang tanpa kita pinta..adalah perancangan dariNya. Terimalah dengan seadanya. Bekerjalah dengan adil..sama sedikit berkongsi peluang adalah lebih baik.
Di mana kita berada..berpijaklah di tanah.
Bila rasa terawang-awang, kembalilah menjejak ke tanah.
Sebab...kita bukan siapa-siapa.
~ 25oktober2018, aku ida

Alhamdulillah, hari ini pertama kali mendapat pengalaman menjadi juri untuk program anugerah bagi pelajar-pelajar sekolah menengah di KL dan Selangor.

Peluang yang sepatutnya bukan untuk saya, tapi kepada bos. Tapi direzekikan kepada saya melalui bos apabila bos tak berminat dan serah  kepada saya. Jadi saya ambil tugas sebagai menimba pengalaman dan akhirnya selesai dengan sebaiknya.



 Love, Akuida

Wednesday, October 3, 2018

22 September 2018 ~ Tenanglah Mak Di Sana

Assalamualaikum....

 Sudah lama tak menaip di blog ini.

Hari ini rasanya nak menaip untuk berkongsi di blog agar bila suatu hari saya scroll blog sendiri ini, saya boleh baca sedikit coretan saya tentang MAK.

22 September 2018 jam 1.40 petang, mak telah pulang ke rahmatullah. Kepulangannya dengan saya di sisi dari pagi ke masa akhirnya. Alhamdulillah diberi peluang untuk bersama mak semenjak mak dimasukkan ke hospital pada 17 September 2018. Momen manis sangat buat saya bersama-sama mak dari jumaat malam tu. sebab saya tahu mak sentiasa didengarkan dengan ayat-ayat quran, bacaan yassin, tafsir dan kisah-kisah akhirat. Allahuakbar.

Terima kasih Ya Allah..walau mak pergi dalam keadaan yang sangat sekejap. Tapi sesungguhnya saya redha kerana saya tahu mak pergi dalam keadaan yang sempurna dan sebaiknya.

Doa saya..moga mak sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. Moga roh mak aman dan tenang di sana.

Terima kasih mak untuk setiap pengorbanan mak untuk keluarga kita. Moga ianya menjadi pemberat pahala mak di sana..insyallah. Sesungguhnya kami sekeluarga redha dengan pemergian mak..indah sangat saat pengurusan jenazah mak. semuanya dipermudahkan oleh Allah. Allhamdulillah..

~ Redhakanlah...moga dengan redha itu, dia lebih tenang di sana ~



Love, Akuida

Thursday, May 31, 2018

Merasa CUKUP..syukur

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah masuk hari ke-15 Ramadhan.

Semalam bising lah juga kat FB, wasap group.. pasal isu bonus raya kakitangan awam. ade yang sinis..ade yang nasihat.

Bagi saya bonus tu patut dan logik yang teramat sangat kepada kakitangan Gred 41 dan ke bawah. Kenapa? Sebabnya kakitangan Gred 44 ke atas dapat elaun keraian setiap bulan. So, apa nak berkira sangat..bersyukur sebab dapat elaun keraian setiap bulan, lebih 11 kali lebih baik dari yang gred 41 ke bawah yang tak dapat elaun keraian tu..hanya dapat bonus ini sajalah.

Belajar bersyukur..dan sentiasa cukup. ini nampak orang lain dapat, sibuk juga nak membising tak dapat bonus..aduh la..menggeleng kepala saya tengok kawan-kawan yang sama atau lebih pangkatnya. banyak dah elaun kita dapat yang berlebih dari staf bawahan. Apa lah yang nak berkira dan bersinis sangat.

Biasakan hidup mencukupi dengan apa yang ada. Kalau fikir tak cukup..segunung duit pun tak cukup.

Rezeki yang lebih, kita kongsikan dengan yang memerlukan..Insyallah berlimpah lagi rezeki Allah bagi dan diperluaskan segala ruang dalam kehidupan ini. Cuba lah..

p/s : saya tak dapat pun bonus tu..tp syukur tak rasa sedikit pun kurang.Alhamdulillah.


Love,
 Akuida

Wednesday, May 23, 2018

TIPS KE'TEPI'KAN A.K.A SOROK DUIT LEBIH

Assalamualaikum....

 Hai Blog.

Muncul sekali sekala dalam ini rasa dah cukup bertuah sangat dah.
Kehidupan yang sekarang ini, kadangkala nak membaca novel pun malas. Novel tu..yang memang kegemaran tu. blogwalking pun slow sangat sekarang. faktor umur 35tahun ke ni? sindrom pertengahan umur? haha...

Alhamdulillah Ramadhan ke-8 bersamaan HARI GAJI :) 
hari ini pagi-pagi dah dapat info gaji masuk. biasanya saya lupa hari gaji. Yelah kan tengah-tengah minggu. banyak lagi perkara lain yang bermain-main kat minda ni.. contohnya menu berbuka, eh nak basuh baju, eh nak siapkan kerja itu..eh itu eh ini..tup-tup dengar orang cakap pasal gaji, barulah tahu hari ini dah gaji rupanya. Alhamdulillah.

Beberapa hari lepas kat wassap group ofis, ada opismate ni share tempoh gaji sebelum raya dengan gaji bulan berikutnya lebih kurang 48 hari. parah kan..rasanya setiap tahun macam ni. tempoh panjang menunggu gaji bulan berikutnya selepas raya sebab gaji sebelum raya masuk awal. Walau cepat mana pun gaji yang masuk, rancanglah perbelanjaan untuk bulan berikutnya..Insyallah semuanya akan ok. Takde isu tak cukup duit belanja. Berbelanjalah selayaknya..

 TIPS KE'TEPI'KAN A.K.A SOROK DUIT LEBIH

Hari ini terasa nak berkongsi sedikit tips menyimpan duit untuk kegunaan yang lain-lain. Masa awal-awal berkahwin, sehingga sekarang. Di rumah ada 1 kotak merah yang dah menghampiri 10 tahun umurnya seiring dengan usia perkahwinan kami. Dalam kotak tu, suami akan masukkan duit perbelanjaan rumah bagi sebulan. Jadi setiap kali nak ke pasar, ke supermarket..kami akan guna duit tu. Awal-awal gaji suami dah masukkan untuk perbelanjaan bulan tersebut. Masa awal perkahwinan, kami share2 belanja. yelah kan, ekonomi belum kukuh..sama-sama bekerja. sama-sama berkongsi. beberapa tahun lepas tu, suami sahaja yang simpan duit dalam tu sebab katanya insyallah gaji yang ada dah cukup untuk perbelanjaan semua barang keperluan rumah. Nak tahu apa saya buat jika ada duit lebihan bulan sebelumnya? selepas suami letak duit belanja tiap bulan, duit bulan sebelum tu saya akan ikat dengan getah..gulung2 ikat. simpan la duit baki tiap-tiap bulan. Setiap kali nak bercuti, duit dari ikatan tu yang akan kami guna untuk duit makan atau duit hotel..hehe. Jadinya, tak lah rasa stress sangat tak boleh nak bercuti sebab saving tak cukup kan. Saya relate kan dengan simpanan yang mungkin boleh dibuat untuk kegunaan raya terutama untuk kami-kami yang bonus raya RM500 sahaja berbanding perbelanjaan yang mungkin diperlukan untuk persediaan raya terutama duit baju raya anak, duit minyak, tol etc bagi siapa-siapa yang nak balik kampung jauh. Duit baki walau sedikit tiap bulan kita ketepikan a.k.a disembunyikan untuk simpanan masa-masa diperlukan. jika setiap bulan dilakukan secara istiqomah, rasanya insyallah ada beberapa ratus juga untuk raya. Ni tips secara sorok sahaja, tak perlu pergi bank in kat bank. mungkin takde keuntungan apa..tapi cepat tak nampak di depan mata..so tak de lah terbelanja..TERRRRBELANJA.hahaha..




Love, Akuida

Tuesday, February 27, 2018

Kerana KEPUTUSAN

Assalamualaikum....

Hari ini, entah kenapa saya rasa nak menaip tentang 'KEPUTUSAN'.

Pernahkah kita bila membuat keputusan yang kita rasa terbaik untuk kita dan keluarga kita. Namun, keputusan tersebut bukan keputusan yang terbaik untuk orang yang menerima kesan daripada keputusan yang telah kita buat?

Pernahkah kita terfikir bahawa dengan keputusan yang kita rasakan terbaik untuk kita, namun sebenarnya kita sedang menyebabkan kesusahan kepada orang lain dan keluarganya?

Dan hari ini, saya merasa seperti ada petunjuk dariNya atas apa yang pernah saya lalui..bagaimana saya cuba redhakan hati walau pernah melalui situasi merasa teraniaya atas keputusan orang lain. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya masa tu..beberapa kali berlaku. Saya cuba redha. Dan dapat saya rasakan banyak sekali bantuan dariNya agar dimudahkan segala urusan saya terutama kepada keluarga..

Terima kasih kerana memilih saya berada di tempat yang perlu saya lalui disebabkan keputusan/alasan orang yang lain demi kesenangan dirinya sendiri. Semoga dengan pengalaman ini, dapat mengajar saya menjadi ketua yang tahu nak membuat keputusan dengan sebaik-baiknya..keputusan yang memberi kebaikan kepada semua pihak termasuk diri sendiri..Insyallah.



 Love,
 Akuida

Nothing is Permanent

Assalamualaikum....


Sumber FB


Beberapa bulan ini saya amat-amat sibuk. Kadangkala rasa lelah dan tertekan. Masih gagahkan juga diri bekerja seperti mana arahan pegawai atasan. Sering kali dengan beban kerja hakiki, perlu pula menghadiri mesyuarat yang sememangnya mengambil banyak masa bekerja saya. Melaksanakan kerja bagi 2 jurutera di tempat yang kritikal memang mengundang tekanan sebenarnya.

Masa di bulan pertama saya rasa tertekan yang amat sangat sehingga rasa seperti hampir kemurungan. Namun, sering di kala emosi berada di tahap yang merudum..Allah munculkan sesuatu agar saya beringat dan bersyukur. Scroll FB, ternampak kawan share gambar di atas..sambil senyum-senyum saya baca. Dan gaya menyandar itu sangat buat saya terhibur. Gambar ini benar-benar berjaya buat mood saya kembali positif sehingga ke hari ini. Saya juga berjaya set dalam diri, buatlah kerja sehingga mana terdaya. Jangan tekan diri saya kerana rasanya tidak berbaloi sekiranya saya sakit hanya kerana KERJA ini. Alhamdulillah, kebanyakan kerja dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Mungkin sebab mood bekerja saya tenang walau banyak task kerja yang mendatang.

Begitulah bagaimana mood kita yang positif memberi kesan yang sangat positif dalam kehidupan kita.




Love,
Akuida

Wednesday, January 17, 2018

Projek Bekal 2018 ~ Menu baru

Assalamualaikum....

Dalam kesibukan tahun 2018, bila mana terpaksa melaksanakan kerja yang sebenarnya digalas oleh dua engineer...mama masih menggagahkan diri bangun pagi menyiapkan bekal untuk anak-anak. Tahun ini ada tambahan menu baru iaitu fish n chip..hahaha.

Fish n chip ini beli fish fillet jenama pasific west and simpan dalam freezer. bila-bila masa anak nak makan, kita deep fry kan sahaja, tambah fries dan sos mayonis..nyummmms..

Kak sara kata, mesti kedai ..... (merujuk kedai yang kebiasannya mereka makan fish n chips di kawasan rumah) pelik kenapa kita dah tak makan kat situ. sebab mama dah boleh buat fish n chips sendiri..hahaha..


Menangis mat saleh tengok..pagi2 breakfast makan fish n chips..

Nasi goreng dengan sagatan lobak...kit kat dari jepun :)

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan menyiapkan bekal..Moga Allah beri kesihatan dan kelapangan masa untuk tanggungjawab nan satu ini selain tanggungjawab yang lain-lainnya.


Love, Akuida

Hati dan Minda

Assalamualaikum....

Beberapa hari ini satu perkara yang asyik bermain di fikiran saya..

"jika kau tak boleh menyenangkan orang lain, jangan pula kau menjadi sumber menyusahkan orang lain"

Serius, saya masih pelik bila orang yang nampak baik di mata orang-orang lain, nampak bagus..tapi sebenarnya sejenis yang tak kisah menyusahkan orang lain demi kesenangan diri sendiri.

Kadangkala saya terfikir bagaimana mereka boleh tidur dengan lena jika ada perkara yang mereka masih belum selesaikan dengan sebaiknya sedangkan perkara itu melibatkan permasalahan kepada orang lain.

Minda saya masih belum boleh menjana bagaimana mereka boleh bersenang lenang, sedangkan orang lain dalam kegelisahan akibat perkara yang mereka abaikan.

Moga ditetapkan hati saya untuk sentiasa memikirkan kesenangan untuk orang-orang lain juga di samping kesenangan diri sendiri dan keluarga saya.

Kadangkala, perkara yang kecil bagi kita..tapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada orang lain.


Love,
 Akuida

Monday, January 8, 2018

Permulaan 2018

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ini ada sedikit kesempatan nak menaip kat blog sendu ni. Selamat Tahun Baru 2018.

Sekejap sahaja dah minggu ke-2 tahun 2018. Rasa macm baru je januari 2017.

Tahun ini komitmen awal pagi saya bertambah sebabnya si adik dah mula bersekolah. Kak sara dah masuk darjah 3..kiranya kakak senior kecik la.hehe. adik pula tadika 5 tahun. Mama masih pilih Little Caliphs untuk tadika sama macam kak sara dulu.

Syukur sebab kak sara dah boleh berdikari dan bersiap sendiri. Jadi tinggal fokus siapkan adik. Well, adik is adik..banyak drama pagi-pagi..huwaaaa.

So mama kena banyak sabar. Syukur juga sebab handle sama-sama dengan papanya.

Rutin sediakan bekal juga macam biasa..masih berterusan. Even adik pun bawa bekal ke tadika sebabnya adik ekzema kronik yang dalam proses untuk penyembuhan..Insyallah dengan izinNya. Jadinya ada beberapa makanan perlu pantang terutamanya putih telur, seafood..ikan bilis (ikan bilis pun seafood..haha). Jadi sebab nak sangat adik sembuh..mama dan teacher sepakat agar adik bawa bekal. 

Dengan dua orang budak ni dah sekolah, hujung minggu pun baju mama kena sental..bertambah. tambah lagi 5 pasang.hahahaha..Gud Luck mama.Total baju 15pasang seba baju dan tudung juga. Kenapa banyak baju? Sebab mama working mum yang kadang-kadang oustation..harapnya tak de outstation lagi bagus..amin2. Jadi mama perlu bersedia untuk apa-apa kemungkinan, so biarlah baju mereka tu lengkap untuk seminggu. 

Mama pun malas nak stress fikir pasal baju tengah-tengah minggu..cukuplah tengah minggu komitmen kerja, petang balik komitmen untuk family macam dinner, prepare baju untuk esoknya, pastikan homeworks siap, hal-hal dapur dan prepare breakfast esoknya..so biarlah hujung minggu mama penat basuh baju..iron baju 2 almari..mama ok je. asalkan tengah minggu kurang stress.Dahlah kerja stress juga kadang-kadang..so mama perlu cari cara untuk kurangkan stress dalam kehidupan ini..hahaha.bijak tak? 

Kos tinggi la juga kan..tapi mama tak belikan kakak baju jenama Canggih..beli bee loon je.harga lebih murah, lebih berkualiti. buktinya ada lagi baju kak sara masa darjah 1 yang masih elok. just tak guna dan tak disedekahkan sebabnya ada kotor-kotor kat lengan baju n kesan water colour yang payah hilang. Tapi mama simpan juga in case terdesak boleh juga guna..hehe.

Adik pula, dalam yuran 2 pasang uniform dan sepasang baju sukan. Mama bijak ni pulak (ala..bagi chance mama berangan), awal-awal dah simpan baju tadika kak sara dulu..so basuhkan balik 2 pasang. cukuplah 5 pasang. tudung ada 3 helai..jadi tengah minggu basuh la 2 helai tudung tadika adik. bijak tak?

Semoga tahun 2018 ini lebih baik..lebih menenangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini juga dimulakan dengan saya lapor diri untuk jawatan baru..Syukur yang tak terhingga atas nikmat yang Allah beri ini. Cumanya konsep no double happiness tu adalah juga kan..hahaha. Jadinya naik pangkat, tapi di tempat yang lebih mencabar. Tak mengapa, yang penting keep on think positive. Segala rezeki itu darinya, bersyukurlah..dan hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Moga saya lebih positif dan tak menjadi orang yang menyebabkan kesusahan kepada orang lain. Jika tak dapat nak bagi kesenangan, elakkan dari menjadi penyumbang kesusahan orang lain..Insyallah.





Love, Akuida

31 Disember 2018 ~ Teh 'O'

Assalamualaikum.... Hari ini saja lah nak share juga sebelum 2018 melabuhkan tirainya. Kebelakangan ini saya sedang latih kak sara buat...